Banyak perkara didalam kehidupan ini yang kita tidak mampu menghalang apatah lagi menahannya dari berlaku. Perubahan yang bersifat semulajadi misalnya, mana mungkin kita yang tidak punyai apa-apa kelebihan dan juga jauh dari sebarang keistimewaan untuk menafikan ataupun menghindarkan dari berlakunya sesuatu perkara walaupun perkara yang seremeh mungkin dari pandangan mata seseorang. Kehidupan harus terus dilakari dan diperjuangkan serta mesti perlulah mengikuti jalur-jalur kehidupan yang telah digariskan olehNya samada yang tersurat dan juga yang tesirat.
Sesungguhnya setiap hari yang kita lalui merupakan 'peluang' untuk kita merebut segala kebaikan dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Dan dalam meniti perjalanan hidup ini, tentu saja kita berkesempatan untuk memikul berbagai peranan dalam kitaran hidup setiap yang bernyawa. Dari bayi, kanak-kanak, budak, remaja, dewasa dan usia tua nantinya(kalau sampai). Manakala disetiap peringkat pula memerlukan approach yang berbeza. Sejauhmana dan sesempurna mana kita memikul tanggungjawab pada setiap peringkat ini pula amat memerlukan ilmu pengetahuan serta tunjukajar dari orang yang telah melaluinya. Ini boleh berlaku secara formal ataupun tidak formal. Bergantung juga pada individu itu sendiri untuk lebih proaktif dalam memastikan setiap tindak tanduknya mengikut acuan yang dipelajari dan yang dilihatnya. Dan bagi yang berkemampuan pula, improvise dan permudahkan demi kesejahteraan ummah seluruhnya. Misalnya sistem atau aturan yang dibuat sebelum ini oleh orang/masyarakat terdahulu boleh dipertingkatkan/upgrade ketahap yang lebih sempurna atau menjadi lebih cekap. Ilham dan gesaan ini datangnya dari Allah swt jua dengan asbab kekerapan manusia mengulanginya. Antaranya, dahulu kita 'selesa' dengan kereta bergear manual, tapi kini menjadi lebih selesa dengan gear automatik pula.
Sebenarnya banyak perkara yang terjadi dan berlaku disekeliling kita amat sukar dimengertikan. Samada ianya bertujuan mengingatkan, menyedarkan ataupun mensyukuri bergantung pada setiap individu itu sendiri. Tidak mungkin setiap insiden yang terjadi itu sekadar terjadi begitu-begitu sahaja dan bukannya bersebab dan bertujuan. Maksud kata, kita kena memahamkan 'tujuan' yang tersirat dari kejadian yang telahpun tersurat ini. Bila direnungkan jauh-jauh dan difikirkan dalam-dalam, ada 'message' yang hendak disampaikan pada 'current' umat yang ada dimukabumi ini. Hakikatnya, adakah kita prihatin dan sanggup perbetuli mana yang dirasakan tidak menepati 'S.O.P.' yang telah disetkan lebih dari 1400 tahun yang lalu menerusi 'Al-Quran - the glorious book'.
Ruangan sekadar renungan ini diujudkan adalah buat diri menyerlahkan kebaikan sesuatu kejadian yang terlihat, memaklumkan rasa kebimbangan akan akibat kesongsangan tindakan yang dibuat juga bagi mengingatkan diri akan betapa perlunya mematuhi ketepatan agar terurus kehidupan duniawiku.
zaini642
Sunday, June 21, 2009
No comments:
Post a Comment