13 FEBRUARY 2015, 07:42
Sepertimana biasa, setiap hari persekolahan, aku akan menghantar ketiga-tiga anak yang masih bersekolah ke sekolah masing-masing. Dan menjadi kebiasaan juga bila hidupkan engine kereta, maka jelas kedengaran pula lagu yang terpasang secara auto. Matikan engine maka cd player-pun turut sama tidak berfungsi. Telah sering sangat mendengar celoteh pengacara Sinar FM yang kian lebih kerap ketawa dari memberi info berfaedah kepada pendengar. Ketawa boleh saja namun bila selalu sangat terasa macam sia-sia pula malah kini siarannya diselangselikan dengan siaran iklan yang tentunya membawa faedah(wang tentunya). Pendengar jugalah yang menjadi sasaran. Disaat orang awam diseluruh pelusuk negara mempertikaikan harga barang yang tidak pula menurun tatkala harga minyak telah tiga kali turun berturut-turut setiap awal bulan, pihak berkenaan buat-buat tidak kisah pula. Malah dirasakan kerajaan yang memerintah kini seolah-olah dipihak mereka pula. Sejak seminggu yang lalu, aku telah memuat-turun lagu-lagu retro yang diminati dari internet untuk dimainkan semula didalam kereta sebagai penyejuk hati bila mengenangkan keadaan pelbagai rencam kehidupan masyarakat yang dilaporkan. Semua orang tahu akan kisah 'kekasih' hati yang dikelar lehernya dan buat mereka yang mengikuti perihal Anuar Ibrahim pula terpinga-pinga dengan verdict yang dibuat oleh para hakim yang terlebih adil dan semakin bijak terlaksana. Lagu-lagu yang menjadi pilihan ini pula aku susunkan pula dibawah folder yang berlainan mengikut mood. Folder - Aweks kena kelentong ... frust menonggeng, Betina gatal 80an ... gedik dan perasan, Jantan kelepeh ..... nangis konon, Rentak Pop Asli, Koleksi peribadi Black Dog Bone, 60an live(Band dimajlis perkahwinan ... macam-macam ada) dan banyak lagilah yang aku set untuk berbagai situasi yang bakal aku lalui nantinya.
Buat pagi ini, tak pasal pasal kedengaran pula suara Sanisah Huri sedang berkeluh kesah dalam lagunya, 'Aku jangan ditinggal-tinggalkan', lagu saduran hindustan. Rupanya anak aku yang bongsu telah menghidupkan engine kereta mungkin menunggu ayahnya lambat turut dari bilik. Kerap juga dia yang sedikit hyper active ini bertindak diluar jangkaan. Kalau tidak membahayakan tidak mengapalah. Takutnya nanti bakal mengundang bahaya bukan setakat pada dirinya sahaja tapi mungkin juga pada orang lain. Ada yang masuk suratkhabar nanti bila kejadian buruk menimpa. Bergegaslah kebawah menuju porch. Sanisah tengah meraung, 'kasih...... ,kasih.......... , mengapa aku ditinggal pergi, hatiku masih padamu, cintaku hanya untukmu...... '.
Selepas menurunkan Meera dihadapan sekolah, aku sibuk memerhatikan laluan dihadapan sekolahnya yang kian sesak. Untuk mendapat laluan memerlukan sedikit keberanian juga. Terpaksalah menjulurkan 'Merz mata belalang'ku ini ketengah sedikit bagi mendapat simpati pemandu. Berjaya mendapat ruang, terus sahaja bergerak pergi. Tiba-tiba sibongsu yang duduk disebelah mengerang, 'husiiiiin, huuuuuuusiiiiiiin' sambil gelak-gelak kecil dengan abangnya yang setia duduk diseat belakang. Apa hal ni ... , aku tanyai mereka. Sambil tangan digerakkan dengan aksi mencakar-cakar, si yaseer memberitahu pasal hantu kak limah. Rupanya lagu si siti fairuz pula yang sedang berkumandang. Sampaikan dapat menyatakan part bila nyanyiannya si johan muncul. Cekap betul mengingati lagu ini dengan filem si mamat khalid yang box office itu. Aku tidak terfikir pula sampai ketahap itu. Aku ingatkan mereka berdua semasa didalam kereta sebelum sampai kesekolah mereka supaya tekun belajar kerana mereka berdua adalah lelaki. Tanggungjawab seorang lelaki amat besar dan berat. Ingat tu. Mahu sahaja aku maklumkan pada mereka akan keperitan yang aku lalui kini. Kewangan yang kerap tidak mencukupi, masa yang panjang diuntukkan untuk mencari 'wang' dan tanggungjawab yang kian membebankan serta keadaan masyarakat yang makin caca marba dan bercelaru yang menyesakkan fikiran serta mengugat ketenteraman. Tapi apakan daya, mereka belum bersedia untuk memahami keadaan dan hakikat yang berada didepan mata. Pada mereka kesemua itu tidak pernah dihiraukan memandangkan masih punyai 'parent' yang mengawal selia perkembangan dan keperluan mereka. Namun sedikit demi sedikit akan aku masuk 'jarum' agar mereka tidak terleka dan buat tidak kisah akan hal yang didalam lingkungan.
Sepertimana biasa, setiap hari persekolahan, aku akan menghantar ketiga-tiga anak yang masih bersekolah ke sekolah masing-masing. Dan menjadi kebiasaan juga bila hidupkan engine kereta, maka jelas kedengaran pula lagu yang terpasang secara auto. Matikan engine maka cd player-pun turut sama tidak berfungsi. Telah sering sangat mendengar celoteh pengacara Sinar FM yang kian lebih kerap ketawa dari memberi info berfaedah kepada pendengar. Ketawa boleh saja namun bila selalu sangat terasa macam sia-sia pula malah kini siarannya diselangselikan dengan siaran iklan yang tentunya membawa faedah(wang tentunya). Pendengar jugalah yang menjadi sasaran. Disaat orang awam diseluruh pelusuk negara mempertikaikan harga barang yang tidak pula menurun tatkala harga minyak telah tiga kali turun berturut-turut setiap awal bulan, pihak berkenaan buat-buat tidak kisah pula. Malah dirasakan kerajaan yang memerintah kini seolah-olah dipihak mereka pula. Sejak seminggu yang lalu, aku telah memuat-turun lagu-lagu retro yang diminati dari internet untuk dimainkan semula didalam kereta sebagai penyejuk hati bila mengenangkan keadaan pelbagai rencam kehidupan masyarakat yang dilaporkan. Semua orang tahu akan kisah 'kekasih' hati yang dikelar lehernya dan buat mereka yang mengikuti perihal Anuar Ibrahim pula terpinga-pinga dengan verdict yang dibuat oleh para hakim yang terlebih adil dan semakin bijak terlaksana. Lagu-lagu yang menjadi pilihan ini pula aku susunkan pula dibawah folder yang berlainan mengikut mood. Folder - Aweks kena kelentong ... frust menonggeng, Betina gatal 80an ... gedik dan perasan, Jantan kelepeh ..... nangis konon, Rentak Pop Asli, Koleksi peribadi Black Dog Bone, 60an live(Band dimajlis perkahwinan ... macam-macam ada) dan banyak lagilah yang aku set untuk berbagai situasi yang bakal aku lalui nantinya.
Bila Rindu ku Sebut Nama Mu - Siti Fairuz
Mengenai lagu si siti fairuz ini, lagu yang dianggap top jugalah sekitar 80an, aku kumpulkan dalam folder 'aweks kena kelentong ....' berdasarkan lirik. Terlalu mengharapkan sibuah hati setia padanya seorang adalah suatu pengharapan yang keterlaluan. Sekadar bercinta yang entah ia entahkan tidak dan sedikitpun tiada kepastian. Mungkin juga si 'buaya' friend cuma suka-suka sahaja tapi tidak pula buat si 'gila' friend. Pasti membuatkannya syok sendiri. Memang naluri manusia ingin cinta dan dicintai. Semuanya nampak terlalu ideal bila si pompuannya betul-betul percaya akan kata-kata abang hansome-nya. Tidak pernah terfikir langsung yang mungkin juga kata-katanya cuma mainan sahaja. Perasan sungguh sampaikan membawa kedalam mimpi. Ikatan belum ada lagi. Hendak kata sudah bertunang jauh sekali. Apa, ingat mak bapak tu tunggul ke apa? Senang-senang aje ke hendak kan anak orang tu. Entah entah mamat tu cuma acah-acah aje. Jantan sebegini, 'kaki lima' banyak. Phrase ini pertama kali aku dengari masa menyibukkan diri mendengar orang tua-tua bersembang tika pekena teh tarik kat warong kopi sekitar awal 70an dulu. Abang utih aku, yang bertugas sebagai 'polis hutan' based di pengkalan chepa mengajak aku lepak kat warong pasal dia tak ada member bila balik bercuti. Aku yang ada dirumah ketika itu diajaknyalah sebagai peneman. Jarak usia antara kami lebih sedekad jauhnya. Ketika dia melapor diri masuk polis selepas 'Peristiwa 13 Mei, 1969, aku hanyalah berusia 6 tahun.
Berbalik pada lagu kak fairuz kita ni, terimbaulah juga kenangan masa lagu ini tengah mengelegak naik. Ketika itu tengah cari duit buat dapatkan lesen kereta dan motor lepas baru tamat belajar di ITM. Bekerjalah sementara dikilang kain yang berdekatan dengan kampung. MTM namanya or Malacca Textile Manufacturing, tapi bebudak kilang pandai pandai aje upgradekan menjadi 'Maktab Tengku Mariam'. Aweks banyak kat kilang tu. Macam macam profile ada. Yang tinggi lampai, yang bibir tebal pun ada, yang badan gempal, yang suara kasau dan yang lowered pun ada. Rambang mata dibuatnya. Masa tengah naiklah katakan. Pantang ditegur, jadi aje. Borak borak sesama rakan sekerja bila berkesempatan. Nakalnya aku masa tu sanggup pula bertanyakan ciri-ciri 'abang' yang dicari. Macam macamlah yang tersembur terutamanya yang jenis tak tahu malu dan suka cakap lepas gitu. Ada yang nak cari bermisai tebal-lah, ada yang hendakkan boyfriend yang berkereta dan banyak juga yang malu hendak beritahu, kira berahsialah. Survey yang aku buat tu berdasarkan respondent yang sudi memberi kerjasama dan berdasarkan kriteria yang aku setkan. Mereka tidak merasakan apa-apa significantnya pertanyaan yang aku ajukan tapi maklumat yang aku kumpulkan pula amat berguna untuk kajian 'ilmiah' dikemudian harinya nanti.
Namun, semuanya kini tinggal kenangan. Kilang itupun sudah ditutup sebelum milinium lagi. Yang tinggal hanyalah bangunan pejabatnya sahaja yang bakal roboh dengan sendirinya manakala blok store dan blok production telah lama dirobohkan. Masa terus bergerak. Bernostalgia terus terusan tentu sahaja menyeronokan. Hakikatnya kehidupan berjalan terus sehinggalah 'nombor' kita naik. Selagi tidak dipanggil balik bukan bermakna kita terlepas. Semakin lewat maka semakin suntuk sebenarnya untuk melengkapkan diri. Kitalah yang mencorakkan dan kita jugalah yang perlu bertanggungjawab. Makanya kesempatan yang tersisa ini perlu dipergunakan sebaik mungkin.
Mana yang masih mengenali dan tetap berkawan rapat kebanyakkan telah mencari rezeki ditempat lain. Desakan hidup dan peluang rezeki yang terhidang direbut cepat demi kelangsungan hidup. Kebanyakan yang bekerja dikilang tersebut sekadar berkelulusan rendah. Paling tinggipun SPM yang 'cukup cukup makan'. Malah yang tidak tahu membacapun sekadar tamat darjah enampun ramai.Bila sesekali bertemu biasanya ketika raya masa masih sesama bujang dulu, sibuk bertanyakan siapa kahwin dengan siapa sambil sambil tu gelak-kan akan kisah lucu yang sama sama rasai ketika bekerja. Kini setelah menjangkau '5 series' banyak kisah sedih pula yang timbul. Pasal bini sipolan sudah menjandalah disebabkan abangnya pergi dahulu menemui sang penciptanya, Ada juga isteri tersayang pergi dulu akibat kanser tetek. Namun yang pastinya, bila bertemu kini, profile semuanya berubah habis. Berkedut dan putih beruban jangan cakaplah, ada yang gigi putih dan rata sekata menimbulkan kelucuan. Bila diminta tanggalkan, nampak sangat dah tua dah kita ni. Gelak tetap terus gelak. Apa ada hal. Merungsingkan fikiran dengan hal hal yang tiada kaitan dengan kita hendak buat apa. Pergi jahanamlah.
Masa suatu tengahhari, beberapa hari yang lepas dalam usaha menyiapkan coretan ini dan sedang bersiap untuk bersembahyang zohor, kedengaran pembaca berita memaklumkan akan kegagalan menyelamatkan dua ekor anjing oleh pihak polis rasanya nun jauh di Canada setelah kedua-dua ekor anjing terlepas dari jagaan tuannya. Pihak polis, khabarnya lagi berjaya menarik keluar si tuan anjing yang terpelosok kedalam sungai yang mulai mencair aisnya dalam usaha memujuk anjing anjingnya. Getus hati ini, tiada berita yang lebih penting lagikah yang hendak disampaikan, hinggakan kisah anjingpun kita sanggup membeli 'berita' yang jauh tokreng. Apa perlunya berita ini disiarkan dan apa significantnya dengan umat melayu di malaysia. Hancur ....
Apapun, be your ownself.