24 APRIL 2015, 12:07
الحمر لله!،
Selesai sudah membaca teks khutbah jumaat yang perlu disampaikan oleh para khatib seluruh negeri melaka untuk jumaat kali ini. Membacanya tidaklah sesukar mana, memahaminya juga tidaklah menyukarkan sangat. Namun mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian itulah yang amat menyukarkan serta menyulitkan andaikata tiada tindakan yang proaktif dikalangan makmum yang bakal mendengarnya seketika nanti. Pandangan peribadi mengenai pentingnya solat serta perkara-perkara yang melingkari perlukan pemahaman yang jelas serta terang. Ketepatan serta kejituan mengenai solat tidak boleh sekadar melihat dan membuat sepertimana yang dilihat. Tiru-tiru didalam bersembahyang tidak memungkinkan ibadahnya diterima. Malah jauh lagilah untuk diiktiraf serta perasan yang kekhusyukan dalam sembahyang diperolehi. Amat benar sebenarnya yang 'ilmu perlu mendahului amal'. Beramal secara ikut-ikutan tidak menjamin kesempurnaan. Amalan yang dilakukan akan hanya sia-sia disebabkan tidak mengetahui hujung pangkalnya.
Bersambung menulis @ 26/04/2015
Selepas siapnya dan dirasmikan oleh CM baru akan jalan rentas ke Bukit Baru sebelum CNY tempohari, aku akan bersembahyang di 'Raudhatul Jannah' andai bekerja petang. Namun untuk minggu ini tergerak pula hendak bersembahyang di Masjid Saidina Ali pula. Masjid baru yang juga diBukit Katil ini telah dirasmikan oleh PM Najib pada 15.12.2010 @ 9 Muharram 1432H sepertimana yang tertera di plague berwarna keemasan di bahagian dinding sebelah luar dari ruang solat utama. Aku di saf yang kedua serta bertentangan dengan plague yang melekat kejap didinding masjid ini. Maklumlah sudah begitu selesa membaca tulisan arab/jawi, maka apa sahaja yang terpandang akan cuba membacanya bagi menguji kelancaran serta memahami apa yang dituliskan. Ibarat budak baru pandai membaca, segala yang dipandangnya akan dibaca. Tetiba teringat pula arwah ibu beria-ia memaklumkan pada aku akan karenah adik aku yang dibawanya ke Kelantan menemui Abang Utih diawal 70an menaiki keretapi. Privilege biasanya pada yang bongsu. Second last amat kerap terabai dan seringlah memendam rasa. Setiap kali berhentinya keretapi, dia akan menyebut dan memaklumkan stesennya. Manik Urai-lah, Kuala Krai-lah sehinggalah sampai ke destinasi akhir. Haluan baliknyapun diulangsebut lagi sekali seolah excited dapat melihat tempat orang. Aku yang berada diketika itu, masa bualan keluarga, sekadar menyengih sahajalah. Didalam hati berkata, 'Beruntunglah kau Man...' Nostalgia pilu gamaknya.
Berbalik pada hal yang difokuskan ini, semasa melangkah masuk ke perkarangan masjid sama sibuk pula Merz hitam bergerak masuk. Tentunya orang besar baru tiba ni, walhal kereta lainnya malah MPV Vellfire ke, Estima ke, di letak diluar perkarangan masjid. Langkahan akupun terpaksa diperlahankan bagi memberi ruang buatnya bergerak. Aku tidak menoleh lagi ke kereta hitam itu memandangkan azan telah lama dilaungkan malah ketika keluar dari tamanpun azan sedang berkumandang. Menonong sahaja ke tingkat 1 dan terus bersembahyang sunat. Selesai bersembahyang sunat tu, terperasan pula satu susuk tubuh berstokin hitam berdiri mengerjakan sembahyang sunat disaf pertama. Berbaju batik sepertimana yang tersiar didalam berita 'Nightline'. Rupanya insan yang dihadapan berstokin lagi, suatu kejanggalan bagi diri dalam budaya berjumaat aku, adalah mantan CM kita. Pak Ali, sebutan bagi mereka yang biasa-biasa, dan Dato, buat mereka yang berprotokol dan berkepentingan, sedang berdiri dihadapan. Resam dunia, bila berpangkat dan berjawatan didalam kerajaan tempat sembahyang khas akan disediakan. Kebiasaan shaf paling depan dan bersebelahan dengan bilal dan para jawatankuasa masjid. Sebaris bergandingan bersebelahan bersembahyang dengan orang yang alim lagi tinggi ketaqwaan merupakan suatu advantage sebenarnya. Moga-moga limpahan rahmahnya menyinggahi diri. Apapun timbul pula rasa sedih dihati ini bilamana beliau berseorangan dan menyelit pula dicelah golongan marhaen. Tentunya didalam hati terdetik rasa tidak dihargai oleh orang Melaka amnya dan orang Bukit Katil khasnya yang selama 3 penggal( bersamaan hampir 15 tahun) menjadi pemimpin utama negeri melaka, negeri tinggalan Datuk Hang Tuah yang kini menjadi satu lagenda pula.Tiadanya lagi orang yang mengiringi kehadiran ke masjid atau kemana-mana tempat tumpuan umum sepertimana sepanjang 15 tahun memimpin Melaka. Malah kehadiran ke masjid seperti orang biasa sahaja.
الحمر لله!،
Selesai sudah membaca teks khutbah jumaat yang perlu disampaikan oleh para khatib seluruh negeri melaka untuk jumaat kali ini. Membacanya tidaklah sesukar mana, memahaminya juga tidaklah menyukarkan sangat. Namun mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian itulah yang amat menyukarkan serta menyulitkan andaikata tiada tindakan yang proaktif dikalangan makmum yang bakal mendengarnya seketika nanti. Pandangan peribadi mengenai pentingnya solat serta perkara-perkara yang melingkari perlukan pemahaman yang jelas serta terang. Ketepatan serta kejituan mengenai solat tidak boleh sekadar melihat dan membuat sepertimana yang dilihat. Tiru-tiru didalam bersembahyang tidak memungkinkan ibadahnya diterima. Malah jauh lagilah untuk diiktiraf serta perasan yang kekhusyukan dalam sembahyang diperolehi. Amat benar sebenarnya yang 'ilmu perlu mendahului amal'. Beramal secara ikut-ikutan tidak menjamin kesempurnaan. Amalan yang dilakukan akan hanya sia-sia disebabkan tidak mengetahui hujung pangkalnya.
Alangkah bertuahnya diri andai dapat hidup dizaman permulaan Islam serta bersama Rasul-Allah berjuang menegakkan Islam. Namun ketentuanNya jualah yang mengatasi segala-galanya. Apapun menghadirkan kekhusyukan solat bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya rumit serta penuh berliku andai tahu akan hakikatnya. Ibarat orang yang mengambil peperiksaan, contohnya SPM. Berapa banyak masa yang perlu diuntukkan, sekerap manakah pelajaran yang perlu diulangbaca dan dilatihtubikan agar benar-benar mantap pemahaman dan pembentangan jawabannya. Berapa tahunkah usia remajanya dikhususkan semata-mata memastikan kejayaan didalam peperiksaan yang amat dibangga-banggakan bukan dia seorang sahaja sebagai pelajar malah seluruh keluarga yang mengharapkan kejayaan yang kalau boleh secemerlang yang mungkin. Begitu jugalah didalam menghadirkan kekhusyukan dalam bersembahyang. Semua tahu bahawa solat itu merupakan satu kewajipan atas 'muslim' bahkan kepada seluruh manusia. Tapi tahukah kita apakah itu muslim. Istilah Arab ini mungkin sudah terlalu biasa dipendengaran dan sering dan kerap diperucapkan. Maknanya secara lateral adalah 'believer' atau mempercayai. Telah diperjelaskan bahawa 'kehadiran' kita diatas mukabumi ini adalah untuk menyembah dan beribadat kepada Al-Khalid(pencipta). Kita ini adalah antara makhlukNya(yang dicipta). Telah juga dijanjikan yang solat merupakan benteng kepada perbuatan keji dan mungkar. Selain itu solat adalah medium terbaik mengubati segala penyakit jiwa. Solat juga berperanan menghapuskan kesalahan dan kejahatan yang dilakukan diantara waktu ke waktu sembahyang setiap hari seandainya dan mengambilkira tiadanya dosa besar yang dilakukan disepanjang hidupnya. Dikatakan solat adalah cerminan amalan seorang muslim. Khatib juga menghuraikan statement ini dengan memperjelaskan bahawa sekiranya baik solat yang dilakukan maka baiklah amalannya. Manakala rosak solatnya tentulah amalannya juga turut rosak dan sia-sia. Harus jugalah memastikan solat dilaksanakan pada waktunya dan jangan sekali-kali dilewatkan lebih-lebih lagilah disengajakan. Akhirnya, seboleh mungkin hendaklah solat itu dilaksanakan secara berjamaah.Tips mudah yang diringkaskan buat para makmum yang rata-ratanya mula menguyukan mata untuk diamalkan bersama adalah dengan memberi perhatian yang penuh serta bersungguh-sungguh melaksanakan solat, dari wudhuknya, adab dan rukun sembahyang diperkemaskan. Disamping itu perlu khusyuk didalam solat dengan mengetahui, memahami makna yang dilafazkan, dan seboleh mungkin mengaplikasi pada diri bila diluar sembahyangnya nanti.
Sekadar renungan pula, bagaimana seseorang harus dan mampu menghadirkan khusyuk andai dalam diri kosong ilmunya. Ilmu perlu dicari dengan cara berguru secara formal ataupun tidak formal. Apa ertinya bersembahyang sekiranya perkara rukun dan sunat tidak mampu membezakannya. Syarat sah dan adab adab sembahyang tidak diketahui. Begitu jugalah perkara yang membatalkan perlu diketahui dan amat harus dipelajari. Ilmu Fekah menjadi significant sebelum mantapnya sembahyang seseorang. Banyak yang perlu dipelajari dan diperhatikan demi memastikan sembahyang yang didirikan benar-benar menepati piawaian dan mengikut standard yang ditetapkan. Tidak dapat tidak bagi yang sudah lama dan terbiasa, inilah masanya untuk refreshkan kembali agar apa yang dilakukan kini menepati dan sebolehnya memperelokkan lagi. Terdapatnya banyak benda yang terlalu asas kekadang tidak ketahui hujung pangkalnya. Kitab 'المعين المبين' yang dikarang oleh Ustaz Abdul Hamid Hakim yang aku miliki, yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu sekitar tahun tahun 50an lagi boleh membantu. Prakata oleh Saudara Ahmad Azam yang terakam dikulit sebelah dalam untuk cetakan kedua ini memperjelaskan kepada kita dimana masyarakat melayu ketika itu telah mula menyedari peri pentingnya akan hukum-hukum agamanya yang mengenai ibadat perlu bersandarkan Al-Quran dan sunnah. Dinoktahi prakatanya pada 12 Rabiul-Awal 1362H, Jumaat dan bersamaan 6 Februari 1953. Makanya didalam usaha mendapatkan kekusyukan didalam sembahyang, perkara paling asas sekali adalah mengenai hukum bersuci. Kalau bab yang ini lagi sudah 'fail', masakan dapat tercapai matlamat yang dihajati. Bahagian-bahagian air dan sifat-sifatnya perlu diketahui, apakah exception yang dibenarkan. Begitu jugalah perlu mampu membezakan bahagian-bahagian najis serta cara membersihkannya. Lepas perkara air dan yang melingkarinya difahami barulah boleh masuk bab wudhuk. Harus ketahuilah akan apakah syarat dan fardu wudhuk, perlu tahu juga akan hal yang memakruhkan dan membatalkan. Belum lagi bab Solat, cara mana melakukankan harus memahami betul-betul agar tidak menjadi sia-sia akhirnya dan jauh lagilah hendak perkatakan akan khusyuk tidaknya sembahyang itu. Sebenarnya, makin banyak yang kita ketahui malah makin banyak lagi yang kita tidak berupaya mengetahuinya. Istiqamah dan berterusan mencari pastinya akan ketemu akhirnya. Masa itu, khusyuk sembahyang akan benar-benar meresap.
Pun begitu, kefahaman berbahasa arab perlu diberi perhatian serius. Tidak pernah pula sembahyang dibenarkan berbahasa melayu sahaja ataupun berbahasa antarabangsa yang diterimapakai iaitu bahasa inggeris. Ketetapan telah ditegaskan lama dahulu akan perlunya menggunakan bahasa arab yang merupakan bahasa sejagat, disini dan disana nantinya. Janji Allah adalah benar, akan betapa mudahnya bahasa arab untuk difahami serta diamali andai bersungguh mencari dan mencubanya. Pahala tetap dikurniakan bila membaca al-quran walaupun tidak memahaminya pada permulaan. Berkat kesungguhan dan tanpa kenali erti jemu, insya-Allah segala dan setiap sesuatu akan dipermudahkanNya.
"وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ"
[Az-Zariyat:56]
Shared via Bayan Quran
[Az-Zariyat:56]
Dipermulaan khutbah, ayat ke-56 ini dibacakan siap dengan terjemahannya. Apakah yang dapat dimegertikan oleh para pendengar khutbah dan sejauhmanakah para hadirin samada sebahagian mahupun seluruhnya punyai fahaman yang serupa. Atau adakah sebahagiannya punyai pengertian yang berbeza. Tidak pernah pula ada kajian dibuat untuk memantau tahap kefahaman setiap anak adam yang mendengar khutbah dinilai dan digredkan. Pihak jabatan agama dan orang yang dipertanggungjawabkan hanyalah membuat general assumption sahaja bahawa those yang bersembahyang tentu sahaja mengerti apa yang diucapkan memandangkan sesiapa yang bersembahyang melafazkan kata-kata didalam bahasa arab. Bersangka baik adalah sesuatu yang positif. Namun perlu tegas yang kita mampu 'walk the talk' kata bebudak sekarang. Kalau tidak tahu, maknanya zahir sahaja nampak bersembahyang tapi hakikatnya kosong. Itulah yang terjadi sembahyang tidak tinggal namun buat jahat tidak pernah tidak buat. Berita yang kerap keluar dimedia massa menceritakan segalanya, menipu, meragut malah membunuh menjadi suatu perkara normal untuk diberitakan dan pelakunya pula berbangsa melayu yang tentunya islam. Merefleksi apakah akan semua kejadian yang menjadi bualan ramai ini. Tentulah bagi pandangan peribadi aku, ini menunjukkan sejauh dan sehebat mana sembahyang yang didirikan oleh seseorang yang ditakdirkan melakukan segala perbuatan yang bersalahan dan bertentangan dengan falsafah solat yang disyariatkan ini.
Terjemahan ayat ke 56 ini, dimana Allah swt. mengingatkan bahawa tidak dijadikan jin dan manusia itu selain untuk menyembah dan beribadat. Bahasa Arab wajib diketahui. Pihak penguasa dan yang diberi kuasa harus menegaskan akan perlunya akan pengetahuan bahasa arab ini sepertimana begitu bersemangatnya pihak berkenaan cuba memperkasakan bahasa inggeris yang kononnya boleh membawa kepada kemodenan dan kemajuan. Keterabaian dalam aspeks keagamaan boleh meruntuhkan ketammadunan manusia yang telah lama ujud.Bila seseorang tahu bahasa arab, maka insya-allah, mereka akan tahu juga perkara yang disuruh, larangan yang ditegah, perbuatan yang dituntut dan amalan yang diredhaiNya. Kalau sudah tidak tahu segalanya, itulah yang haru. Yang patut tidak dibuatnya, malahan yang salah pula yang seronok dilakukan tanpa adanya rasa bersalah dalam diri. Jahil atau tidak mengetahui atau kasarnya, bodoh hanyalah merugikan diri. Berusahalah untuk keluar dari lingkaran kejahilan.
Analisa ayat ke 56 ini:
wa - adalah kata penghubung(conjucntion) @ harfu athfi. Melayunya - dan/and
ma - adalah kata penafian(negative) @ harfu nafi. melayunya - tidak/not
Halaqa - adalah katakerja(rootverb in past tense) @ madi.Melayunya -ciptakan/created
tu - adalah gantinama pertama(pronoun - 1st sg) @ damir. Melayunya - aku/I
Halaqtu - Aku telah ciptakan/I have created
Al-Jin - adalah katanama(noun) @ ismu mansub. Melayunya - Jin/ The jinn
wa - adalah kata penghubung(conjuction) @ harfu athfin. Melayunya - dan/and
Al-Insan - adalah katanama(noun) @ ismu mansub. Melayunya - Manusia/ The mankind
il'la - adalah particle(accusasive particle) @ harfu . Melayunya - kecuali/except
li - adalah katasendi(preposition) @ harfu jar. Melayunya - untuk/for
abada - adalah katakerja(rootverb in past tense). Melayunya - untuk menyembah/ to worship
liyakbudu - adalah katakerja(verb in imperfect tense) @ mudaria. Melayunya - mereka menyembah aku/ they worship me
Apapun bukan mudah untuk mencapai kesempurnaan. KepadaNya jualah kita meminta dipermudahkan akan segala yang kita buat agar diterima segala amal. Photo yang dilampirkan ini amat kreatif di penglihatan dan mungkin juga yang terbaik pernah direka oleh perekanya. Namun keberkesanan mungkin boleh dipertikaikan. Teknologi mungkin membantu tapi matlamat yang ingin dicapai amat meragukan. Memujuk banyak caranya. Memujuk cara 'phyco' sedemikian mungkin lebih menghindarkan kehadiran dari meramaikan makmum.
والله علم.