Tuesday, March 14, 2023

Memikirkan yang tidak pasti(Diluar jangkaan)

 

13 MARCH 2023, 12:26

Memikirkan yang tidak pasti

Kekadang timbul rasa resah gelisah yang entah dari mana datangnya. Mengelak tentulah sukar kerana menuju tepat pada diri. Takut tidak bersebab dan bertempat. Begitupun segala sesuatu yang mendatangi diri perlu dan seharusnya dihadap dengan penuh rasa kebertanggungjawaban. Mengelak dari 'menyantuni' penuh hemah akan membuatkan keadaan makin rumit. Seharusnya ianya perlu dielakkan dari terjadi.

Keadaan ini berpunca dari terkesannya diri akan berita yang aku bacai semalam mengenai seorang rapper dari south africa yang sedang membuat persembahan nyanyian tetiba tersungkur jatuh ke bawah stage lalu meninggal sejurus selepas itu. Jelas disini dari ribuan yang menyaksikan persembahannya sebelum menjadi 'arwah' pastinya tidak menjangkakan saat kematiannya adalah dilokasi tersebut. 'Live' dan videonya sudahpun di-view oleh lebih dari 30 juta viewer dalam tempoh masa kurang dari 24 jam.

Aku memang sensitif akan kisah kisah sebegini. Terfikir pula aku, tidakkah dari 30 juta viewer ini, adakah mereka dapat menerima hakikat atau setidak tidaknya terkesan dihati akan 'kematian' yang hadirnya tidak terdugakan. Lain orang lain penerimaan. Apapun bukanlah niat aku untuk persoalkan cara nyawanya diambil tetapi lebih kepada insafnya diri yang kita semua adalah dibawah pengawasanNya. Tiada seorangpun yang terkecuali dari berdepan dengan sakratulmaut.

'Setiap yang bernyawa, pasti akan menghadapi maut'. Rasanya setiap kita pernah melafazkan atau tidakpun pasti pernah mendengarnya. Tidak terkecuali ertinya yang mana every living soul akan sampai detiknya masing-masing. Cumanya cara yang seseorang itu bakal hadapi tidak bersamaan. Extreme atau tidaknya cara kita dimatikan banyak bergantung kepada apa yang telah kita jalani kehidupan ini sehinggalah saat dimana kita dimatikan. Semacam refleksi akan ke-obsess-an yang kita lakukan diatas mukabumi ini.

Sesiapapun yang 'alim' mengetahui akan inginkan kematiannya dalam kusnul-khatimah(pengakhiran yang baik) dan bukannya khusnul-khatimah(pengakhiran yang hina) . Even kalau pertanyaan yang sama diajukan kepada mereka yang 'liar' dan jauh dari menerima hidayah pun turut mahukan kematiannya dalam situasi yang beradab dan bukannya berakhir secara tragis dan tetiba sahaja datangnya. 

Kematian yang mahu dijauhkan

                   


Mengimpikan yang baik lagi terpuji tanpa adanya initiatif kearah kebaikan, mana mungkin akan memperolehinya. Songsang dalam tindakan dan tindak tanduk namun mengharapkan hasil yang terbaik, rasanya empunya diri sudahpun punyai jawaban yang pasti. Namun 'keajaiban' dariNya memungkinkan sesuatu yang tidak terfikirkan terjangkakan boleh berlaku. 

باءذنالله (Biidznillah @ Dengan Izin Allah)

No comments: