Tuesday, November 18, 2025

Download lagu AI cover

Monday, 17 November 2025 , 10:09am

Semalam petang macam biasalah 'take a break' lepas mengulang pengukuhan bahasa arab al-quran, aku layan lagu di youtube. Gian mendengar lelagu ini bukanlah baru sekarang tapi sudah lama develope sejak pertengahan 70an. Sepertimana yang aku pernah nyatakan iaitu aku ini seorang yang 'pemalu'. Tidak suka berinteraksi dengan orang. Biarlah aku dengan dunia aku. Selesa bersendirian dibilik kalau tiadanya keperluan untuk keluar kemana mana. 

Bro., hang buat apa memerap dalam bilik tu. Eeehh awak ni, ikut suka akulah. Sejak zaman bersekolah lagi, kecenderungan untuk lepak dirumah sahaja tiada mendatangkan masalah. Aku lebihkan masa untuk diri aku. Bukannya aku tidak berinteraksi dengan orang tapi berpada dan bertempat. Petangnya lepas asar join bebudak kampung bermain bola atau sepak takraw tapi selalunya main badminton. Game bersifat 'individu' memang suited dengan akulah. Keupayaan bermain single berjaya membuktikan yang aku tidak mengharapkan bantuan orang lain. Ertikata lainnya, berdikari tak mahu berharap bergantung apatah lagi ehsan dari orang lain. Ini... aku lah.

Sesuatu yang menjadi kebiasaan atau habit yang saban waktu dibuat akan berlanjutan mungkin sehinggalah di jemput pulang. Masing masing punyai cara untuk 'pleased' diri sendiri. Pedulikan cakap cakap orang. Kita usaha lakukan apa yang kita gemar selagi mana tidak bercanggahan dengan norma masyarakat dan agama. Usaha mencari rezeki kat atas dunia perlu dilaksanakan tapi tidaklah terlalu obsess. Cukup memadai menampung keperluan diri dan keluarga. Tidak berlebihan dalam banyak hal. 

Begitupun hubungan dengan keluarga dan masyarakat setempat berjalan seperti biasa. Orang menegur menyapa, kita jawab. Orang senyum kat kita, kita balas senyuman mereka. Hendak gaduh gaduh buat apa. Lebih lebih lagi usiapun sudah 'above' 60's. Bikin pening dan susahkan hati, apa kejadahnya. Dipenghujung usia hidup perlu tenang tenang. Bermuhasabah diri dan fikir berusaha mendekatkan diri dengan sang penguasa alam semesta ini.

Banyak dari kalangan yang seusia yang ambil mudah. Don't bother at all. Apa agaknya, hidup ini sekadar main-main aje ke. Namun bagi yang bijak dan ketahuan kemana arah tujuan, setelah sekian lama mensia siakan masa yang dilalui, pastinya merasakan masa yang tersisa ini perlu di manfaatkan sebaiknya.

Berbalik kepada kecenderungan aku pada lelagu ini, entah macammana lagu lagu yang dicover oleh AI diuploadkan ke youtube mengamit perhatian. Bagusnya arrangement lagu bantuan AI dirasakan cocok dengan pendengaran aku. Lebih mantap dari versi asal. Apalagi, tanpa berlengah, terus aku downlowd mana mana lagu yang aku sukai. Tidak sampaipun sejam lamanya aku dengari lagu yang ada dan muat-turunkan yang diminati, hasilnya sebanyak 46 lagu telah aku download. Segeralah aku copy ke MP3 Gain untuk setting volume lagu, agar tiada yang terlalu perlahan atau terlalu kuat bunyinya. Selesai semuanya, aku letaknya dalam folder 'AI Cover - Fast Dangdut & Rock'.

List of 46 songs


                                                        Belanja...'Mas Joko'
 
                                                 
                               Already dalam pemanduan ke F/Store
 
                                
Aku kemudiannya transfer ke pendrive untuk halwa pendengaran menemani pemanduan. Orang tua tak sedau diri. Dah tua tua pun masih buat perangai lagi. Bro. relaxs la. Bukannya tak leh move on, it's just something yang dirasakan berbaloi untuk hearing it. For my hearing pleasure-la, salah ker. Bukannya aku terlalu fanatik sampai terabai perkara yang harus aku beri keutamaan. Aku sudah 'pencen' dan sekadar mencari hiburan yang bukannya sampai melekakan. Are you jealous, bro... Come on lah. 

Aku adalah aku. That's it.

Wednesday, November 12, 2025

Belanja Makan

Belanja makan

11/11/2025 @ 01:58am


Siang semalam, 10/11/2025, sepertimana yang dirancang dijanjikan aku menuju ke rumah No. 6, Jalan TK6, Taman Tun Kudu. Janji kenalah ditepati.


Trick abang angkat cum abang sepupu telah sedia maklum aku jangkakan. Bila dia perlukan atau pertolongan dari aku, keraplah dirinya hadir ke rumah membawa 'buah tangan' bersamanya. Ibarat perumpamaan, 'burung tempua bersarang rendah'. Atau sekilas ikan di air, sudah ketahui jantan betina-nya.


Aku memanggilnya Pak Alang. Orang masjid yang kenal dan mesra pula, menggelarnya 'Kasim Baba'. Puncanya adalah kerana DNA cina-nya jelas terserlah. Bermata sepet berkulit putih sedikit berbeza dengan melayu yang bersawo matang. Kerap bagi yang tidak mengenalinya especially orang cina akan berbahasa cina(mungkin mandarin, kantonis atau hokkien) dengannya. Memang dilemma jadi anak 'kahwin campur'. Kekadang ada kelebihannya.


Ingat lagi bilamana ada orang kampong yang kenal sesama kerja di Sin Heng Chan(SHC), kilang membuat dedak ayam just opposite Malacca Bus Station, memaklumkan dirinya selesa makan dibulan ramadhan dan tanpa diganggu didalam premis Bus Stand akan nasi campur 'kedai sultan' oleh petugas Maim yang memantau orang Islam yang makan secara terbuka di tempat awam.


Dia meminta aku membawa mesin rumputnya yang bermasalah untuk servis di kedai menjual mesin rumput dan memberi perkhidmatan baikpulih di shoplot bersebelahan dengan Dewan Hang Tuah di tengah pusat bandar.


Kawasan ini dahulunya masa zaman gemilangnya sekitar 70an dan 80an  adalah 'hub' pelbagai niaga kecil kecilan orang melayu. Macam macam jenis niaga tertumpu disini dan tidakpun sampai 50 meter adalah station bus melaka memungkinkan ramainya orang lalu lalang di premis bazaar mara ini.


Tapi kini amat sepi dan banyak kedai yang dahulunya amat meriah dengan pelanggan tidak berpenghuni. Tiada orang mahu menyewa disebabkan keujudan 'Melaka Sentral' yang menempatkan bas henti henti antara bandar dan bas express keseluruh semenanjung.


Selesai membaikpulih dan disumbatkan kembali kedalam Alza aku, dia pelawa minum. Bagi aku memang tidak sampai hati makan belanjanya. Sebaliknya aku counter untuk makan rojak Ali Lido yang telah diviralkan oleh tiktoker influencer lately. Tidakpun jauh berjarak. Cumanya aku terpaksa circle jalan hang tuah ini masuk ke kampong jawa dan lokasinya betul betul bersentangan panggung Lido yang telah lama dirobohkan. Pantas aku maklumi dia yang aku belanja.


Beli bungkus. 1 untuk dia, 2 bungkus lagi untuk kakak aku di Alai yang akan disinggahi nanti dan sebungkus lagi buat aku dengan orang rumah. Bukannya tidak mahu makan sahaja di kedai, tapi 'rugi' rasanya. Maklumlah dah makin berusia, makan sepinggan memangnya tidak habis.


Cara membungkusnya juga masih kekalkan tradisi. Membalut setiap satu dengan suratkhabar lama dengan mengikatnya dengan getah @ rubber band mengembalikan nostalgia. 


                                       Diari Gigiemas...lebih menyeluruh


                                            



Nama kedai makan Ali Lido pop-up difikiran, bilamana kerap melihat video kedai ini yang memasuki fyp aku. Aku suka melayari tiktok video dan pempengaruh yang buat content pasal makan kerap silih berganti memviralkan makanan yang dicobai agar viewer pun sama 'pergi' merasainya sendiri. Selalunya yang kerap masuk adalah Diari Melaka dengan pelapornya dan jadi trademark-nya bila akhiri komentarnya, okay...bye!. Juga Awie 'Viral Niaga' juga kerap menyebok masuk mengajak cuba rasainya. 


Ikutkan, sebagai orang Melaka jati, tidak perlulah canangkan. Sejak pertengahan 70an lagi aku telah makan mee mamak dan rojaknya ketika mana panggung Lido tengah berada dizaman kegemilangan. Masa tu ownernya yang buat. Manakala pengendali yang ada sekarang ini adalah pewaris atau suku sakat mereka. Panggung Lido yang khusus menayangkan cerita cerita hindustan jadi tumpuan kepada movie-goers yang tegar. Aku-lah salah seorangnya. Uniknya, ada 'interval' bila filem ditayangkan yang berdurasi hampir menyampai 3 jam. Rehat dalam setengah jam sementara petugas panggung mengantikan reel filem yang dibuat manually. So penonton boleh keluar panggung taking refreshment. 


Penyediaan serba pantas petugas mereka akan mee mamak, mee rebus, rojak serta cendol dan air minuman dan bersebelahan pula dengan panggung Lido ini membuatkan eatery outlet ini jadi tumpuan ramai. Aku, seingat aku-lah, dalam darjah 5 ke darjah enam. Suka venture alone. Bersendirian. Memang mengimbau kenangan disituasi aku sekarang ini. Aku dah 61 tahun. Apa yang aku sendiri saksi dan rasai, rasanya tidak mampu bebudak baru hendak 'up' membayangkannya. Suasana zaman 70an/80an jauh sangat berbeza dengan sekarang ini ditahun 2025 yang klaim zaman 'Madani' which not all Malaysian agreed.


Kenangan seolah kembali hadir.



Sunday, October 19, 2025

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

19/10/2025 18:35

Hari Ahad, lebih tepat lagi petang Deepavali buat kaum India yang didatangkan 'khas' dari Selatan India oleh pihak British ke Malaya masa itu, tengah getok mempersiapkan menyambut 'Perayaan Cahaya'-nya. Aku tidak perlu sibuk dengan budaya dan keagamaan mereka yang dianuti. Perasan dia orang ini, agamanya itu dapat memandu kehidupan disini dan selepas kematian nantinya. Biarlah mereka yang begitu meyakini 'Kepercayaan' membuat ulangan 'ritual' turun temurun. Ironinya,kita yang 'tuan' tanah ini kena hormat pulak.

Apa yang samanya dengan kita, masyarakat peribumi yang berkurun sudah anuti Islam, adalah persiapan menyambut hari 'keagamaan' memasing. Sesuatu yang dekat menyentuh hati adalah 'kepulangan' anak dari perantauan bertujuan menyambut hari 'mulia' dengan keluarga. Disamping itu, rumah perlu diperelok, dipercantik dan diperkemaskan semungkin yang boleh dan termampu. Makanan yang khusus untuk sambutan ini turut disiapkan untuk dinikmati bersama serta dikongsi dengan tetamu yang datang berziarah. Tidak lupa juga berpakaian serba baru dan terkini lagi dalam memeriahkan suasana.

Pada pandangan aku, perkara yang melingkari perayaan ini tidak dihayati dengan betul. Menganggapkan 'kejayaan kemenangan' berpuasa sebulan Ramadhan ini dengan kegembiraan yang melampau dan keterlaluan sehingga 'leka' akan hal hal yang perlu diutamakan. Sembahyang tiang agama. Bagi yang biasa biasa, selalunya menangguhkan sembahyang hingga ke hujung waktunya. Sedangkan 'konsep' berpuasa itu sendiri tidak dihayati sesempurnanya.

Balik Kampung

Song by Sudirman Arshad

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Balik Kampung - Sudirman [Lirik Lagu].mp4

Tetiba aku terperangkap dalam kemeriahan 'Deepavali' ini. Anak yang baru sahaja mendaftar masuk sambung belajar di UiTM, Pasir Gudang pada 27/09/2025, telah menghubungi mama-nya untuk dijemput pulang. Alasan-nya 'universiti' bercuti untuk Deepavali nanti yang jatuhnya pada Isnin, 20/10/2025. Mengigal gigal hendak balik bercuti sebaik habis kelasnya pada Jumaat on 17/10/2025. Tahu sesangat akan siapa yang punyai 'soft' spot button. Orang rumah berjanjilah untuk datang jemput selepas beberapa kali hubungi sejak Isnin(13/10/2025).



                                                        Sudirman - Balik Kampong


Aku jenis tidak suka berbantah tanpa alasan. Lebih lebih lagi, dirinya berada jauh ditempat orang. Bagi memenuhi hasrat untuk pulang  merasai vibes pulang bercuti, aku terpaksa rela bersetuju. Aku sebolehnya tidak mahu hampakan permintaannya.


Layan kan ajer-lah...

Tuesday, September 23, 2025

RON95 at RM1.99

 

2025-09-23 06:18:23

Kecoh dibuatnya satu Malaya. Isu minyak turun rasanya sudah berlanjutan makan puluhan tahun. Namun masih terkial-kial laksanakan. Hendak mengelak ker apa. Siapa yang berjanji dan tentulah ada yang menuntut janji. Lumrahlah-kan.


Sejak sekian lama perkara ini dibincangkan dari jadi dan membawa ke tak jadinya kemudian bertangguh beralasan 'bagai'. Selepas bermacam sandiwara, akhirnya dijangkakan berkuatkuasa pada 30/09/2025 nanti ianya akan menjadi realiti.


Hebohnya macam nak kiamat dunia, walhal penurunan cuma RM0.06sen sahaja.


Rujuk berita ini, sah...RM1.99, yang tersiar semalam.


Moga hasrat yang dikhabarkan ini benar benar membawa 'kelegaan' kepada semua including aku juga. Risau pun ada. Maklumlah bila terlalu berkira dan berhati hati dalam melaksanakan 'isu' yang berpanjangan sebelum jadi PM dan kini telahpun bergelar PMX, pastinya ada 'catch' terselindung.


Di satu segi, memanglah pihak kerajaan perlu memikirkan kewajaran melakukan setiap tindakan agar tidak mendatangkan hal yang tidak elok kepada negara. Namun it's normal pada setengah setengah orang termasuklah aku untuk 'sceptical' atau rasa curiga.


Kalau hendak kata it's a save face move atau hendak jaga 'muka' bila beria-ia berjanji dahulu mungkin ia juga. Aku risaukan takut nanti ianya hanya untuk 'seketika' cuma.


Jangan kata aku tidak tunaikan janji. Nah, ini buktinya. Apa sahaja berkemungkinan. Sebagai goverment of the day, kalau hendak tarik balik pun boleh.


Segalanya berkemungkinan. Pasrah rela sahajalah kita. Sedarlah diri yang kita ni mentimun.

Monday, September 15, 2025

Wow...makin canggih

Wow…makin canggih

Sunday, 14 September 2025 15:48

Tak kisah-lah, orang nak gelarkan aku tertinggal ‘bas’ ke, baru keluar gua ke atau apa sahaja ikut sedap mulut. Peduli apa aku. Bukannya aku harapkan ‘sesuatu’ dari mereka yang suka condemn orang lain tanpa melihat konteks dan situasi diri memasing.

Of-course, bagi diri aku-lah, sesuatu yang ‘baru’ dan pertama kali melihatnya adalah normal untuk re-act accordingly. Lebih lebih lagi ianya happen ditempat yang tidak aku jangkakan. Bukan juga mahu merendah meremehkan orang lain apatah lagi perlekehkan kemampuan mereka. Bukannya aku over reacted. Sekadar mahu meluahkan rasa ‘takjub’ akan pantasnya perubahan yang terjadi disekeliling atau dilingkaran aku.

Semalam selepas gantikan battery jam tangan aku, Gior Parragamo dan jam ‘kenangan’ Raymond Weil penghargaan Jaya Jusco(M) Berhad dan dijenama semula sebagai Aeon setelah 15 tahun berkhidmat di Aeon Ayer Keroh, aku  straight away ke Kedai Gunting Rambut Amoi kat Kandang. Bertujuan mahu berguntingan. Agar kelihatan ‘kemas’ dan bergaya tentunya untuk hadiri majlis convocation anak di UiTM, Shah Alam pada 17/09/2025…Insya-Allah.

Sesampai sahaja dikedai amoi ini, kelihatan dia yang sebaya usia dan pembantunya tengah duduk santai. Tiada customer ketika waktu menghampiri ke 3 petang. Selak pintu dan terus aku duduk dikerusi. Aku scan kelliling ketika duduk sambil maklumi Amoi tua tu agar gunting ‘pendek’ macam biasa. Mata aku terpandang tertumpu kat ‘something’ looks like a small radio with TnG emblem on it. Foc dari TnG ke, bertanya untuk dapatkan maklumat lanjut. Pantas dia menjawab bukan. Kena beli untuk payment via QR code. Ohh…camtu ya. Tidak perlulah aku tanyakan berapa kos-nya. Tak relevant langsung. Apa yang pasti perkhidmatan bergunting makin canggih dalam urusan pembayaran. No cash bertukar tangan.

Selesai berguntingan, aku maklumi dia yang aku hendak bayar guna TnG e-wallet. Dia angguk tanda setuju. Sebelum aku buat pindahan, tanya lagi akan fungsi alat yang macam radio kecil tu. Dia jelaskan yang selesai buat bayaran, ‘speaker’ di gadget tu akan keluarkan voice message memaklumi yang transaksi telah selesai. Sambil buka smartphone, berbual beritahunya yang even penjual makanan gerai tepi jalan pun sekarang ini ada terpampang card kekadang bersaiz A4 QR code buat pembeli scan via phone untuk buat bayaran. Bila aku hit confirm for ‘payment’, seketika kemudiannya, jelas kedengaran dari alat tersebut keluarkan suara walaupun dalam bahasa cina yang dapat aku agak beritahu peniaga yang transaksi pindahan wang telah selesai sempurna. Makna kata duit dah masuk dalam akaun bank pelanggan TnG.

Gambar pembuktian….
TnG e-wallet kat kedai gunting rambut

Deretan jam belongs to me

Tukar bateri sebelum menonong ke Kandang


Biarpun aku telah selalu buat pembayaran secara on-line guna MAE Maybank samada wave kat terminal pembayaran mahupun scan QR code,  juga untuk AMBank, CIMB dan BIMB via ‘Duit Now’, ianya something ‘new’ memudahkan tanpa guna wang. Isi jumlah yang perlu dibayar dan terus sentuh ‘confirm’ button kat phone. Tidak perlu lagi susah susah hendak kembalikan wang baki. Apa yang paling utama dalam akaun mestilah ada duit dan cukup untuk bayar pembelian yang dibuat. Tak perlu lagi bawa tunai banyak. Cukup dengan guna phone untuk bayar.

Beruntung orang sekarang ni, segalanya being cut short. Cara lama bayar guna wang akan perlahan lahan ‘pupus’ bilamana sistem makin stable dan selamat dari segala bentuk penipuan. Inilah dinamiknya perubahan yang kekadang sukar untuk menelah dengan pasti.

Sekali lagi, tidak kesah-lah orang nak kata apa-pun. Biarkan-lah. Apa yang aku pelajari dan ketahui masa zaman belajar dulu way back in 1984 - 1987, orang yang lewat gunapakai digelar ‘laggard’ dalam ‘bahasa’ marketing. Which meant dia yang mungkin ragu ragu dan sceptical akan sesuatu akan biarkan orang lain mendahuluinya. Ketinggalan dibelakang dalam bahasa mudahnya.

Tidak apa-lah, biar terlewat asal masih dapat alami kemajuan teknologi. 

Tuesday, September 2, 2025

Tergantungnya banyak persoalan, tidak berjawab


Tergantungnya banyak persoalan, tidak berjawab

Monday, 01-09-2025 @ 11:25pm




Entah kenapa akhir akhir ini terdapatnya pelbagai isu yang tentunya meresahkan namun tiadanya penyelesaian yang konkrit lagi tuntas. Keadaan sedemikian hanyalah menimbulkan lebih banyak pertanyaan. Apa sudah jadi. Siapa pula yang perlu meredakan kegelisahan semua orang dalam masyarakat kita.

Tidakkah pihak yang 'berkuasa' punyai segala akses maklumat untuk clear 'the air'. Ini tidak. Boleh lak berpusing pusing putarkan cerita yang tidak bersangkutan. Seharusnya fokus cari 'penjenayah'.

Apa yang rumit sangat ni. Benda berlaku dalam premis sekolah aje pun. Macam ada sesuatu yang mahu diselindungkan. Menutup kebenaran tanpa ada rasa bersalah dengan membuat pelbagai dakwaan yang menyimpang jauh dari perkara yang menjadi pertikaian 'pokok' amat dikesali.

Menyorok kebenaran dengan berbohong adalah sesuatu yang malang sifatnya. Termulanya berbohong akan berterusan berbohong sehinggalah 'kebenaran' disingkap terserlah. Bilamana hal sebegini berlaku, mana agaknya dia hendak sorokkan muka.

Kita nantikan 'result' inquest dan tamatnya perbicaraan pendakwaan. Jika ternyata dan memangnya ada pelaku maka segala pembohongan akan terbukti sebaliknya. 

Apa yang 'susah'-nya. Makin disorok-sorokan makin mulai memunculkan kebenaran.

Saat dimana tibanya nanti....errrmmmm, Malu besar...beb.

#JusticeForZara

Sunday, July 20, 2025

Eddie yang mengembalikan nostagia : Sambungan

 

Eddie yang mengembalikan nostagia : Sambungan

Jul 19, 2025, 12:04 PM

Pada mulanya, aku mati mati, ingatkan lagu ‘Segalanya Sudah Berakhir’ adalah nyanyian Zamree. Terkeliru antara Zamree dengan Eddie ni. Suarapun hampir hampir sama. Malah lelagu yang didendangkan mereka berdua ini juga mirip sama genre, hampir tidak ketara antara kedua penyanyi yang popular pertengahan 80an dahulu.

Begitu yakinnya aku, goggle-lah nama penyanyi Zamree di youtube search. Berderet keluarnya lelagu yang pernah dinyanyi dipopularkan oleh beliau ini. Selain dari lagu yang sinonim dengannya yang top ketika itu adalah ‘Tugu Cinta’. Top the list pencarian lagu dari Zamree. Kemudiannya, ‘Sendiri Kesepian’ dan lain lain lagu nyanyiannya yang tidak berapa biasa mendengarnya. Mana perginya lagu Segalanya Sudah Berakhir. In split second bila video Tugu Cinta atau Sendiri Kesepian dikumandangkan, automatik nama Zamree yang pop-up.


Zamree ... masa muda dulu.



Cuba lagi sekali, goggle, tetap tunjukkan senarai lagu yang hampir sama urutannya. Hampir putus asa aku. Lalu aku key-in ‘Segalanya Telah Berakhir’ pula. Berderet video lagu ini yang muncul. Baru aku tahu, lagu ini adalah nyanyian Eddie Hamid. Boleh tak ingat penyanyi lagu ini. Maklumlah, lelagu di era 80-an hanyalah sekadar untuk pendengaran sahaja. Tidaklah sangat aku bubuh perut. Lagipun sudah puluhan tahun ditinggalkan. 

Sekarang ini dengan bantuan ‘search engine’ yang pelbagai, segala pencarian adalah mudah. Ibarat directory ‘card’ di library. Hendak pastikan dimanakah sesuatu buku yang mahu dicari maka menononglah ke directory membuka mencari setiap pigeon hole akan nama pengarang atau tajuk buku bagi memudahkan pencarian di-shelf menempatkan buku tersebut. Tidak payah pergi jauh jauh dah sekarang ini. Cuma isikan senarai pencarian dan click ‘enter’. Auto pantasnya akan terteralah ‘keputusan’ pencarian. Bukan cuma mengkhusus untuk sesuatu ‘topik’ malah hampir segala perkara boleh dicari di access dengan cepat sekali.

Dalam sibuk mencari lagu yang aku maksudkan, terdapatlah juga ‘video’ yang memaparkan keadaan semasa Zamree Razief. Dari pembacaan artikel yang terkait dengannya, barulah aku tahu yang aku dengan penyanyi ‘popular’ lahir di tahun yang sama iaitu 1964. Sebaya rupanya. Aku tidak berapa pasti penyebabnya sedemikian rupa. Tapi yang jelas bilamana merujuk membandingkan dengan mereka yang sesama terlibat didalam industri hiburan berkongsi ‘pattern’ perjalanan kehidupan yang hampir sama.



                              Perihal Zamree yang baru aku ketahui..



                                            Situasi semasa Abg Zamree kita...

Aku bukanlah seorang pengkritik sosial sehebat ‘Ku Seman Ku Hussin’ atau Faisal Tehrani di era 90-an menyeberang millennium ini atau sebelumnya, Shahnon Ahmad atau A. Samad Said yang lebih awal dari mereka yang sekadar menyebut berapa nama malah ramai lagi. Namun, lagi awal dari mereka semua, di pertengahan membawalah ke penghujung abad ke-18 akan sosok bernama Munsyi Abdullah. Ada yang menyebut Abdullah Munsyi. Apapun ianya merujuk kepada orang yang sama dan tersohor pada zamannya. Sesiapa yang pernah membaca karangan Bro Munsyi ini pastinya akan terpanggil persoalkan apakah benar sepertimana yang diungkapkannya dalam naskah ‘Pelayaran Abdullah’ juga di ‘Hikayat Munsyi Abdullah’ tentang keadaan semasa orang Melayu ketika itu. Begitu juga aku bukanlah orangnya yang mampu mencetus ‘perpaduan ummah’ malah memang tidak layakpun. Aku tiada autoriti hendak kritik apatah lagi mahu mengujudkan masyarakat Melayu yang benar benar menghayati menyebarkan syiar syariat Islam dalam kehidupan.

Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa akan individu yang kurang bernasib baik mengikut ‘perkiraan’ aku sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Sekadar merenungi ‘ketetapan takdir’ yang tertimpa kepada mereka yang menerima ‘ujian’ kehidupan yang pada pandangan peribadi aku adalah agak extreme. Tak orang tak kita. Cuba selami perasaan mereka sekadar termampu.

Bagi mengabadikan 'sumbangan-nya' yang membuatkan aku meng-idola akan dirinya kerana kedua-dua lagunya ini memang 'masuk' menemani diri.


                                        Sendiri Kesepian ler... pulak


                                                    Tugu Cinta


Tetiba rasa bersalah hadir ‘menegur’. Teringat aku akan khutbah jumaat semalam yang memperkatakan persoalan membuka aib seseorang. Apakah mungkin aku salah seorang pelakunya. Bagi memastikan diri tidak bersalahan, aku ulangi membaca teks yang aku download dari FB JAIM yang memaparkan keseluruhan teks khutbah berbentuk PDF. Rasanya seperti tidak, namun mungkin juga aku terlepas pandang dan tanpa disedari menyamai ciri dan tindakan ‘insan’ yang membuka aib seseorang either directly or indirectly. Aku tidak lakukan purposely mahu mengaibkan. Mintak dijauhkanlah.

Reader boleh menyemaknya akan teks khutbah semalam, di-link : Peliharalah Aib Saudaramu.


Dikatakan membuka aib orang adalah sesuatu perbuatan yang sangat tercela dan tentu sahaja boleh merosakkan reputasi serta maruah individu tersebut. Benar, masing masing antara kita ini punyai ‘keaiban’ dan rahsia ‘peribadi’ yang cenderung merujuk kepada kekurangan dan kelemahan diri. Andai sengaja dibongkar mendedahkan rahsia peribadi dan mengungkit kesilapan masa lalu tentulah akan mengakibatkan memalu dan menjatuhkan maruahnya.




Apapun, aku hanya sekadar merenungi menginsafi diri setelah membaca mengetahui ‘hardship’ akan saudara Zamree di situasi sekarang dimana ‘kami’ telah dipenghujung usia. Mungkin lambat menyedarinya dek leka di-uliti persona dunia yang sementara sifatnya. Semua kita pastinya ada membuat kesilapan. Ini perkara lumrah kerana kita adalah hamba yang lemah mengharapkan ‘ikhsan’ dariNYA.

Seriau juga untuk komen berlebihan takut nanti aku tanpa disedari tergelincir tergolong kalangan orang yang membuat fitnah mengaibkan orang lain.

Al-Quran 24:19

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلْفَٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 


English - Sahih International

Indeed, those who like that immorality should be spread [or publicized] among those who have believed will have a painful punishment in this world and the Hereafter. And Allah knows and you do not know.


Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Get Quran App: gtaf.org/apps/quran
#GreentechApps

Saturday, July 12, 2025

Eddie yang mengembalikan nostalgia

 

Eddie yang mengembalikan nostalgia

Jul 8, 2025, 1:27 PM

Hari ini aku memandu ke Econsave Batu Berendam mendapatkan kentang ‘lagi’ untuk pembuatan karipap. Didalam pemanduan ini aku layankan folder 80an 2, lagu lagu mp3 yang aku pilih untuk pendengaran pemanduan. Dari beratus lagu yang aku parked dalam folder ini, aku programkan ‘random from folder’. Maksudnya lagu lagu yang akan berkumandang nanti tidaklah mengikut urutan @ alphabetical order. Randomly akan tetiba terdengarkan dan tertera tajuk lagu di screen.

Eddie Hamid, penyanyi era 80-an
          

                                                        Segalanya Telah Berakhir...


Terkait dengan lagu yang didengari ini, ‘Segalanya Telah Berakhir’, tetiba imbauan kenangan menghampiri. Teringat lagi semasa baru join Jaya Jusco cawangan Melaka dan sesama pula menjadi perintis kepada outlet Jusco yang pertama diluar Lembah Klang, mulalah mencari ‘member’ yang sekepala. Disebalik kesibukan bertungkus lumus melaksanakan tugas memasing dalam mengejar masa pembukaannya pada 18 October, 1991, sempat lagi berkenalan mendapatkan kawan baru. Tidaklah janggal sangat bila datang ke tempat kerja. Dalam tempoh sebulan dari tarikh pembukaan rasmi, semua pekerja ‘baru’ dilonggokkan dalam satu shift sahaja. Normal shift, ketika itu mulai dari 9:00am sampailah ke 5:00pm. Makanya tentulah sering bertemu dan sedikit demi sedikit memasing menyesuaikan diri sesama pekerja dan premis baru serba modenlah juga masa era 90-an.

Setelah berlangsungnya pembukaan rasmi oleh Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik(1982 - 1994) selaku ketua menteri Melaka, dipecahkan kepada 2 shift. Shift pagi dari 9:30 pagi ke 5:30 petang. Manakala shift petang pula dari 2:30 petang sampailah ke 10:30 malam. Operasi perniagaan open to customer @ business hour adalah dari 10:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari. Hebohlah juga dimana warga Melaka mendapat pusat membeli-belah serba moden dan banyak kelainannya dari pasaraya yang sedia ada. Parking luas serta ada parkir di roof-top dan berbangunan sendiri. Kejutan yang orang Melaka lalui serta aku sebagai pekerja tentulah berbangga menjadi sebahagian dari keujudannya adalah pengalaman yang baru bersejarah.

Selang beberapa bulan selepas hari bersejarah ini, suasana tetap meriah dan senantiasa ramai orang kita yang datang merasai sendiri ‘kelainan’ yang terdapat di Jaya Jusco. Ruang yang luas untuk supermarket dengan susun atur yang strategik memukau pengunjung/pelanggan yang datang buat pertama kalinya. Peralatan rumah, sebut sahaja apanya dia, pasti akan ditemui dan koleksi pakaian dari fesyen terkini ketika itu dari hujung kepala sampai ke hujung kaki akan dibantu oleh ‘pembantu jualan’ yang telah dilatih membantu memudahkan pencarian.

Bilamana ‘everything’ sudah settle down, tibalah masanya untuk ambil ‘cuti’ berjadual yang siap telah di-plotkan di monthly roster bagi department memasing. Kata bebudakpun take ‘a long break’. Aku tidak berapa pasti siapa punya cadangan, samada aku atau Dak Halim orang Jasin yang jadi rakan rapatlah andai hendak dikatakan demikian. Apa yang pasti pada pagi hari yang dijanjikan dalam kurang lebih ke 11:00 pagi aku dah parkir RX-Z Fairway Blue kesayangan di kawasan parkir Panggung Cathay. Selang beberapa ketika, muncul-lah Si Halim dengan motor Honda Cup ber-absorber ‘gantung’. Lihat dari appearance motornya itu, rasanya mungkin motor orang tuanya ataupun abangnya. Malaslah hendak tanya bebanyak.

Aku terima plan cuti ‘sehari’ dan temani-nya bersiar-siar sekitar bandar Melaka. Sebenarnya, aku telah dapat rasakan riaknya hendak berhenti kerja dan cuba mencari ‘rezeki’ di tempat lain. Agaknya, dia tidak berapa yakin yang bekerja di bidang peruncitan boleh juga menjamin penghidupan untuk masa ke-depan. Aku berhasrat hendak suntik ‘semangat’ juang kedalam dirinya dan inilah peluang aku melakukan sesuatu. Tiada tujuan tertentu bertemu dibandar ini. Sekadar mahu hiburkan hati, katanya. Lalu aku cadangkan ke bangunan seberang jalan setentang panggung Cathay. Didalamnya ada bowling alley dalam 12 lorong sebaris, kalau hendak main la, atau kita ber-karaoke. Ada beberapa outlet yang menyediakan perkhidmatan ini. Aku lebih cenderung kepada ber-karaoke dari bermain bowling. Dia setuju. Menyeberanglah kami berdua memasuki bangunan yang juga menempatkan hotel diatasnya. 2 floor dari bawah adalah shoplot perniagaan. Hampir tiada yang ‘vacant’ ketika berjalan sambil mengintai-intai menyampaikan ke outlet karaoke.

Aku pula yang set ‘mood’. Aku cadangkan untuk ‘try’ lagu nyanyian Zamree berentak slow kecewa, Sendiri Kesepian. Kemudian beralih ke fast tempo pula, juga lagu dari Zamree lagi, tapi tetap alunkan rasa ‘frust’ kecewa cinta iaitu ‘Tugu Cinta’. Aku boleh layan dan dia juga boleh layan kedua-dua lagu ini yang bernada rendah tak perlu terjerit-jerit. Puas nyanyi beberapa kali, aku ajak dia uji kekuatan vokal nyanyikan lagu Eddie Hamid, ‘Segalanya sudah berakhir’ secara berduet. Nyanyi sorang memang tak mampu nak ikut. Mulanya dia ambil part ‘rendah’, manakala aku try chorus-nya yang bernada tinggi. Kemudian aku suruh dia buat part chorus dan aku ambil intro part yang rendah. Ketawakan sesama sendiri bila tidak berjaya sudahi part bernada tinggi. Sesama back-up bila suara tidak ‘sampai’ hampir mencungap jugalah dibuatnya. Rasanya adalah dalam sejam mengurungkan diri di bilik karaoke itu. Tidak ramai pengunjung kerana hari itu adalah hari bekerja dan bukannya hujung minggu.

Terperanjat aku, dia belanja minum juga selain dari bayar ‘harga’ untuk lagu yang sesama nyanyikan. Air botol dengan gelas berisi ais. Coke antara minuman botol yang top dikalangan remaja. Aku, walaupun remaja ‘lanjut’, boleh layan bebudak yang 4-5 tahun lebih junior dari aku. Sambil berborak kosong lebih kepada soal kerja di Jusco tentang pengalaman hadapi gelagat customer dan perangai sesama staf, aku masuk pasal mahu cari kerja lain. Kata Si Halim ini, seronok bukan tak seronok kerja dengan Jusco, cumanya dia tidak berapa yakin atau lebih kepada suasana kerja yang dirasakan kurang selesa. Maklumlah senantiasa berdepan dengan perangai cerewetnya pelanggan dan sukar hendak berinterasi secara bersopan. Mungkin juga kekangan masa dan rasa terkurung didalam bangunan yang mana aku pernah rasai lebih awal darinya. Ikutkan, aku juga tidaklah suka sangat tapi semasa dan selepas aku ditemuduga, aku bertekad untuk kerja di syarikat Jepun ini selama mungkin. Aku sudah hampir ke angka 30 tapi masih belum ‘settle down’ soal kerjaya. Lainlah dengan Si Halim ni yang baru meninggalkan ‘alam’ persekolahan. Masih fresh tidak tahu kerja apa yang patut dibuatnya. Berbeza dengan aku yang bertahun di Kuala Lumpur mencuba pelbagai kerja tapi kecenderungan lebih kepada ‘customer service’ dalam bidang sales.

Aku cuba naikkan keyakinan dirinya dengan bersetuju akan hasratnya hendak berhenti dengan diri aku, bukti hidup, sebagai contoh. Segala pancaroba yang aku lalui selama ini, aku ikhlas menerangkan kepadanya. Dia tidak berbunyi, cuma mendengar penuh attentive setiap apa yang aku katakan. Ada hal yang aku exaggerate dalam menyedapkan cerita untuk pengetahuan dan contoh yang selayaknya dicontohi. Selesai misi aku membantu memulihkan ‘semangat’-nya, kami menuju mendapatkan ‘kuda’ memasing. 

Aku ucapkan terima kasih atas belanja nyanyi dan minum sebelum memasing menunggang ke destinasi tujuan. Aku rasa puas dapat nasihatkan dirinya agar lebih berkeyakinan dan berjaya dalam lapangan pekerjaan yang dia sendiri pilih nanti. Ingin juga untuk aku mengetahui keberadaan dan situasinya tapi mustahil kerana hilang dari radar aku selang beberapa bulan kemudiannya. Belah macam tu aje.

Harapan aku dan mungkin harapan semua orang juga, semoga dirinya berjaya mengapai akan apa yang selama ini dicari.

Thursday, July 10, 2025

Nukilan di Realme C35

 

Nukilan di Realme C35

Wednesday, 9 July 2025 6:50 pm

Aku cuba menulis di ‘Upnote’ via samrtphone. Pada mulanya terasa kekok. Maklumlah-kan, paparan screen-nya terhad dan ‘virtual’ keyboard-nya bagi aku tidak selesa. Sedayanya aku akan upload aplikasi digital journal yang aku suka disemua platform yang aku ada. Tidak mengalah begitu mudah, aku link-kan dengan bluetooth keyboard yang pelbagai jenis aku miliki. Semuanya saling berhubungan. Memang cool. Lebih lebih lagi, article yang ditulis oleh computer commentator cum influencer yang happen aku baca menyenaraikan ‘5 aplikasi digital journal’ berstatus ‘free’. Antaranya, Upnote yang aku gunakan sekarang, Joplin dan Notesnook yang aku rasa amat menarik dan dengan kadar segera aku upload-kan. Free dan open-source. Mesra pengguna terutamanya buat diri yang obsess dalam menukil pelbagai kisah kehidupan. Tambahan pula setelah bersara makan gaji, hobby yang sejak 1988 lagi aku buat ini semakin ‘canggih’ sifatnya. Seawal bermula minat sebaik tamat belajar malah makin bersemangat pula dengan keujudan ‘Blogger’ dan ‘Wordpress’ yang saling berlawanan diawal millinium menarik writer menggunakan aplikasi yang dibangunkan.

Lengkap sudah. Di desktop dah ada, di tablet Hangzhong pun sudah malah ianya yang pertama aku ‘pasang’, juga di tablet Samsung. Di android laptop Acer dan Samsung turut aku pasang. Kini, yang terakhir adalah di smartphone Realme C35.


di smartphone

di desktop dalam bilik



Bersemangatnya aku lakukan sedemikian untuk kesemua peranti yang aku miliki ini dimana nukilan yang aku hasilkan akan synchronize automatically. Ini bermakna yang aku boleh sambung catatan yang belum selesai siap dengan membuka aplikasi di peranti yang lain pula. Ikut mana yang aku selesa diketika itu.

Nak kata membuang masa, ya terserah pada diri memasing. Bagi aku, apa sahaja aktiviti yang boleh ‘please’-kan diri, lebih lebih lagi sesuatu yang baru dalam teknologi multimedia semahunya akan aku cuba. Kalau bukan kita menguna-pakainya, siapa lagi yang akan mencuba. Takkanlah sesuatu yang bermanfaat dibiar terabai. Hanya mereka yang berkebolehan atau boleh dikatakan pakar dalam sesuatu bidang yang dapat  menghargai, memahami dan mampu menilai dengan baik hasil kerja orang lain dalam bidang kepandaiannya.

Bak kata orang dulu, hanya jauhari(saudagar permata) yang mengenal manikam(permata).

Sunday, June 29, 2025

Order lagi di TEMU

 

29 June 2025, Sunday @ 02:24pm

Makin bertujai pula aku membuat pembelian atas talian. Sebelum ini, platform shopee yang sering aku gunakan. Namun setelah aku beralih ke online shopping Temu, dirasakan inilah yang paling sesuai dengan aku. Di shopee, setiap barang yang kita ingini akan di-charge RM5.00. Kalaulah 4 items yang dipesan, maka setiap satunya akan dikenakan 'delivery charge' sebanyak RM5.00. Tentulah delivery charge untuk sekali pesanan akan menjadi RM20.00. Wow, untung besar mereka.


Berlainan pula dengan pembelian menggunakan platform TEMU. Dulunya aku amat sceptical dengan Temu ini. Mereka tidak mengenakan charge penghantaran sebaliknya penghantaran adalah percuma. Sejak December tahun lalu @ 2024 lagi aku cecuba membuat pembelian diplatform ini. Memang benar tiada charge tambahan dikenakan. Kita cuma perlu bayar harga barang yang diperagakan. Aku tidak berapa pasti macammana mereka beroperasi. Apa yang nyata adalah harganya lebih murah jika dibandingkan dengan di Shopee. Malah kekadangnya, harganya ada discount lagi jika dibuat pesanan sebelum sekian sekian tarikh. Amat menjimatkan. Mungkin jugalah strategi persaingan dengan platform yang lebih awal ujud kat Malaysia ini, Lazada dan juga Shopee. Dalam usaha menandingi mereka, Temu 'menemui' senjata yang ampuh untuk berlawan secara berdepan dengan pengendali platform online sedia ada. Sejauhmana keberkesanannya bukanlah masalah aku. Kebaikan yang aku perolehi adalah aku dapat jimat RM aku untuk tambahan kos penghantaran yang ditiadakan atau diserap oleh mereka. Berkemungkinan juga telah siap siap dimasukkan kedalam harga barangan. Siapa tahu... .


Apa yang bagusnya bahkan untuk semua pengendali online shopping punyai cara yang amat 'similar' untuk pembeli buat semakan 'penghantaran'. Segala butirannya amat 'detail' dari memula cadang hendak beli sehinggalah ianya sampai di muka pintu rumah. Ketelusan semacam ini membuatkan pelanggan makin meningkatnya keyakinan mereka. Disamping itu pembeli diberi pula pilihan dalam membuat pembayaran. Samada mahu bayar atas talian(debit/credit card, guna/scan QR, atau transfer via e-wallet seperti TnG e-wallet dan pelbagai macam e-wallet) atau mungkin masih 'cuak' takut ditipu maka pihak pengendali beri pilihan 'COD' iaitu cash on delivery. Maknanya bila tiba barangan diangkut oleh bebudak 'delivery' yang juga dari bermacam 'operator' penghantaran, sediakan 'cash' dan serah kepada budak yang hantar tu. Dah mudah, lagi mudah.


Kelemahan pembayaran cara 'COD' ini, pelanggan kena ada dirumah untuk serah duit 'dulu' dan baru boleh ambil. Hendaknya dimaklumkan yang penghantaran dibuat sekian sekian hari, satu kerjaan pula hendak tunggu sampai bebudak delivery sampai. Dibuatnya janji hendak hantar sebelah pagi, selalunya sudah nak masuk maghrib baru sampai. Selalu sangat aku alaminya situasi ini. Alasan yang 'klise' dari mereka ini macam standard punya jawaban - 'Maaf encik, delivery banyak hari ini'. Mungkin mereka ikhlas berkata yang sebenar sedemikian tapi kita pulak yang merasakan dah 'kena game'. Mana kau tahu perkara yang sebenar selain dari mengiakan alasan mereka ini.


Sejarah pembelian aku di TEMU, untuk pertama kalinya adalah pada 19/12/2024. Sampai ke tangan aku pula pada 23/12/2024 @ 14:19. Kedua dan ketiganya juga pada December tahun lalu menunjukkan 'constant' sampainya as per-claimed within stipulated date membuatkan aku makin 'percaya' akan TEMU walaupun agak 'sceptical' dengan pembelian online sebelum ini. Pembelian kedua dan ketiga ini pula, masing masing sampai on 25/12 and 28/12 respectively. Selepas bulan December 2024, selayaknya dan seringlah aku membuat pembelian di Temu. 


Terkini iaitu, pada 24/6/2025 @ 19:33, aku placed another order. Kalau aku track down pembelian, rasanya dah lebih dari 10 kali. Hampir setiap bulan aku buat pesanan. Tertinggi adalah bulan ini, June 2025 sebanyak 4 orders. Makin serasi pulak. Kalau ikutkan hati banyak lagi yang hendak dibeli. Maklumlah barangan yang diperagakan itu dalam kategori 'mampu' beli. Aku harus menahan diri dan lebih selective serta barangan itu semestinya benar benar diperlukan dan bersifat praktikal memilikinya. Elak dari dipengaruhi oleh cantiknya sesuatu barang yang diperaga dengan harga yang 'memancing' pelanggan untuk memilikinya. Biarpun aku 'belajar' advertising dalam sub-paper Marketing aku dahulu, namun temptation mahukannya amat sukar ditolak. 


Dijangkakan pembelian ini akan sampai didepan pintu rumah pada 29/06 - 02/07 as perstated di trackdown timeline as shown below.


                                   Hari ini-lah...terpaksa tunggu, bila agaknya sampai



                       Dah mai...sib baik awal, kalau tak...berjanggut menunggu


                                

                                        Bukti penyerahan oleh Dak Ammar





Ini gambau-nya



Apa yang jelas pasti, untuk ke-4 kalinya sebanyak RM35.57 berpindah tangan.





Monday, June 2, 2025

Mykasih di Mydin MITC

10:25pm MON. 6/2/2025

Siang tadi dalam pukul 11:00 pagi, aku dengan Yusree yang baru balik dari kampusnya pada Sabtu, bergerak menuju MyDin @ MITC. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air setelah selesai mandi ler, orang rumah memaklumkan yang beras kehabisan. Segera aku jawab, 'kenapa baru beritahu...'. Lupa, katanya, hendak beritahu semalam. Lalu aku cadangkan untuk ke Mydin cari barang keperluan dapor. Duit Mykasih sudah dimasukkan untuk ketiga kalinya. Tapi dia tak nak ikut, suruh Yusree teman ke sana.


Sebenarnya aku telah dimaklumkan yang aku telah 'lulus' permohonan untuk I-sara pada bulan dua kalau tidak silaplah. Pembayaran pertama akan dimasukkan ke dalam MyCard(i/c ler) pada 01/04/2025. Tentulah aku teruja untuk dapatkan sumbangan dari kerajaan yang berupa bantuan keperluan harian. Kata orang, bulan jatuh ke riba, siapa tak nak. Bagi memastikan yang sumbangan RM100 per bulan dan berkuatkuasa pada April sehinggalah ke hujung tahun nanti, aku amat menunggui tarikh 'pemberian' itu. Assumption aku dan sejak dahulu lagi, 01/04 ni being associated dengan April Fool. Tapi aku tidak rasa sedemikian sementelahan surat rasmi kerajaan dari kementerian kewangan seharusnya diyakini. Apa yang aku risaukan andainya RM100 itu tidak dikreditkan ke MyCard aku. Takkanlah kerajaan hendak menipu, pujuk hati ini meredakan keraguan.


Aku berulang kali melihat jumlah terkumpul di aplikasi 'MyKasih' sehinggalah yang ketiga kalinya(01/06/2025) sebelum bergerak ke Mydin MITC. Tertera jumlahnya kini telah meningkat ke RM300.00. Senyum sampai ke telinga-lah...pakcik. Mahu tak-nya. Melangkah-lah aku dengan penuh berkeyakinan ke bahagian 'pasaraya'. Sementara mencari parkir, aku turunkan Yusree di entrance closed to 'Nasi Kandar Padang Kota' seraya ingatkan Yusree untuk pergi dapatkan beras tempatan 10kg/perkampit terlebih dahulu.


Outlet yang dilantik untuk kendalikan  barangan keperluan harian yang ditetapkan kerajaan telah ambil initiatif atau sememangnya diarahkan untuk menandai barangan yang layak disenaraikan untuk program I-sara ini. Ini memudahkan para penerima bantuan ini mendapatkan barangan mengikut pilihan mereka.




Baki yang 'automatically' being updated setelah melakukan transaksi pembelian, segera aku check tengok di applikasi. Yes, masih berbaki RM118.60. Bagi yang familiar dengan applikasi ini tentulah amat memudahkan pencarian barangan yang dibolehkan untuk diambil dan layak membayar via 'MyCard'.


 


Apapun, aku kini tergolong penerima bantuan ini. Moga program sebegini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Harap haraplah bantuan bulanan dinaikkan ke RM200.00.


Muka ada senyum.



Monday, May 12, 2025

Salih Yaakob...jangan tak jadi, eeeh...apa dah jadi nie

Salih Yaakob...jangan tak jadi eeeh...apa dah jadi nie.

May 11, 2025, 8:53 AM

Sejak aku terbaca kisah Abang Salih kita nie beberapa minggu terdahulu, aku tidak mampu berkata apa apa tapi sekadar merenungi kejadian itu dengan penuh insaf. Terperanjat dan tentulah terkesan dibuatnya. Memang tidak aku sangkakan yang hal sedemikian boleh menimpa keatas seorang selebriti yang ‘glamour’ dizaman kegemilangannya.


Rujuk dan bacalah kisahnya...makan sardin dan patutlah lama tak nampak, aku amat bersimpati.


Caption berita tersebut, ‘makan sardin hari hari...’, benar benar membuatkan aku ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut dan mendalam. ‘Inside story’ pembungkaran akan hal yang bersifat peribadi menyelubungi dirinya perlu aku ketahui dengan lebih jelas. Tentulah dengan garapan ‘cerita’ penuh dramatik meruntun hati dari penulis yang mungkin prihatin atau mahu mendapat centerstage kerana membongkarkan ‘rahsia’ ini.


Aku sebagai pembaca dan juga sedia maklum dengan ‘kemampuan'-nya beristeri empat diketikanya tengah meletop letop dipersada hiburan tidak berapa lama dahulu, bukanlah berkesudahan sepertimana yang diberitakan - aku berharaplah - sedang alami kegetiran hidup diketika ini. Ketikanya sudah tergolong dalam ‘warga emas’ sama seperti aku sekarang dan hadapi ujian cenggini amat payah rasanya hendak bangkit menangkis. Bagaimana termula terjadinya dan sejak bila kemelut ‘deritaan’ ini perlahan lahan memberi kesan ‘buruk’ yang tidak pernah dia fikirkan perlu di selongkar sepenuhnya agar ianya jadi ‘sempadan’ buat orang lain. Amat sukar untuk aku menerima hakikat ini. 



    
                                     Abg Salih...jangan tak jadi...apa-apapun bikin kasi jadi


Berselindung dengan memberi ‘fakta’ half cooked dari pelapurnya sahaja dan tiada pemberitahuan dari mulutnya sendiri demi menarik simpati masyarakat yang mengenali beliau tidaklah memadai. Mungkin dia berjaya mendapat perhatian ‘public’ akan cerita sensasi sedemikian tapi beretika-kah pengamal media menyimpulnya sebegini menurut perspektifnya sendiri.


Aku tidak boleh terima kisah sepihak cuma. Pastinya bertujuan punyai muslihat. I’m smelling ‘something’ fishy here. Apa niat penulis sebenarnya. Mahu membantu selebriti dipenghujung usia dengan cara meraih simpati orangramai agar segera membantu insan ‘malang’ ini dari segi kewangan atau mungkin juga ‘kaedah’ mahu scam pembaca yang tentunya ikhlas memberi. Abang Salih ini ada maruah diri sama seperti orang lain. Tidak mungkinlah dia sesaja mahu mengadaikannya demi kelangsungan hidup. Soft spot orang Melayu yang mudah kasihan bersimpati mahu ditunggangi semaksimum tanpa memikirkan kesannya. Aku bukanlah ‘bias’ tapi patut patutlah. Biarlah pembaca sendiri yang menentukan kesahihan ‘duduk’ perkara sebenar tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun jua. 


Ini pula bidasan dari tuan badan yang pastinya dapat memberi pencerahan tentang persoalan kenapa dan mengapa dimana ligat berligar di benak semua orang yang mengenalinya.



                                                Apa sebenarnya...terima tanpa ragu
                                    

Penulis atau wartawan harus bertanggungjawab dengan fakta yang dikemukakan. Kena pastikan ianya sahih dan benar.


Aku pulangkan pada ‘pembaca’ untuk nilaikan.


I rest my case…