Tuesday, September 24, 2019

Menung pagi Selasa

September 24, 2019 09:14

Pagi ini aku bercuti mingguan. Seperti biasa dan kebiasaan yang dilakukan, saban kali bercuti pastinya aku dan isteri akan ke pasar untuk stok seminggu. Entah bila agaknya kebiasaan ini akan sampai ke penghujung masa. Bila tibanya, tiada siapapun yang tahu dan apa yang pasti ketika itu akan sampai jua akhirnya. Mahu tidak mahu apatah lagi suka ataupun tidak, ianya tetap akan hadir dalam rentetan kehidupan. Namun sebelum tibanya detik itu, haruslah merencana kehidupan dengan sehabis baik demi mengejar mendapatkan keredhaan Illahi.

Sesungguhnya tiada insan yang mahukan corak kehidupannya senantiasa dirundung malang tambahan pula yang tidak berpenghujungan. Semua kita, kalau boleh... ya, kalau bolehlah mahukan serba serbinya sempurna. Tiada cacat cela yang menganggu kehidupan harian bahkan sampai kepenghujung hayat melayari sesempurna yang boleh. 

Dikala usia yang sudahpun melepasi 55 dan jika menoleh kembali kebelakang tentulah banyak hal yang mahu sahaja diulang lakukan demi melaksanakan dengan sebaik mungkin. Tapi apakan daya, segala yang dilakukan dahulunya hanyalah sekadar untuk direnungkan dan dinilai semula agar mereka yang kemudian dari kita, moga mampu mengharungi dengan pendekatan yang terbaik dan paling baik.

Namun nasihat yang akan diberikan mengikut keadaan tidak semestinya bulat bulat diterimapakai oleh mereka yang harus melalui dan menghadapi keadaan yang dulunya pernah kita lalui. Tambah tambah pula dari kita yang biasa biasa dan tidak menunjukkan perubahan yang 'significant' pada pandangan mereka yang hendak kita nasihatkan.

Terpulanglah. Kita cuma memberi perspektif dari sisi lain dan berpandukan pendekatan yang telah diambil dan mengalaminya sendiri.

Monday, July 15, 2019

Latih tubi yang culas

 14 JULY 2019, 09:23

Pagi minggu ini aku menyelak balik Madina Arabic Book 1, mengimbas imbas serta membaca karangan di pelajaran 11. Aku beralih tumpuan dari terlalu obsess dengan perancangan renovation rumah sejak minggu raya 1440H sehinggalah semalam dimana telah termaktub akan kontraktor yang aku yakini dapat menyiapkan sepertimana yang aku rancangkan. Namun, aku berserah kepadaNya agar segala urusan dipermudahkan. Banyak melekakan aku. 

Bagi meredakan tekanan serta rasa kerugian masa, dipagi yang kelihatan tenang ini aku cuba cubalah recall apa yang telah aku pelajari secara kendiri dengan bantuan kecanggihan teknologi yang maybe memudah menyingkatkan pembelajaran.

Ayat pertama baca, okay jer. Ayat kedua dan ketigapun okay juga.Tiba ayat keempat dah stuck. Fihi... aku tahu, 'in it' atau bermaksud 'didalam'. Hadikatu...apa 'binatang' ni. Tapi aku dapat hidu yang bertanda 'dhammah' ini adalah 'ismu' atau katanama, noun - cakap omputihnya. Terkial-kial mengingati, langsung aku capai smartphone dan tekan ikon Arabic taklam yang aku install dan pantasnya jawapan persoalan aku dipamirkan.

Server kena upgrade la nampaknya...


Beginilah jadinya bila kita culas mengulang ulang. Repeatition amat penting. Malah dalam apa apa halpun, pengulangan dan kerap melakukannya akan mempertingkatkan keupayaan. Tanpa kita sedari disuatu masa dan suatu ketika nantinya kesan dari kerapnya melaksanakan saban masa pasti menjadikan diri punyai kemahiran. Bukan sekadar mengagumkan orang lain yang memandang melihat tapi akan mulai menyedari yang sekian lamanya tidak menyangkakan yang diri punyai potensi.

Begitupun, didalam rentetan kehidupan, cabaran dugaan serta dorongan impian akan silih berganti. Namun andai kekal tabah mengharungi setiap rintangan, kejayaan akan menunggu bila tiba masanya.

Setakat ini, segala aspeks tentang tatabahasa telah aku rangkumi. Latihan dan drill yang berkaitan juga telah aku perbuat dan fahaminya. Namun dirasakan masih ada kekurangan lagi. Bila lama tidak melakukan kelupaan pula menerjah. Mungkin memory-retention kian melemah dan perlukan booster. Maknanya aku belum benar benar mantap menguasai. Perjalanan mengapai kejayaan kepuasan masih jauh lagi.

Istiqamah dan jangan jemu. 

Friday, June 7, 2019

Syawal yang diraikan...

 05 JUNE 2019, 10:18


Syawal yang diraikan...


Selesai sudah sembahyang raya untuk tahun 1440H. 1hb 10 sudah hari ini. Those yang sudah familiar tentu tidak terkejut  dengan bulan 10 yang dinyatakan. Namun bagi yang sudah terbiasa dengan kalendar Masehi pastinya akan mengangkat kening kehairanan. Al-maklumlah tidak pernah tahu ataupun tidak pernah diberitahu atau mungkin juga baru cuba hendak mengingatkannya kembali.


Majoriti umat Islam di Malaysia ini telah terbiasa dengan penetapan pengumuman bulan puasa dan popular diungkapkan bulan Ramadhan dan juga ketikanya pengumuman Bulan Syawal. Secara tidak langsungnya dua bulan ini cukup popular dan kerap diucapkan serta kekerapan mengungkapnnya akan lebih tinggi bila tibanya kehadiran Ramadhan dan Syawal yang berturutan ini. Nampak ketara sesangat bilamana kalendar Masehi dijadikan asas dalam setiap aktiviti harian. Sehinggakan tarikh penepatan melihat anak bulan Ramadhan juga Syawal ditetapkan pada tarikh masehi dahulu dan barulah disebut bersamaan dengan 30 Sya'ban 14XXH. Secara halusnya kita sendirilah yang menjarakkan diri dari lingkungan suasana keislaman. Ada juga pihak yang 'alim' mahu membudayakan Kalender Hijrah ini tapi suara tidak cukup kuat untuk didengari oleh telinga penguasa negeri apatah lagi untuk dipatuhi sepenuhnya. Setakat kesedaran sahaja masih tidak mencukupi. Mungkin perlukan gelombang yang cukup besar untuk merubah segala-galanya kearah suasana yang condusive dalam melaksanakan aspirasi ini.


Aku sejak semalam lagi membuat revision akan solat sunat Aidulfitri, dari niatnya, tatacara solatnya, surah yang lazim dibacai imam dan perkara perkara yang berkaitan. Tentunya sembahyang yang setahun sekali dilakukan perlulah membuat persediaan walau telah pernah saban tahun didirikan. Dalam pada itu sebelum memulai sembahyang raya, telah dingatkan lagi akan tatacara pelaksanaan agar tiada yang akan menghadapi kesukaran. Tapi apa kekuatan kita. Entah macammana aku boleh jem lak. Selepas berniat, doa iftitah boleh kelupaan.


Banyak lagilah yang harus aku 'improve'. Exposing myself for good.

Saturday, May 18, 2019

Antara Solat dan Puasa

 17 MAY 2019, 10:47                                                                                               

Terkejut aku bila tetiba kisah sekumpulan budak sebangsa memperlekehkan teguran orang tua sebaya aku viral di facebook. Sudah beberapa hari hal ini dilihat dan dirujuki akan apa punca sehingga sesuatu yang tidak sepatut dan seharusnya berlaku boleh berlaku. Malah sanggup pula pihak yang tidak bertanggungjawab ini menyebarkan ke pengetahuan umum. Apa punya hati kering anak anak Melayu sebegini yang pada zahir keturunan sudah sah sah beragama Islam. Tidak mungkin pula, pakcik yang menegur itu tidak mengetahui yang bebudak di kejiranannya itu bukan berbangsa Melayu Islam. 

Apapun yang terjadi ini telah membuka ruang untuk semua kita bermuhasabah diri. Apakah perlakuan sedemikian bersifat terpencil dan tidak mungkin akan berulang dimasa mendatang nanti. Dimana letaknya peranan ibubapa dalam memberi didikan awal. Apakah juga sistem pendidikan serta sukatan pelajaran sehingga ketahap SPM dengan sessi sekolah agama di sebelah petang tidak memadai memperlengkapkan anak muda berhemah diri sekurang-kurangnya andai tidak pintar dalam pelajaran.

Rasanya semua kita berperanan. Menegur memperbetulkan segala yang agak kurang sesuai perlu ada dalam diri setiap orang. Bukankah telah diperjelaskan oleh junjungan kita dalam hadisnya yang sering kita diperdengarkan dan diperingatkan samada dalam teks khutbah jumaat yang dikhutbahkan dan juga dalam majlis majlis ilmu lainnya. Pelbagai perspektif dan senario digunapakai bagi memberi penjelasan dan huraian menyeluruh akan hadis, 'Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara'. Bagi mereka yang 'cerdik' memahaminya bolehlah dihubungkaitkan dengan pelbagai ayat al-quran dalam memperkukuhkan ingatan teguran sepertimana yang Nabi Muhammad paling awal menerimanya. Bila kita hadirkan diri 'berdepan' denganNYa via pembacaan, pastinyalah pembacasetiap ayat ayat al-quran lebih maklum. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk, 5-perkara-sebelum-5-perkara.

Malang benar buat ibubapa yang punyai anak sedemikian. Betul, sudah akil baligh serta mampu menentukan baik buruknya sesuatu perkara bukanlah pula bererti yang seseorang boleh berbuat sewenang wenangnya. Perlunya ada suatu panduan yang jelas. Bilamana kita mengambil mudah akan hal asuhan dan pembentukan siasah diri dari peringkat awal lagi, mana mungkin hasilnya akan menjadi sesempurna yang dihajati.



Malah kita semua setuju dan sepakati kebenaran perpatah, 'melentur rebung biarlah dimasa rebungnya lagi'. Kiasan yang paling tepat ini seolah menempelak akan kegagalan dipihak ibubapa khususnya dan juga masyarakat amnya dalam memastikan apa yang telah diperingatkan dahulu diremehkan begitu sahaja. Mana mungkin membiarkan orang lain pula untuk bertanggungjawab memikirkan usaha memulihkan gejala kurang elok golongan muda mudi.

Termenong memikirkan penuh kehairanan. Dibulan puasa lagi dan sepatutnya kita semua lebih mendekati Allah swt. Peluang berada dibulan puasa bagi mereka yang mengerti amat menunggui kedatangannya. 10 hari pertama adalah ketikanya untuk merebut rahmat yang terbuka luas. 10 hari seterusnya pula adalah maghfirah atau pengampunan. Manakala 10 hari terakhirnya pula adalah 'peluang' untuk kita melepaskan diri dari api nereka. Mungkin agaknya mereka terlupa dan harus perlu sentiasa diingatkan akan Ramadhan Al-Mubarak ini dan patut disekalikan dengan pemantauan agar kembali on-track. Namun melihatkan tingkahlaku yang bukan dibuat buat ini lagi spontan nakalnya sekilas mencerminkan serta dapat diandaikan corak didikan awal yang mereka terima.

Ramadhan - 3 phase


Amat malang rasanya. Harus ditarbiahkan untuk kebaikan diri mereka dan tidak sampai menghuru harakan masyarakat setempat. Mana perginya orang 'alim' dan berpengaruh dikejiranan. Tidakkah ada rasa pilu dan bimbang bila melihatkan anak bangsa yang sememangnya digantungkan harapan mencorakkan masa depan kearah yang lebih baik lagi islamik tapi begitu menyedihkan.

Harapan aku, biarlah kejadian ini yang terakhir. Jangan berulang. Sesamalah kita membendunginya serta gejala negatif lainnya. Kemuafakatan sesama pastinya akan mendapat pertolongan Allah swt.

Tuesday, April 16, 2019

Menunggui kedatangan

 14 APRIL 2019, 00:36


Memulaikan...


Ibarat orang tengah bercintalah. Memang tidak pernah akan bersabar. Mahu segera sahaja menemui buah hati idaman. Begitu jugalah halnya yang terjadi pada diri siang tadi(semalam). Aku ketempat kerja seperti biasa, dari sehari ke sehari. Malah tiada apa luarbiasanya yang terjadi. Sebaik minum pagi ditemani orang rumah, segeralah aku bergerak menuju ketempat kerja memandu Kancil yang kekal setia berkhidmat untuk aku. Apa kekurangan akan dibaikpulih dengan kadar segera. Al-maklumlah kereta 'cari makan'. Swipe-in untuk melapor diri, briefing pagi dengan staff selepas membacakan 'sales' semalam buat setiap division. Segala informasi yang perlu diketahui dan seharusnya diberi tindakan buat hari ini disampaikan seraya mengingatkan mereka untuk mencapai target jualan hari ini, iaitu RM80K. Ulangan perbuatan yang bertahun dilaksanakan sehinggakan tiada apa yang terasa luar biasanya. 


Namun, aku agak teruja dan ter-over pula 'excited-nya' bilamana wife post-kan gambar barangan yang dinanti-nantikan dari negara China. Sejak aku serahkan jumlah bayaran secara online pada 30 March 2019 dan dijanjikan within 2 weeks time oleh pengendali laman online shopping, merchandise yang dihajati itu akan sampai dalam agakkan aku sekitar Isnin 15/04. Tidak tersangka pula aku yang pada pagi Sabtu ianya telah selamat sampai kerumah.

Berita gumbira


Ini yang diimpikan



Aku tidak ketara sangat meluahkan keresahan penantian pada minggu pertama April. Ketika ini bila aku recall tingkah laku sejak Isnin 08/04, aku dapat rasakan perbezaannya. Kerap sangat aku 'view' di Youtube akan rupabentuknya serta comment yang dibuat oleh commentator akan produk ini. Pantang sahaja bila ada kelapangan samada sebelum ketempat kerja atau setelah kembali pulang, berulang ulang aku menontonnya tanpa ada rasa jemu. Ketara, memang ketara sesangat perangai dan tingkahlaku aku. Sering terbayangkan yang ianya sudah ditangan. Berjanji sendirian untuk segera menulis mencoret sesuatu sekadar ingin merasai kelainan berinteraksi menggunakan Samsung Tablet 10.5 ni. Antara HP desktop, Acer Laptop, HP Slater 7 dan terkini dan sedang dirasai ini, Samsung  Tab P585Y pastinya 'feel' tidak bersamaan. Ditambahi pula dengan keyboardnya yang seolah-olah sedang menggunakan desktop tapi lebih bebas bergerak. Dimana sahaja boleh melakukan aktiviti penulisan dan tidak kekal statik dibilik sahaja. Flexibility sebegini memang didambakan sesangat. Tambahan pula kuasa baterinya yang lebih lama bertahan berbanding Acer Laptop pembelian 2006 sekadar 2.5 hours atau HP Slater yang seganda panjang kuasanya iaitu 4 jam dari Acer. Setiap pagi diketika bersarapan ditemani orang rumah, aku nyatakan kegusaran pasal lambatnya sampai. Sambil sambil itu, memujuklah diri yang destinasi sangat jauh dan harus di-airflown-kan. 2 minggu mungkin masa yang singkat jika diukur jauhnya jarak pembekal dengan aku yang bermastautin di Melaka ini. 


Pagi Sabtu ini semacam tidak tertahan tahan lagi, aku lepaskan rasa keinginan yang semakin meluap luap sehinggakan rasa kebimbangan pula yang menyelinap masuk. Maklumlahkan, pembayaran telah dibuat tapi barang yang dipesan tidak kunjung tiba. Siapapun akan 'angin'. Bukanlah takut ditipu kerana berurusan dengan sebuah organisasi yang terkenal lagi dipercayai tapi kelewatan sampainya membuatkan keterujaan makin terkesan. Mungkin ada nada kesal. Namun pasal gatal sesangat membuat pesanan maka tanggunglah sendiri.


Tidak tersangkakan semasa sedang bertugas, satu hantaran dari 'orang rumah' meleraikan segala kekusutan yang diluahkan. Kita sebenarnya tidak mampu menjangkakan akan apakah yang sepatutnya berlaku di masa masa mendatang. Moral cerita, senantiasalah bersabar dan terus bersangka yang baik baik agar yang bakal terjadi nanti adalah yang terbaik juga sepertimana yang amat diharapkan.

Ameen.

  

Saturday, February 9, 2019

Aku dan kehidupan

 4/2/2019 09:45pm


Entahlah...ini adalah catatan terkini untuk platform Idailydiary. Sering sangat desktop ini mengalami gangguan. Gangguannya pula tidak terdugakan berlaku. Tanpa ada membuat back-up, alih-alih 'pop' sahaja hang. Banyaklah catatan catatan peribadi aku yang tanpa sengaja, hilang begitu sahaja. Namun terdapat juga beberapa catatan yang sempat disimpan didalam pendrive sebagai tatapan kenangan.


Menghasilkan sesebuah coretan walaupun nampak mudah tapi buat diri ini ianya terlalu peribadi sifatnya. Luahan rasa semasa dan ketika catatan itu dibuat amat bermakna. Segala yang dicurahkan adalah spontan. Originality dan hanya empunya dirinya sendirilah yang tahu akan apa yang dicatat dan dizahirkan menurut sudut pandangan sendiri. Pun begitu ianya tidaklah sampai ketahap merajuk. Namun pengalaman sedemikian akan menjadi pengajaran yang amat bermakna agar tidak terjadi dikemudian harinya nanti. Kesilapan sering dan mudah sangat untuk terjadi. Banyak faktor penentunya. Walhal siapapun kalau mengikut logik akal, tentunya tidak mahukan kehilangan akan apa sahaja yang diusahakan apatah lagi bertahun telah dihasilkan.


Setiap dari kita pastinya punyai kisah perjalanan kehidupan masing-masing. Mahu mengingati detik perjalanan mahupun tidak adalah bergantung kepada empunya diri. Kalau dirasakan tiada punyai ruang untuk meluahkan tidak perlulah bersusah susah mengingati menulisnya. Namun bagi diri aku pula, aku berpendirian, mungkin dipengaruhi dari minat membaca genre 'autobiography' yang dihasil dan dipena oleh penulisnya sendiri membuatkan diri ini amat teruja untuk mencoretkan kisah kisah kehidupan yang dilalui sekadar mana yang termampu diingati. Tabiat mencatat yang aku lakukan sejak menamati alam persekolahan dahulu iaitu sekitar 1982 sebaik menunggui keputusan SPM 81 dan di-intensified pada 1988 ketikanya menunggui keputusan Diploma membolehkan diri ini semacam 'handy' sesangat menumpahkan apa sahaja cerita yang menyentuhi diri semasa dan diketika sesuatu kejadian terjadi. Fresh comment dan apa jua yang terlintas difikiran diketika sedang mencoret akan terus sahaja aku nukilkan didalam buku nota yang khas untuk catatan. Ketika itu, media sosial belum terdengarkan lagi tapi coretan coretan pendek sering aku selak membacanya bila ada masa terluang. Al-maklumlah, masih belum ada komitment lagi ketika itu.


Diketika ini dan bila menoleh kembali nota-nota lama yang dikarangi, seolah-olah aku 're-visited' kejadian yang pernah aku sendiri alami dan saksikan yang terasa baru sangat aku lalui. Betul, masa tidak boleh dianjakkan kembali namun kenangan apatah lagi yang menyentuhi perasaan tidak sekelumitpun akan dilupai. Berbeza pada mereka yang tidak merakamkan kejadian yang dialami, yang pastinya akan terkial-kial cuba mengimbau antara betul ataupun tidak. Kesamaran akan menghadirkan kesukaran meneka dan mungkin akan mengelirukan. Biarlah apa yang orang lain ingin perkatakan...terpulanglah. Buat diri ini, mencatat kisah diri sendiri bukanlah untuk meraih simpati apatah lagi minta dibanggakan tapi sekadar merakamkan kejadian yang dialami serta turut ada menyaksikannya sendiri setiap  peristiwa yang berlaku. Perspektif yang dizahirkan adalah pandangan peribadi aku. Orang lain peduli apa. Bak kata omputih, 'No hold bar'. Hantam sahaja mengikut apa yang difikirkan dan dirasakan.


Mungkin, mungkin lah peri-perjalanan kehidupan orang lain penuh berwarna warni, bercorak, berseni lagi berseri. Ini aku rasai setelah membaca puluhan buku 'autobiography' dari penulis yang berwibawa dan mereka yang pada hemat kita amat-amat berjaya kehidupan mereka. Namun tiada sesiapapun boleh meragut mencuri kisah perjalanan kehidupan aku biarpun mungkin ada liku-liku perjalanan awal aku ada banyak persamaannya. Sudut pandangan serta tindak tanduk yang berbeza antara sesama kitalah yang membuatkan perjalanan kehidupan masing masing bervariasi. Senang cakap tidak akan bersamaan antara individu dengan individu yang lainnya.


Memuaskan citarasa sendiri menjadi keutamaan. Apa hal pula orang lain hendak mencampuri urusan peribadi aku. Biarlah aku tidak punyai wang berjuta mungkin, juga harta yang banyak untuk dibanggakan tapi pengalaman serta keterlibatan aku didalam situasi yang masih serta segar diingatan sehingga ke saat ini perlu aku dokumenkan agar setiap apa yang terjadi itu menjadi contoh tauladan bagi mereka yang sudi 'mengambil'nya serta menilainya dari sudut pandangan masing masing.