Monday, December 14, 2009

Hari Bapa Untuk Apa?

My Kids
(Mampukah aku mentarbiah anak-anak aku ni?)

Umum mengetahui yang mana setiap tahun pada minggu ketiga bulan June diistiharkan sebagai 'Hari Bapa'. Tak tahu pulak aku bila dibuat deklarasi dan ketetapan yang telah dipersetujui oleh 'dunia'. Hari Ibu pula, kalau tak silap akulah telah disambut dan sebagai pengiktirafan kepada semua ibu pula, jatuh pada Ahad minggu kedua dibulan May.
Sesungguhnya setiap hari yang kita lalui merupakan 'peluang' untuk kita merebut segala kebaikan dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Dan dalam meniti perjalanan hidup ini, tentu saja kita berkesempatan untuk memikul berbagai peranan dalam kitaran hidup setiap yang bernyawa. Dari bayi, kanak-kanak, budak, remaja, dewasa dan usia tua nantinya(kalau sampai). Setiap peringkat pula  memerlukan approach yang berbeza. Sejauhmana dan sesempurna mana kita memikul tanggungjawab pada setiap peringkat ini pula amat memerlukan ilmu pengetahuan serta tunjukajar dari orang yang telah melaluinya. Ini boleh berlaku secara  formal ataupun tidak formal. Bergantung juga pada individu itu sendiri untuk lebih proaktif dalam memastikan setiap tindak tanduknya mengikut acuan yang dipelajari dan yang dilihatnya. Dan bagi yang berkemampuan pula, improvise dan permudahkan demi kesejahteraan ummah seluruhnya. Misalnya sistem atau aturan yang dibuat sebelum ini oleh orang/masyarakat terdahulu boleh dipertingkatkan/upgrade ketahap yang lebih sempurna atau menjadi lebih cekap. Ilham dan gesaan ini datangnya dari Allah swt jua dengan asbab kekerapan manusia mengulanginya. Antaranya, dahulu kita 'selesa' dengan kereta bergear manual, tapi kini menjadi lebih selesa dengan gear automatik pula.
Namun begitu, keadaan sebaliknya pula berlaku dalam hal hubungan sesama manusia. Diketika kita menghargai peranan bapa serta menyanjungi curahan kasih dan bakti sang ibu, hubungan kemanusiaan semakin bercelaru. Gejala sosial para remaja semakin membimbangkan. Tahap keibubapaan pasangan suami isteri menjadi tanda tanya dalam menangani setiap permasalahan keluarga. Dan lebih mencemaskan sikap endah tak endah dan rendahnya tahap kepedulian masyarakat seluruhnya dalam menyekat keruntuhan akhlak dari terus terusan merebak. Dan apa pula peranan kerajaan dalam memastikan norma-norma kehidupan berlandaskan Islam terpelihara. Setakat ber-'retorik' aje tak mencukupi. Misalnya, slogan 'Penerapan nilai-nilai Islam' di era Mahathir, serta 'Islam Hadhari' semasa Abdullah pula menerajui negara amat sedikt impactnya pada rakyat keseluruhan. Dan terkini slogan '1Malaysia' oleh Najib bukannya meleraikan apa yang bersimpul dan bercelaru malah menyebabkan yang tersimpul makin terbelit.
Mana mungkin tatkala kita menganjurkan amalan-amalan mulia untuk diamalkan dan dibudayakan, program kearah keruntuhan akhlak/moral semakin rancak dan amat hebat dilakukan juga. Program Rakan Muda dan Rakan Masjid yang bertujuan supaya orang muda mengharungi hidup diusia mudanya secara berkualiti tanpa banyak membuang masa dengan kerja-kerja yang tak berfaedah gagal menyemarakkan serta menyuburkan sahsiah diri menjadi seorang Muslim yang baik, sekurang-kurangnya. Puncanya hanyalah pelan tindakan yang pada dasarnya baik dan memungkinkan ianya untuk berjaya tapi tidak mendapat sokongan serta gagal diterjemahkan oleh pihak pelaksana kepada golongan sasaran. Ini diburukkan lagi dengan tiadanya pemantauan ataupun 'monitoring' oleh pihak yang dipertanggungjawabkan akan progress serta perjalanan program yang dibuat. Lambat serta lewatnya menangani segala permasalahan dalam melaksanakan program tersebut malah tak mampu berbuat sesuatu, kononnya takut dipersalahkan atau dituduh punca kegagalan, hanya mempercepatkan lagi ianya berkubur. Semasa ianya mula diperkenalkan, penerangan serta informasi kerap tersiar di media massa. Siaran TV persembahkannya secara besar besaran menunjukkan kebaikan program yang dianjurkan serta info yang memukau dan tentunya menarik perhatian penonton. Begitu juga dengan media cetak dimana penerangan  yang panjang lebar dari konsep serta cara pelaksanaan dan matlamat yang disasarkan disiarkan oleh akhbar utama kerajaan, tak syak lagi, iaitu Utusan Malaysia(bukannya Melayu). Segalanya dirasakan mampu membolehkan rancangan ini untuk berjaya. Apapun, terbukti kini, ianya menemui kegagalan jua. Bayangkan berapa banyak peruntukan(wanglah) dan tenaga yang dah dilabur dan melebur dek kerana tiada kesungguhan oleh pihak pelaksana dan tiadanya juga gelombang kesedaran dari golongan sasar sepertimana yang diramal/dijangkakan oleh 'pencipta' segala macam 'Rakan' ni.
Apapun, bagi diri aku sendirilah, apa yang mampu dan terdaya untuk dibuat perlulah aku laksanakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh berhemah. Tanggungjawab seorang bapa dizaman yang serba mencabar dalam segala lapangan kehidupan adalah lebih berat dan sukar diramalkan. Umum mengetahui, bahwa setiap zaman yang berbeza perlukan cara dan pendekatan yang berlainan. Tidak semua keadaan adalah sama walaupun hadapi masaalah yang dirasakan serupa. Misalnya 20 tahun lalu dengan keadaan sekarang ni. Sesungguhnya pengalaman hidup yang diharungi oleh setiap individu merupakan 'lesson' yang amat berharga untuk disesuaikan dengan permasalahan terkini. Menyempitkan skop dalam menangani serta perbaiki keadaan tidak memungkinkan kejayaan malah boleh saja merumitkan lagi keadaan. Misalnya usaha memulihkan golongan muda yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah tidak hanya semata-mata dengan mengurungkan mereka ini di 'Pusat Serenti' dan dengan harapan program yang dibuat untuk mereka ni mampu menyedarkan serta memulihkan bila saja tamat tempoh pengurungan tersebut. Ada yang tak kena ni tapi buat tak perasan atau mengambil sikap 'peduli apa aku' atau ada agenda lain. Semuanya berkemungkinan. Tapi hakikatnya, yang keluar tidak bertambah baik malah terpaksa dimasukkan semula buat kesekian kalinya. Begitu juga jumlah penghuninya, bukannya semakin berkurangan tapi makin bertambah sehingga menimbulkan masalah nak mengurus serta mengawalselia mereka pula. Seperti ada yang tak kena dalam proses pelaksanaannya. Apataknya, orang yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program tersebut lebih kepada 'makan gaji' dan bukannya benar-benar hendak membantu memulihkan anak bangsa yang terjebak ini. Niat mereka hanyalah untuk bekerja. Nak bagi anak bini makan. Kalau tak kerja, tak berasaplah dapur. Bila niat bekerja tu hanyalah nak cari makan, maka mereka hanya melakukan apa saja yang disuruh dan diarahkan. Tak lebih dan tak kurang. Buat apa buat sesuatu yang tak diarahkan, buang masa dan memenatkan. Lebih baik buat sekadar yang diarahkan. Dan inilah mentaliti petugas yang menafikan setiap program yang dirancang dari menemui kejayaan.
Walaupun petugas dilatih sebagus mana sekalipun, waima dibawakan pakar motivasi terkenal dan terhebat sekalipun, namun belum cukup bagus untuk memulihkan anak bangsa andaikata golongan yang diamanahkan mengambil sikap sambil lewa dan tidak menyedari besarnya tanggungjawab yang harus dipikulnya. Maknanya perlu adanya 'gelombang' kesedaran dari semua pihak. Penagih perlu ada kekuatan diri untuk berubah serta pihak petugas punyai tugas dan misi memastikan program mencapai kejayaan. Komitment yang jitu amat dituntut disini. Kalau tak, lupakan aje. Semuanya akan menjadi sia-sia dan buang masa sahaja.
Dalam hal menjadi seorang ibu dan bapa yang berketrampilan bukannya satu hal yang mudah. Banyak perkara perlu diketahui serta dimengertikan. Itu belum lagi bentuk dugaan dan rintangan yang bakal ditakdirkan keatas seseorang yang bergelar bapa kononnya. Masa depan yang perlu ditempuhi tidak terduga oleh sesiapa juapun. Dalam pada sihat-sihat hari ini, mungkin esok mahupun lusa, ditimpa kecelakaan dengan tak semena-mena. Misalnya, 'stroke' separuh badan aje ataupun kudung kaki/tangan akibat kemalangan jalanraya. Apakah kita mampu, diketika itu, mendabik dada seraya berkata, 'Akulah bapa mithali', sedangkan segala makan pakai kita diurusi oleh anak-anak(kalau ada) serta isteri(itupun kalau tak cabut lari). Memang menjadi lumrah alam, kita akan disanjung ketika kita kuat dan banyak berbuat jasa terhadap keluarga. Tapi apakah jaminan perhargaan yang diberikan itu akan berterusan bilamana ditimpa kecelakaan. Sukar dijangkakan. Hanya ketentuan-Nya jualah. Yang pasti, sejauhmana dan setakat mana yang terdaya dan termampu diusahakan bagi memastikan 'seluruh' anggota keluarga dijauihi dari panasnya api neraka nanti, dikira sudah memadai. 

Waulahualam.

Wednesday, November 11, 2009

Melengah-lengahkan Sembahyang

Melengah-lengahkan Sembahyang
Tergerak pulak aku untuk mencoretkan sesuatu setelah membaca article dibawah ni yang aku copy sebahagiannya dari blog En. Hamizul yang kebetulan memasuki ruang homepage igoogle dibawah tab 'orang melaka'. Aku suka membaca apa saja coretan mengenai orang melayu dalam pelbagai aspek kehidupan dari penulis blog yang juga pelbagai ragam dan tentu sekali pelbagai latarbelakang. Membaca luahan rasa atau apa saja cerita yang ditulis oleh individu itu sendiri, rasa-rasanya lebih ikhlas dan terbuka berbanding dengan berita akhbar yang tersiar yang tentunya perlu melalui proses suntingan dan harus menepati aspirasi akhbar itu sendiri. Al-maklumlah makan gaji. Membaca kesemua blogs yang ada, rasanya mustahil dapat dilakukan walaupun berkemungkinan. So , aku setkan kepada beberapa topik iaitu 1. Tentang Coretan Pengalaman/Perjalanan Hidup, 2. Tentang Orang Melayu dan 3. Tentang Orang Melaka. Makanya, artikel-artikel yang berkaitan secara auto-nya akan memasuki 'web' aku ni dan akan aku cuba membacanya ketika ada masa terluang.
Apapun, terpanggil aku memaksa diri untuk mencoret sesuatu bilamana membaca coretan En. Hamizul tentang pengalamannya menyusuri sungai Melaka yang banyak menyimpan rahsia. Menarik pengalaman yang beliau lalui tapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah tentang kesesuaian masa dalam melakukan aktiviti riadah ini.
Berdasarkan keseluruhan artikel yang aku baca ni, amat jelas sedara Hamizul sekeluarga menyusuri kehulu dari jeti Quayside berdekatan 'Pusat Maklumat Pelancung' or Tourist Information Centre. Dan kemudiannya berpatah balik ketempat beliau naiki tadi dalam tempoh masa antara 40 minit ke 45 minit gitu. Hakikatnya, manusia mudah terpesona dan dipesonakan oleh kecantikan dan keindahan yang sementara sifatnya. Ujian yang ditimpakan keatas seseorang itu berbeza dan berdasarkan tingkat keupayaan mereka untuk menilai dan self-check atas apa yang dilakukan. Saya mengandaikan yang beliau sekeluarga mungkin telah berada dikawasan sekitar tebingan Sungai Melaka tu seawal 6:00 petang. Mungkin ketika menyampaikan ke sekitaran Kampung Morten tu, azan pula berkumandang. Pada tarikh lawatan yang beliau nyatakan iaitu 17/10 ataupun 18/10, waktu Maghrib bagi Bandar Melaka adalah pada pukul 18:59 manakala waktu Isyaknya pula ialah pada pukul 20:09. (sumber : www.al-azim.com)
Setahu akulah, Kg. Morten punyai surau aje memandangkan terdapatnya sebuah masjid berdekatan iaitu Masjid Pengkalan Rama yang terletak hanya diseberang sungai iaitu sebelah kanan(jika masih didalam bot tentu nampak bumbung masjid tersebut) sebelum sampai di jeti Taman Rempah. Malah besar kemungkinan laungan azan tu datangnya dari Masjid Pengkalan Rama. Tak mungkinlah ianya dari masjid Kg Hulu mahupun masjid Kg. Keling. Apa yang pasti bila bot tu buat 'U' turn untuk ke jeti Quayside mungkin mengambil masa 20 minit lagi sedangkan waktu Maghrib yang pendek sekitar 1:10minit telah tinggal hanya 50 minit saja lagi. Selesa memanglah kurang selesa bila terpaksa rushing untuk menunaikan solat. Inilah harga yang perlu dibayar pabila ingin menikmati suasana terbenamnya sang mentari dimasa yang begitu kritikal.
Secara peribadi, projek pengindahan Sg. Melaka yang dibahagikan kepada 4 fasa seawal tahun 2001 lagi serta membelanjakan sekitar RM320juta(USD100 million) keseluruhannya dan dengan harga tiket setakat RM10.00 per head serta memerlukan sekitar 45 minit , agak-agaknya berapa tahunkah ROI-nya.
Makanya dan mungkin tidak akan dilakukan oleh pihak pengurusan 'Melaka River Cruise' untuk tidak beroperasi seketika diwaktu Maghrib sementelahan pula diwaktu sebeginilah dikira 'prime time' bagi pengunjung/pelancung untuk menikmati suasana 'nyaman' serta menghidu 'haruman' air sungainya. Mungkin pihak pengurusan punyai alasan yang munasabah tapi bagaimana pula dengan pengendali bot itu sendiri. Okaylah aku makan gaji aje takkan nak bantah arahan majikan. Nah, disini kita mungkin ambil mudah bab solat ni bila berdepan dengan dilemma. Terserahlah pada individu itu sendiri untuk memilih. Jangan sampai terkeluar cakap-cakap, 'Kubur kau kau jaga, kubur aku aku jaga. Jangan nak menyibuk!' sudahlah.
Sebagai lanjutan serta ada hubung-kaitnya dengan catatan En. Hamizul ni, aku perturunkan catatan peribadi aku sekitar tahun 2006 hanya sekadar renungan di akhir artikel ni.
Petikan artikel 'Mudik di Sungai Melaka'
Pada kali ini, saya bercita-cita sangat untuk memudiki Sungai Melaka dengan botnya. Nama canggihnya Melaka River Cruise. Adik saya di Melaka (Fizah) menyarankan, jika mahu menaikinya, maka ambillah trip waktu malam. Lebih cantik pemandangan sepanjang sungai. Lalu, menjelang Maghrib kami bersiap sedialah. Tiket berharga RM10 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak. RM80 jugalah bagi rombongan kami.
Kemudahan agak baik. Di jeti bot, gudang-gudang lama zaman dahulu masih ada. Turut diubah suai di situ, ialah kemudahan membeli- belah cenderamata; namun agak kurang menyerlah berbanding di Dataran Pahlawan. Sementara menunggu turn menaiki bot, kami mengambil gambar keluarga sebagai kenang-kenangan. Ramai juga pelancong bersama kami, maklumlah khabarnya menarik perjalanan yang bakal ditempuh nanti.
Kami memulakan perjalanan dalam kerlipan neon serta pelbagai lampu di waktu malam. Bau air sungai agak hanyir
walau tiada kelihatan sampah atau botol-botol di permukaannya. Baguslah, setidak-tidaknya kebersihan Sungai Melaka akan terus terpelihara jika semua orang tahu menjaga kebersihan. Memang cantik apabila sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan malam yang penuh lampu warna-warni. Tiang-tiang lampu di sepanjang sungai dihias dengan lampu-lampu berwarna- warni, pancutan air bermuzik juga berwarna-warni, rumah-rumah kedai setinggi dua hingga tiga tingkat juga terjaga kebersihannya dan diterangi lampu. Jambatan pelbagai bentuk banyak merentasi Sungai Melaka dan ada pengunjung yang melambai-lambai kepada kami dari atasnya.
clip_image002clip_image004
Namun, pengalaman paling mengujakan perasaan ialah saat melewati Kampung Morten, yang dikenali sebagai ‘Muzium Hidup’, yang saya rasa adalah sebuah perkampungan lama yang sejak dahulu lagi sudah wujud di tebing Sungai Melaka. Di kampung itu, mereka memasang lampu di setiap rumah hinggakan atapnya pun disimbahi cahaya, terang-benderang kampung itu. Memang menarik sekali untuk disaksikan oleh kami. Dan…saat asyik melayan perasaan itulah, tiba-tiba sebuah masjid di kampung itu melaungkan azannya…aduhai, sangat meruntun perasaan sekali. Indah sungguh alunan suara muazzin menyeru kepada Allah SWT, dan saya berharap, hendaknya adalah manusia non-muslim yang bersama-sama kami di atas bot itu akan terdetik hatinya untuk lebih mengenali Islam kelak, insya-Allah. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenainya di sini.
clip_image005
Keseluruhan masa sehala dalam perjalanan, mengambil kira-kira 20 minit. Jika anda ingin berjalan kaki atau berjoging, maka silakanlah…siar kaki turut dibina sepanjang tebing sungai itu. Bahkan ada satu bahagian yang turut ditanami dengan pohon-pohon bakau, memang cantik dan merimbunkan.
Anak-anak saya seronok semuanya…ya, kami mudik di Sungai Melaka…sungai yang dahulunya mungkin pernah dimudiki oleh Hang Tuah, Hang Li Poh dan Sultan Melaka!
Pasted from <http://www.hamizul.com/?p=848>
08/08/2006 Selasa.
Dipagi Selasa yang redup berkabus ni, tiadanya pancaran matahari pagi. Sejuk tak pula dirasai. Tapi dah terasa bahangnya sang mentari. Suasananya macam berada di tanah tinggi seperti di Bukit Fraser ataupun Cameron Highland. Tapi tak terasa kedinginan walaupun tak melampau seperti di Europe atau dinegara-negara beriklim sejuk lainnya. Hakikatnya seperti yang diberitakan semalam, berlakunya pembakaran terbuka di Sumatera Barat dan kawasan sekitarnya. Akibatnya terjadilah jerubu yang membuatkan jarak penglihatan berkurangan dan indeks pencemaran udara mendadak naik. Sekaligus memudaratkan kesihatan terutamanya orang tua dan juga kanak-kanak yang bermasalah dengan pernafasan. Apa kurangnya dengan orang dewasa, pun boleh dikaitkan dengan pencemaran ni. Walaupun degreenya taklah seteruk orang tua ataupun kanak-kanak, kalau nak kena, tak kiralah tua ke muda, besar mahupun kecil.
Apapun usah tertipu dengan perubahan yang berlaku. Masa tetap bergerak tanpa menunggu atau memberitahu sesiapapun. Yang lepas tetap dah berlaku dan menjadi kenang-kenangan. Yang dihadapi adalah realiti yang perlu ditangani sebaik mungkin. Dan yang akan berlaku perlukan perancangan yang rapi lagi teliti agar diredhai oleh Allah swt jua.
Diketika ini aku teringat kembali suatu 'kisah' selepas habis bertugas pada Ahad 05/08. Selepas e-mail updated sales di Central Court ke merchandiser, aku pun terus ke staff entrance. Swipe 'employee card' dan tinggalkan uniform di locker. Lihat jam dah dekat nak masuk waktu Maghrib. Borak dengan Mat Noor di park bench berdepan dengan staff entrance. Lat beberapa minit, muncul pula si Zam Zam. Bualan makin rancak, bilamana selepas dia baca akhbar didepan Admin. Office, isu serangan Israel keatas Lebanon diperkatakannya. Tuduh menuduh serta kenapa dan mengapa tak dibantu saling dilemparkan dan cuba mencari penyelesaian. Disilang pula dengan gelak ketawa bila idea yang dihamburkan terasa janggal atau agak keterlaluan dan perlu ditertawakan bersama.
Dalam pada tertawa-tawa tu, azanpun berkumandang dari masjid berhampiran iaitu Masjid Bukit Beruang yang baru. Aku berdiam diri sambil signalkan 'time-up' macam orang main basketball. , tapi Zam Zam continue bercakap-cakap serta cuba provoke aku. Aku buat selamba aje. Diajaknya Mat Noor berborak. Selesai aje azan tu, aku ucapkan 'salam' kat mereka sebab depa semua ber-shift petang. Melangkah pantaslah aku ke Kancil yang di-parking dibelakang Mc D. Tak lengah lagi, start engine kemudian bergerak pulang.
Sampai diselekoh KFC, aku perlahankan kereta sebab ada 'hump' atau bonggol. Kelihatan satu family Melayu berjalan perlahan-lahan seolah-olah bersantai lagaknya. Siibu bertudung kepala dihadapan sekali, anak-anaknya yang perempuan berbaju kurung dan lelakinya berbaju melayu dan belakang sekali sibapa. Bapanya bert-shirt dan berseluar jean aje serta sling bag bersilang dibahunya. Terpegun aku seketika bila melihat insiden ini. Nak kemana bang?, ingin rasanya aku tanyakan soalan ini. Aku perhatikan saja mereka berjalan in single line ke Mc Donald's dari dalam kereta yang sengaja aku perlahankan. Jam dah menunjukkan 7:35pm. Cepatnya mereka bersembahyang, mungkin juga untuk ke surau pelanggan didalam premis Jusco untuk menunaikan kewajiban individu. Aku cuba berprasangka baik. Tapi dalam hati masih bertelingkah. Cuba mentafsirkan dan buat andaian. Apakah ini contoh yang baik dan perlu diteladani oleh anak-anak bilamana waktu maghrib yang singkat ni dilengah-lengahkan. Tiada perasaan ke atau tak mahu muliakan. Kenapa tak keluar lepas waktu Maghrib agar tak timbul syak dan wasangka. Lebih afdal rasanya berjemaah bersama keluarga. Tapi kenapa berada diatas 'jalan' diwaktu yang dikira kurang manis bagi sebuah keluarga Melayu 'moden' ni. Apa yang hendak dibuktikan mereka. Lebih buruk lagi apakah setelah dewasa nanti, anak-anak akan berada diatas 'landasan' yang betul kalau perkara asas tak dipentingkan dan diperkukuhkan. Ibu bapa merupakan 'mentor' kepada anak-anaknya. Kalau tak mampu melaksanakan tugasan yang diamanahkan, kejayaan dalam 'memperbesarkan' anak-anak dari segi sahsiah diri, ketrampilan, menjadi insan kamil dan bertakwa rasanya sukar dicapai.
Aku bergerak meninggalkan mereka dibelakang. Sempat juga aku menjeling ke cermin pandang belakang dan aku cuma berdaya mengeleng-gelengkan kepala tanpa disuruh. Memasuki Lebuh Air Keroh, akupun memecut. Tapi tak kesampaian untuk melepasi traffic light didepan Hospital Pantai. Lampu telah bertukar 'merah' dari warna kuning. Masa digital menunjukkan '99' and start counting down. Beberapa ketika kemudiannya, terdengar siren polis trafik dari kejauhan arah bertentangan iaitu dari arah Ayer Keroh. Aku dapat saksikan dengan jelas kerja mereka berdua iaitu anggota polis trafik mengawal lalulintas di persimpangan lampu isyarat ni. Ini kerana aku berada betul-betul dihadapan sekali. Kelihatan kenderaan rasmi Gabenor atau TYT meluncur deras diiringi anggota polis trafik lainnya dihadapan dan belakangnya membelok kearah 'Istana Melaka' yang tersergam di puncak Bukit Beruang. Secara spontan aku melihat jam tanganku dan jamdi dashboard. Kedua-duanya menunjukkan waktu yang sama iaitu 7:40 petang.
Ketika berhenti seketika di persimpangan Hospital Pantai ni, aku flasback akan insiden keluarga melayu ke Mc Donald dan kini tersentak pula dengan pergerakan 'orang besau' diatas jalanraya pula dan betul-betul didepan mata. Secara tiba-tiba aku kaitkan dengan insiden yang pertama yang dilihat sebentar tadi. Apa yang mahu dibuktikan kini. Dah sembahyang ke 'orang' didalam kereta besar tu? Penting sangat ke urusan yang dibuat sebelumnya. Andaikata yang didalamnya adalah TYT sendiri, apa ertinya semua ini. Cuba bertanya-tanya sendirian. Instinct aku merasakan yang didalam tu adalah TYT memandangkan iringan polis trafik didepan dan dibelakang. Mana mungkin anggota beruniform dah bersembahyang kalau dalam masa kritikal ini masih diatas jalanraya. Tak mungkin juga didalam kereta tu bini TYT. Apa dibuatnya sehingga dah masuk waktu Maghrib masih tak masuk 'kandang' lagi. Pening kepala aku akibat berkecamuknya soalan yang bertubi-tubi. Malah gelengan kepalaku seolah-olah cuba menafikan apa yang aku lihat. Gelengan semakin lemah and back to normal bilamana lampu isyarat kembali ke warna hijau. Ini bererti aku perlu teruskan perjalanan. Begitu juga perjalanan hidup perlu diteruskan selagi ajal belum tiba.
Sebagai nak kaitkan kedua-dua insiden ni dengan apa yang telah aku baca dan cuba 'fit in' cerita yang berlaku dizaman Rasulullah saw, moga-moga menjadi input berguna didalam mengharungi kehidupan ini. Dalam buku hadis 40 atau arabnya disebut 'kitab' yang dihasilkan sekitar tahun 1929 dan aku hanya membaca versi cetakan 1968 dan antara yang berkaitan ialah dari hadis yang ke 40, iaitu;
"Telah diriwayatkan daripada Ibni Omar r.a., senya telah dipegang oleh Rasulullah bahuku seraya berkata: Adalah engkau didunia ini sebagai orang berdagang atau orang dalam tengah perjalanan.
Dan adalah Ibni Omar setelah itu berkata: Apabila engkau berpetang-petang janganlah engkau nantikan subuh-subuh dan apabila engkau bersubuh-subuh janganlah engkau nantikan petang, dan ambillah kesihatan engkau itu bagi habuan sakit engkau dan daripada hidup engkau bagi habuan mati engkau."
Hadis diriwayatkan oleh Bukhari.
Antara huraian hadis yang seperti diterjemahkan diatas, menyeru manusia yakni kita dimasa ini, supaya jangan berlengah daripada berusaha dan beramal barang satu saat pun buat habuan hidup didunia atau buat untuk akhirat. Ibarat orang berdagang yang tiada lengah sedikitpun bagi mengenal kampung dan mengenang tanah airnya. Atau orang tengah dalam perjalanan tiada lalai ia bagi meneruskan perjalanannya.
Sehubungan dengan hal diatas, aku telah dan sedang reread kitab 'Israk dan Mikraj' bersempena dengan bulan Rejab sekarang ini. 08/08/06 ni bersamaan dengan 13 Rejab 1427H. Yang berkait rapat dalam hal yang diperkatakan ni ialah peristiwa yang dilihat sendiri oleh Rasulullah saw dan minta penghuraian ataupun penjelasan dari Jibrail semasa didalam perjalanan dari Baitullah ke Baitulmukkadis. Nabi Muhammad saw dipertunjukkan akan beberapa gambaran 'tamsil' dan ibarat akan hal-hal yang berlaku keatas umatnya. Antaranya, iaitu sebelum dimikrajkan,
"Ia sampai disatu golongan yang dihempap kepala-kepala mereka dengan batu besar, tetapi tiap-tiap kali diremukkan, kembali kepala-kepala itu seperti sediakala, dan dilakukan demikian atas mereka dengan tidak putus putus. Maka Nabi bertanya, Siapakah mereka itu, Jibrail?. Jawabnya; Merekalah orang-orang yang berat kepalanya pada mengerjakan sembahyang fardhu."
Sesungguhnya setiap individu itu melalui jalan hidup yang berbeza-beza. Ada yang berliku-liku. Ada yang lurus selurus-lurusnya. Ada yang sampai ke penghujung dan ada juga sekadar dipertengahan dan lebih mengejutkan, ada yang baru nak memulakan telah dijemput pulang. Bukannya lama atau sekejap yang dilihat tapi banyak manakah 'bekalan' yang telah dikumpul untuk dibawa pulanglah yang lebih diutamakan dan dinilaikan. Apapun berusahalah tanpa mengenal jemu. 

Wasallam.

Sunday, June 21, 2009

Sekadar Renungan

Banyak perkara didalam kehidupan ini yang kita tidak mampu menghalang apatah lagi menahannya dari berlaku. Perubahan  yang bersifat semulajadi misalnya, mana mungkin kita yang tidak punyai apa-apa kelebihan dan juga jauh dari sebarang keistimewaan untuk menafikan ataupun menghindarkan dari berlakunya sesuatu perkara walaupun perkara yang seremeh mungkin dari pandangan mata seseorang. Kehidupan harus terus dilakari dan diperjuangkan serta mesti perlulah mengikuti jalur-jalur kehidupan yang telah digariskan olehNya samada yang tersurat dan juga yang tesirat.

Sesungguhnya setiap hari yang kita lalui merupakan 'peluang' untuk kita merebut segala kebaikan dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Dan dalam meniti perjalanan hidup ini, tentu saja kita berkesempatan untuk memikul berbagai peranan dalam kitaran hidup setiap yang bernyawa. Dari bayi, kanak-kanak, budak, remaja, dewasa dan usia tua nantinya(kalau sampai). Manakala disetiap peringkat pula  memerlukan approach yang berbeza. Sejauhmana dan sesempurna mana kita memikul tanggungjawab pada setiap peringkat ini pula amat memerlukan ilmu pengetahuan serta tunjukajar dari orang yang telah melaluinya. Ini boleh berlaku secara  formal ataupun tidak formal. Bergantung juga pada individu itu sendiri untuk lebih proaktif dalam memastikan setiap tindak tanduknya mengikut acuan yang dipelajari dan yang dilihatnya. Dan bagi yang berkemampuan pula, improvise dan permudahkan demi kesejahteraan ummah seluruhnya. Misalnya sistem atau aturan yang dibuat sebelum ini oleh orang/masyarakat terdahulu boleh dipertingkatkan/upgrade ketahap yang lebih sempurna atau menjadi lebih cekap. Ilham dan gesaan ini datangnya dari Allah swt jua dengan asbab kekerapan manusia mengulanginya. Antaranya, dahulu kita 'selesa' dengan kereta bergear manual, tapi kini menjadi lebih selesa dengan gear automatik pula.

Sebenarnya banyak perkara yang terjadi dan berlaku disekeliling kita amat sukar dimengertikan. Samada ianya bertujuan mengingatkan, menyedarkan ataupun mensyukuri bergantung pada setiap individu itu sendiri. Tidak mungkin setiap insiden yang terjadi itu sekadar terjadi begitu-begitu sahaja dan bukannya bersebab dan bertujuan. Maksud kata, kita kena memahamkan 'tujuan' yang tersirat dari kejadian yang telahpun tersurat ini. Bila direnungkan jauh-jauh dan difikirkan dalam-dalam, ada 'message' yang hendak disampaikan pada 'current' umat yang ada dimukabumi ini. Hakikatnya, adakah kita prihatin dan sanggup perbetuli mana yang dirasakan tidak menepati 'S.O.P.' yang telah disetkan lebih dari 1400 tahun yang lalu menerusi 'Al-Quran - the glorious book'.

Ruangan sekadar renungan ini diujudkan adalah buat diri menyerlahkan kebaikan sesuatu kejadian yang terlihat, memaklumkan rasa kebimbangan akan akibat kesongsangan tindakan yang dibuat juga bagi mengingatkan diri akan betapa perlunya mematuhi ketepatan agar terurus kehidupan duniawiku.

zaini642

Sunday, June 21, 2009

Friday, May 29, 2009

Antara Tetek ‘Terbelah’ Dengan Tetek Bijik

Kasi baca - Tak mandi selama 35 tahun
Sebenarnya hari ini pun rasa-rasanya tiada waktu terluang untuk mencoretkan sesuatu. Tapi dek rasa hati yang membuak-buak, memaksa aku melempiaskan ‘gian’ hari ini.
Fikir punya fikir, banyak isu yang mahu aku ulas tapi hal ni lebih menonjol serta poin-poin mengenainya masih berligar-ligar dan kadangkala ligat dikepala. Justeru itu topik mengenai anak lelaki ataupun perempuan yang dikurnia-Nya aku pilih.
Menguatkan serta merangsangkan lagi untuk mengulas persoalan ini bilamana semasa menghantar anak ke sekolah pada pagi 13/05/2009 bersamaan hari Rabu, buletin sinar di Sinar FM yang disampaikan oleh Johan Hamzah pagi tu mengenai satu berita yang menarik perhatian aku untuk lebih attentive seketika itu. Kisah seorang bapa yang tidak mandi selama 35 tahun hanyalah semata-mata mengamalkan ritual bagi mendapatkan zuriat lelaki. Bapa di negara India ini telahpun memiliki 7 orang anak yang kesemuanya adalah perempuan. Amalan tak mandi selama 35 tahun dengan tujuan untuk mendapat seorang ‘putera’ amat anih dan tak pernah aku dengar sehingga kini. Berbagai persoalan dan pertanyaan keluar secara spontan ketika memandu pagi tu memandangkan maklumat yang disampaikan begitu minimal. Pandai benar dia ‘trigger’ pendengar Sinar FM terutama sekali aku.
Sebaik saja sampai dirumah, akupun menonong aje keatas serta on-kan PC buruk aku ni. Kemudian pergi ke ‘Google Search’ dan taipkan ‘35 years not taking bath’. Bila aku tekan ‘enter’ button aje, ahh nah kau!, berderet article yang keluar mengenai kisah Kailash ‘Kalau’ Singh tentang usaha desperatenya untuk mendapatkan seorang cahayamata lelaki. Lapuran yang dibuat oleh berbagai media berpengaruh dunia merujuk pada sumber dari India yang sama iaitu ‘Hindustan Times’
So lapuran yang tertera diskrin PC bersaiz 19'’, aku baca dan hayatinya dengan penuh teliti. Ceritanya macam tak betul aje. Ataupun gimik untuk lariskan suratkhabarnya. Referencenya terlalu general. Kenapa komen isterinya tidak turut disertakan. Apakah Kailash ‘Kalau’ Singh ni berstatus duda atau masih memperisterikan ibu kepada 7 orang anak perempua. Tak berpuashati, aku cuba dapatkan gambarnya pula. Apa lagi copy & paste ajelah. Dari lapuran tu umurnya dahpun 63 tahun. Lihat wajahnyapun rasa-rasanya payah untuk melihat puteranya yang bakal dilahirkan(kalau diizinkan-Nya) membesar semasa hayatnya. Admire jugalah tentang semangat dan keinginan yang ditunjukkan dan diwar-warkan ke serata dunia. Namun, semangat tak berputus asa aje tidak memadai kalau tidak disusuli dengan tindakan yang sepatut dan seharusnya.
Kejadian di India ni memperlihatkan kepada seluruh manusia tentang cara yang diamalkan dalam memperolehi anak lelaki tapi masih belum terbukti keberkesanannya. Berita ini mungkin tidak membawa apa-apa makna bagi pasangan yang dikurniakan anak yang ramai tapi amat menarik perhatian pula terutamanya pasangan yang senasib dengan abang ‘Kalau’ kita ni. Lebih lagilah pada pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat walaupun dah bertahun tahun berkahwin. Walau sekarut mana sekalipun amalan yang dilakukan, ianya mungkin memberi sedikit ‘sinar’ bagi pasangan yang mempunyai permasalahan yang sama.
Namun begitu, kita sebagai umat Islam tentu sekali punyai perspektif berlainan dengan mereka yang non-muslim lebih-lebih lagi dengan Abang ‘Kalau’ Singh dengan tindak tanduknya yang bersalahan dengan norma-norma kehidupan manusia biasa. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya redha akan ketentuan Illahi keatas diri samada ianya berupa kebaikan/kesenangan apatah lagi keburukana/kesukaran. Takdir yang menimpa diri atau limpahan kurnia yang diberi mengatasi segala perancangan yang kita lakukan. Allah swt Maha Adil, Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui dalam setiap ‘pemberian’ dan ‘ujian’ keatas hamba-hamba-Nya. Namun begitu, setiap apajuapun yang menimpa diri merupakan ganjaran setimpal dengan kesungguhan serta niat seseorang. Yang pastinya setiap ketentuan Illahi tu, ada mempunyai hikmah tersembunyi yang perlu dibongkar oleh manusia  untuk menginsafi diri serta meyakini ke-Esaan Allah swt.
Kekadang tu, terfikir juga kenapa si Polan tu tak dikurniaka zuriat, manakala buat si Polan yang lain pula berderet-deret yang tiba(setahun satu beb). Ada pula yang memperolehi anak lelaki semata atau ada juga yang dapat perempuan semuanya. Dari pemerhatian aku sendirilah, walaupun belum terbukti kebenaran/ketepatannya, adanya ciri-ciri khusus bagi setiaap pasangan yang berzuriat denga yang tidak, yang punyai anak lelaki semata dengan yang memiliki anak perempuan. hal ini akan aku huraikan kemudian nanti.
Mengenai petua yang dilakukan oleh Kailash ‘Kalau’ Singh unjuran ‘godman’ di India sana tu, tak tahu pulak kat mana logiknya. India yang tamaddunnya cukup panjang dan terawal masih ada amalan sebegini dan dituruti pula oleh masyarakat, harap-harap cuma Abang ‘Kalau’ sorang aje, membuat aku rasa simpati keatas nasib yang menimpanya. Manakala dilingkungan aku pula, juga terdapatnya petua-petua serta tanda-tanda samada pasangan suami-isteri tu dikurniakan anak lelaki ataupun perempuan. Orang tua-tua ni selalunya kalau meneka ni, jarang yang silap. Misalnya, kalau tengok perut ibu/bakal ibu yang mengandung dah tahu dah samada lelaki ataupun perempuan yang bakal dilahirkannya. Kalau bulat, diberitahunyalah,dapat ‘orang dapur’ lagilah kau. Kalau lonjong kedepan dah sahlah dapat ‘orang muda’ le pulak. Apa agaknya perasaan ibu yang mengandung tu bila diberitahu sedemikian. Berbagai reaksi pastinya dijelmakan. Maklumlah, kalau jantina kandungan yang diramalkan menyamai harapan siibu tentunya bersemangat menantikan hari kelahirannya. Apakala berbeza antara yang dihajati serta yang dinujumkan, mahu gundah gelana dibuatnya bukan saja pada siibu malah sibapanya juga.
Secara tiba-tiba pula, aku teringatkan kisah seorang nenek yang kebetulan adalah ibu angkat kepada jiran kami semasa menyewa di Taman Desa Duyung sekitar awal tahun 2001 dulu. Dah nama berjiran maka amalan kenal mengena dan bertegur sapa menjadi suatu kelaziman pula. Menurut kata ‘orang rumah’ aku, mak angkat Kak Idah(jiran yang dimaksudkan) menjangkakan yang kami bakal menimbang cahayamata perempuan. Selain pandai menelek, beliau juga adalah tukang urut/pengasuh wanita bersalin berpengalaman. Mungkin tenaga yang kian berkurangan disebabkan faktor umur memaksanya ‘meletak jawatan’ dan lebih berehat kini. Walaupun kudrat berkuranga tapi skills masih tak hilang. Curious dengan pernyataan yang dibuat oleh orang rumah aku tu, akupun tanyailah balik. ‘Macammana makcik tu boleh tahu?. Ikut cerita orang rumah, masa sessi bualan pagi ataupun bualan petang tempoh hari, anak nombor 2 si Yusuf berlenggeng mendapatkan emaknya masa mereka tengah rancak berborak. So masa bila pula tak ketahuan tapi entah macammana dia meramalkan yang anak yang bakal dilahirkan sekitar awal bulan Mei nanti adalah seorang ‘puteri’. Bila aku tanyai lagi,”Amacam dia boleh tahu?’. Bini aku terangkan yang menurut makcik tu, Si Yusuf ni puting teteknya terbelah. Maknanya anak berikutnya mungkin perempuan. Masa tu aku tak berprasangka apa-apapun. Ini memandangkan kami telahpun dikurniakan 2 orang putera berselang 11 bulan cuma. Nasib baik berlainan tahun. Kalau tak, seorang lahir awal tahun dan seorang lagi hujung tahun. Tak ke haru namanya tu. So, bagi aku tak kisahlah samada lelaki ke ataupun perempuan.  Kami terima aje apa jantinanya buat anak ketiga kami. Yang penting kelahirannya normal dan selamat baik sianak dan lebih-lebih lagilah ibunya. Redha akan ketentuan-Nya.
Maka pada tanggal 10 Mei 2001, lahirlah seorang puteri yang sempurna dan kami namainya Ameera Shakinah. Mujur semuanya selamat dan dah berusia 8 tahun dah kini. Dan terkenang kembali ramalan Mak Aji. Usikan nakal berupa pertanyaan pada Mak Aji oleh bini aku masa sessi berborak mereka tu, ‘Kalau bukan tetek terbelah, apa maknanya pulak?’. Huraian yang diberinya ialah kalau abang atau kakaknya mempunyai tetek bijik yakni puting teteknya berbiji ataupun berpunat maknanya yang kemudian bakal dilahirkan adalah lelaki. Sekali lagi ternyata kebenaran kata-katanya Mak Aji ni. Adiknya Si Ameera adalah Ahmad Yusree yang kini bertadika JAIM. Walaupun ianya merupakan suatu kebetulan saja, tapi tetap ada ketepatan yang bukan disengajakan. Perlu kajian saintifik ni.
Hal kaitan antara puting tetek dengan jantina anak ni merupakan satu ilmu juga. Dan sebagai pengukuhan, cubadapatkan seberapa banyak ‘sampel’ sebagai pembuktian. Ternyata semuanya menepati pola yang sama. Menakjubkan. Terbaru, pada 18/04, sepupu, En. Yusuf bin Ahmad menjemput kenduri kesyukuran anaknya yang baru mendapat cahayamata. Cucu pertamanya perempuan dan yang terbaru ni oleh anaknya yang kedua juga perempuan. Abang Usop ni hanya punyai 2 anak iaitu Rahayu dan Rahaya. Kebetulan lagi kedua-dua cucunya juga perempuan. Takdir  Illahi tak mampu menolaknya dan tak terduga sama sekali. Semasa didalam kereta diperjalanan pulang, orang rumah beritahu yang aku akan dapat cucu perempuan lagi. Aik! macammana tahu ni. Menurutnya, semasa Ayu dan Aya tukarkan baju anak masing-masing, kedua-duanya punyai puting tetek yang terbelah. Oh ye ke!, Cekap nampaknya dah sekarang ni. Boleh jadi Mak Nujum ni. Termulanya kisah ni, bila aku nyatakan hasrat yang kelahiran berikutnya bagi Ayu dan Aya nanti adalah anak lelaki pula. Yang pasti Abang Usop tak bersambung zuriatlah nampak gayanya.
Andailah ‘penemuan’ ini dimaklumkan kat Abang ‘Kalau’ yang kerap berkalau ni, apakah dia boleh menerimanya. Misal kata, anak perempuannya yang bongsu punyai tetek terbelah juga, tentu sekali akan disanggahnya. Apa pula kelakuannya bila sebaliknya berlaku iaitu bertetek biji. Mungkinkah dia bakal menerima anak lelaki. Lebih memburukkan keadaan, mampukah isterinya yang mungkin seusianya dan tentunya dah melepasi usia kritikal untuk bersalin lagi iaitu dah monopause untuk kembali mengandung. Entah-entah bini diapun dah cabut sebab tak tahan dengan kerenah dan kerja gila dia tu.
Apakah nasibnya nanti setelah tak berdaya mengharungi sisa usianya yang kian bertambah lanjut, bilamana anak-anaknya yang berupa ‘amanah’ tidak dijagai dandipelihara sesempurna mungkin. Takut nanti pepatah lama yang berbunyi, ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula yang berciciran’ menimpa diri. Malang sungguh malang jadinya. Tak mustahil hal ini boleh berlaku. Masa sekarang ni, apa-apa perbuatan yang jahat sifatnya apatah lagi yang zalim, Allah swt tunjukkan masa kita masih hidup lagi. Banyak contoh yang boleh dijadikan ikhtibar. Misalnya kisah seorang anak di Muar yang sanggup menetak tangan bapanya sebab tak bagi duit untuk beli dadah yang tersiar diakhbar beberapa tahun dahulu. Dan baru-baru ni pula, tersiar kisah di Kelantan tentang anaknya yang sanggup membakar rumah ibubapanya yang dia sendiri turut mendiaminya hanya kerana hasratnya tak dipenuhi. Bukannya anak perempuan tapi anak lelaki yang menjadi pelakunya. Mungkin ada kisah silam yang ‘hitam’ pernah dilakukan oleh insan bergelar bapa menyebabkan peristiwa tak terduga menimpa diri.
Kesimpulannya, apa juga jantina anak yang diterima bersyukur ajelah. Ni nak bersusah payah berusaha buat apa. Seolah-olah menolak kurniaan Allah swt. Penolakan oleh pasangan yang tak redha ni hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan. Mengabaikan tanggungjawab atas anugerah yang diberi akan terpaling balik keatas diri mereka sendiri. Allah swt menyegerakan pembalasan tak perlu tunggu diakhirat. Kat atas dunia lagi ditjunjukkan-Nya. renungkanlah dan marilah kita fikirkan bersama. Perjalanan hidup yang penuh paancaroba ni perlu dilalui juga samada suka ataupun tidak sehinggalha kita dipanggil ‘balik’.