Sebenarnya aku hanya sekadar mengikuti menerusi radio dan melihat sahaja laporan liputan penamaan calon sejak dari pagi lagi. Mendengarkan laporan dari radio didalam kereta menuju ketempat kerja seawal 8:15 pagi lagi. Biasanya aku mulai bergerak pergi sekitar 8:30 tapi diawalkan kerana tetiba sahaja anak yang diangkut pulang dari asramanya pada petang semalam meminta dihantarkan ke stadium tun fatimah. Tidak perasan yang katanya semasa masuk kedalam kenderaan semalam dikhabarkan antara dengar dengan tidak dimana dia ada training rugby esok harinya.
Manalah nak beri tumpuan. Diketika dia memaklumkan hal ini, aku tengah sibuk memantau keadaan laluan keluar dari sekolahnya yang agak sibuk. Bagusnya kecanggihan alatan perhubungan yang kedapatan kini membolehkan kita mengetahui dengan kadar segera atau in-situ 'real time', sesuatu hal serentak pula dari pelbagai tempat. Sedangkan diwaktu dahulu yang tidak berapa lamalah juga, hendak mengetahuinya perlukan masa. Penyaluran maklumat yang pantas amat mengujakan. Dari satu lokasi ke lokasi yang lain dan dengan penyampaian yang bervariasi membuatkan pendengar terhibur mendengar laporan semasa.
Memulaikan kerja, android tv yang telah aku download-kan apps 'OTT', aku on-kan. Awani, saluran berita, sedang bersiaran luar. Melaporkan langsung dari pusat penamaan calon yang pada pemantauan mereka adalah kawasan tumpuan yang menjadi minat penonton untuk mengetahuinya. Ikutilah secara on and off. Tidak berkesempatan melekap didepan tv sepertimana bila dirumah. Pun begitu dapatlah juga diketahui maklumat yang ingin sangat untuk diketahui. Dihandphone pula kejap kejap keluar dan juga dibahagian bawah tv ada text scroll dari kanan ke kiri memaklumkan Azwan Ali tidak bertanding di Parlimen Gombak. Terkadang aku terkeliru antara Azmin dengan Azwan ni. Memanglah mereka adalah adik beradik. Tapi bila dimaklumkan yang dia tidak bertanding dikawasan yang telah dimenanginya untuk dua penggal berturut, mungkinkah dia sudah 'goyang' untuk pertahankan P.098 Gombak. Salah sangka aku kemudiannya terjawab bilamana pemberita menemubual Diva AA dilokasi penyerahan borang penamaan calon.
Tepuk dahi aku. Pandai sungguh pihak yang hendak timbulkan sensasi. Bagi akulah, Azwan ni sekadar menyerikan suasana sahaja. Dia bukannya ada pengaruh yang kuat dalam bidang 'politik'. Sekadar menyibuk sahaja. Motif utama mahukan publisiti menaikkan namanya dalam industri hiburan. Masa PRU 14 dahulu, telah terbukti. Kalah sehingga kepada gagal mendapatkan 1/8 jumlah keseluruhan undi di DUN N.19 Bukit Antarabangsa yang dia sama lorat menawarkan diri sebagai seorang ADUN andai berjaya menang. Maksud kata hangus deposit. Mana tidaknya, sudahlah bertanding sebagai calon bebas, dapat undianpun tercorot sekadar mengumpul 90 undi dari 30892 orang yang keluar mengundi. Kekadang gimik yang hendak dilakukan ikut sedap hati sahaja tanpa mengambil kira suasana sekeliling. Tapi kali ini, ghairah hendak bertanding tapi akhirnya disaat penyerahan borang pencalonan dia membuat pusingan 'U' pula. Masih tidak mahu 'mengalah' dan beralasan biarlah kawan baiknya si Amiruddin(ex-MB) berdepan dengan penyandang iaitu abangnya sendiri si Azmin. Berikrar pula menyokong Amir untuk mengalahkan abangnya.
Aku sebenarnya tidaklah mahu mengulas banyak. Malah tidak inginpun hendak membuat catatan. Tetapi disebabkan satu statement dari Syed Razak yang bertanding bebas di Parlimen P.107 Sungai Buloh, pantas sahaja untuk aku membuat komentar. Kenyataannya memang sepertimana yang aku ingin dan harapkan dari seorang calon yang bertanding. Seolah dia membawa 'impian' aku, andailah benar benar menjadi realiti.
Selesai menunaikan Isyak, dan dalam sekitar 9:30pm, aku melepak disofa. On-kan tv dan terus ke saluran 'Malaysia Memilih' iaitu Astro Awani 501. Banyak laporan dari pusat penamaan calon seluruh negara dibutirkan termasuklah mengenai sedikit kekecohan di Tenom siap bervideo lagi. Aku melihatnya sekadar ingin mengetahui siapa bertanding dimana dan siapa pencabar berpotensi. Banyaklah maklumat dimaklumkan. Dari jumlah penyertaan, dari satu lawan satu sehinggalah teramai dalam sesuatu Parlimen. Tertinggi khabarnya di Parlimen 'Batu' seramai' 10 orang. Berapa lelaki, berapa perempuan, termuda dan paling tua iaitu Tun M turut diberitakan oleh pelapor/pemberita dilapangan juga distudio. Lebih menarik lagi diulas dengan data dan dipaparkan diskrin besar akan sengit tidaknya perlawanan pada 19/11/2022 nanti.
So, bolehlah dirujuk kenyataannya disini dan disini
|
Sepentas bersebelahan dengan bakal pemenang |
Aku tidaklah mahu menyentuh 'package' yang masing-masing ada dalam merealisasikan impian bergelar Yang Berhormat. Sejauhmana mereka dapat mempengaruhi pengundi bergantung kepada kebijaksanaan dan 'aura' mereka. Pun begitu, dirinya bagi akulah semacam sepandangan. Argument yang diketengahkan bilamana 'reporter' bertanyakan 'chances' kemenangan dalam bahasa inggeris lagi, nampak ketara keyakinannya. Fluent english-nya menyatakan reason dan keinginan yang begitu ideal. Katanya, KJ pun asalnya dari seorang yang tidak dikenali boleh menang masa pertama kali bertanding. So do i...tegasnya...with the help of the voters, I am also can be a winner, a Yang Berhormat.
Realitinya, dia bertanding 'bebas'. Tiada pengikut dan sokongan sedia ada. Sekarang ini, bergerak berkumpulan tentulah lebih kuat berbanding bergerak sendirian. Sekadar mengharapkan simpati dan ehsan pengundi semata serta 'bernasib baik', amat sukar untuk impian menjadi kenyataan.
Namun begitu aku amat 'admire' determination dirinya untuk bertanding memeriahkan PRU-15. Kalah adalah pasti tapi kemenangan tetap berkemungkinan.
Go for it...Syed Razak.