08 AUGUST 2022, 15:02
Kurus sesangat
Seminggu telah berlalu memasuki bulan Ogos ini. Ingatkan makin menjadi lebih menceriakan setelah penghujung Julai bilamana socmed heboh mempersoalkan akan pengurangan pemakanan telur yang mana telah dicadangkan oleh pengarah kpdnhep cawangan Melaka pula tu. Keresahan kemarahan golongan B40 membuatkan mereka melempiaskan rasa kurang senang diplatform digital yang mudah diakses oleh semua membuatkan aku yang cuba dan ingin nikmati kehidupan yang tenang dan damai berubah jadi berserabut dibuatnya.
Aku tidak faham mengapa. Bilamana masing masing melayan rentak kehidupan sendiri, tetap masih ada yang sama sebok runsingkan akan penampilan diri aku. Dah kenapa kau!. Bila persoalan yang tidak membawa 'keuntungan' tapi mungkin boleh mendatangkan kecelaruan pada orang lain. Amat dibimbangi mungkin sehingga ke tahap meyinggung perasaan. Seharusnya bersempadanlah dalam menyentuhi peribadi orang lain. Lainlah kalau empunya diri merelakan. Apa hal pula bila tuan punya badan rasa okay sahaja dan tidak pula menganggapkan akan apa yang janggal dipenglihatan orang yang memandang itu suatu kekurangan. Live life to the fullest. Apa kejadahnya hendak bubuh perut akan komen orang.
Sekali pertanyaan itu mungkinlah disebabkan rasa kehairanan. Tapi andai kerap sangat bertanya hal yang sama akan timbul perspektif lain buat yang menerima pertanyaan sedemikian. Ada hal yang boleh diguraukan dan ada perkara yang sekadar perlu direnung dan diinsafi bersama. Tidak perlu bertanyakan berdepan akan sesuatu yang amat 'obvious'. Ditolongnya tidak, malah di-highlight-kan isu, semata mata hendak perbandingkan secara spontan akan kelebihan diri. Setidak tidaknya berilah cadangan mengatasi, mungkin sejuk sikit buat yang ditanya. Ada elemen bangga diri didalam pertanyaan sedemikian.
Bagi akulah, isu hendak gemuk atau biarkan sahaja kurus tiadalah besar manapun permasalahannya. Nak gemuk, nak kurus ker terpulanglah pada individu itu sendiri. No hard feeling la. Lainlah kalau tidak cukup makan ka, ada penyakit ka atau sukar bergerak ka atau apa sahaja yang menyusahkan dirinya. Selagi mana dia mampu menjalani kehidupan yang normal, boleh makan, boleh urus diri sendiri dan bebas kesana kesini maka tidak perlulah dirunsingkan sangat. Empunya diri boleh 'move on', yang bertanya pula yang over sesangat. Sudah kenapa kau!.
Selalunya, orang yang berperangai sebegini akan aku matikan perbualan walaupun dia samada bertujuan atau tiada niat sekalipun hendak menyinggung perasaan dengan berkata,' Beginilah - selagi mana aku boleh 'berak' dua kali sehari(sengaja aku kuatkan suara dengan nada marah/geram), rasanya sudah cukup bagus bagi aku'. Hampir semua yang punyai pertanyaan yang mirip sebegini akan aku tamatkan dengan jawapan 'klise' ini. Kerap jadinya mereka yang tidak pasal pasal bertanya ini akan tergamam dengan jawaban tidak terjangkakan ini. Ada yang merah padam muka dihamburkan 'berak' sambil mata aku merenung tepat ke matanya. Memang kelu sekejap dan mungkin dalam hatinya berbisik, 'Dia marah ni...'
Setakat kurus ke gemuk tidaklah berapa sangat kesannya. Apa agaknya buat 'kaki' yang suka benar singgung hati orang ini mengungkapkan, 'Kenapa kau ni gelap sangat?. Kurus, anytime kalau mahulah, boleh gemuk. Tapi kalau sudah semulajadi berkulit gelap takkanlah boleh melepak kulitnya semata mata hendak 'please' sipenanya. Bengkak lah. Ada yang tidak pasal pasal bertumbuk.
Sekarang ini bukan boleh sebarangan menegur. Silap tegur boleh ke tahap mendatangkan maut. Tindakbalas amat tidak terjangkakan. Bagi yang berjiwa memberontak, mungkin akan berubah jadi 'jalak lenteng'. Tak mustahil duduk hospital berbulan patah riuk bahana silap menegur. Sekarang ini bukankah semangat 'Mat Kilau' sudah menjalar pantas lebih lebih lagilah pada 'ultra' Melayu.
Selalu senantiasa aku sebutkan dan sememangnya inilah hakikat yang mana semua kita harus maklum yakni segalanya berkemungkinan.