Sunday, March 11, 2007

Pasar Malam Dan Masa Depan...

 09/03/2007 12:31

 

Pasar Malam dan Masa Depan



Hari ini adalah hari Jumaat , bersamaan 09/03/2007. Diketika ini aku sedang menunggu untuk menunaikan kewajiban bersembahyang Jumaat. Dalam pada itu, gatal-gatalkan tangan untuk mencoretkan kejadian yang aku alami semalam.


Aku ke pasar malam Taman Air Molek semalam, pukul 6:00 petang lebih kurang begitu. Selepas memarking dengan selamatnya Kancilku itu, aku berlenganglah ke kawasan pasar malam yang diadakan. Datang bukan sebarang datang tapi datang nak perabih duitlah. Sebenarnya, orang rumah yang sedang sarat mengandung tinggal menunggu harinya saja nak bersalin teringin benar nak makan ikan 'parang'. So, sebagai suami yang bertanggungjawab, terpaksalah aku keluar sekejap ke pasar malam tu. Pasar malam Air Molek ni semua orang dah tahu harinya iaitu Khamis malam Jumaat bermula dari seawal 5:00 petang membawakan ke 10:00 malam. Dulunya, kawasan tapak pasar malam ni cuma di Rumah Awam Air Molek saja. Tapi kini setelah Taman Air Molek yang bertentangan jalan dengan Rumah Awam Air Molek siap sepenuhnya beberapa tahun yang lalu, kalau tak silap sebelum tahun 2000 lagi, kawasan pasar malam telah diperbesarkan meliputi laluan masuk ke Taman Air Molek ni juga. Maka kini, ujudlah dua bahagian pasar malam. Satu di Taman Air Molek dan satu lagi di Rumah Awam Air Molek.


Selalunya dan kebiasaannya pada waktu –waktu sebegini telah berpusu-pusu orang yang datang berkunjung. Kalau ikutkan bulan, rasa-rasanya bulan masih 'muda' lagi. Kata orangpun tengah lebat begitu. Kurangnya pengunjung pada awal bulan begini dan pada waktu yang dikira 'prime – time' ni sedikit menunjukkan kelainannya dari kebiasaan yang dilihat. Apakah ini petanda orang ramai kurang berminat berkunjung ke pasar malam lagi atau mungkinkah ini satu petunjuk yang 'purchasing power' pelanggan yang semestinya orang kita juga telah berkurangan atau mungkin juga suatu kebetulan yang mana aku ditakdirkan berada didalam situasi sebegini. Mungkin juga ini merupakan suatu ruang yang 'dilorongkan' oleh Allah swt untuk aku buat sedikit komen dan laporan mengenai apa yang dilihat dan disaksikan pada petang semalam. Malah aku berkesempatan tanpa banyak hal menyusuri keseluruh kawasan pasar malam tersebut. Disamping tu tak lupa pula mencari-cari ikan 'parang' yang dipesan. Setelah gerai yang ada menjual ikan 'parang' di-identify dari beberapa peniaga ikan yang ada berniaga, akupun singgah untuk membeli.


Dari pemerhatian aku, didapati keseluruhan peniaga yang beroperasi disini adalah terdiri dari kalangan orang kita. Bila melihatkan betapa cekal dan bersemangatnya mereka mengendalikan operasi masing-masing, secara tiba-tiba  rasa bangga pula muncul dari diriku. Semoga usaha dalam bidang perniagaan ni tak hanya kekal dalam bentuk kecil-kecilan tapi berkembang menjadi perniagaan berskala besar pula. Ini harapan aku sebagai orang Melayu yang inginkan dan mahu melihat sendiri bahawa dengan usaha niagalah saja yang mampu meningkatkan martabat bangsa Melayu itu sendiri. Harapan saja tanpa adanya usaha terancang dan bersepadu setiap peniaga ni serta sokongan dari pihak 'pemerintah', rasa-rasanya amat payah nak capai.




Setelah aku perhatikan ikan-ikan yang diperagakan beserta harga per kilo yang dipamirkan, aku pun bertanya harga sekilo ikan parang tu sebagai confirmation dari 'abang' tu. "Sekilo RM21.00" jawabnya. Minta dia kerat dan ambil bahagian ekornya saja. Untuk ekornya saja, aku di-charge RM12.80. For assortment, akupun mintalah dia timbangkan selar kuning sekilogram. Untuk selar kuning pula sekilo harganya ialah RM7.00. Untuk belanja beli dua jenis ikan ni saja aku dah kopak RM19.80. Dalam hatiku bertanya sendirian, konsep pasar malam kalau ikutkan kelazimannya merupakan tempat dimana kita boleh mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang jauh lebih murah dari pasar biasa ataupun kedai runcit yang banyak bersepah. Nampak gayanya konsep ini tak didukung oleh sebahagian peniaga pasar malam ni. Aku tak nafikan adanya peniaga-peniaga yang masih mengenakan harga yang berpatutan untuk barangan jualan mereka. Umpamanya, barang jualan yang unik dan lebih sesuai untuk pasar malam saja , seperti jagung rebus, burger, apam balik, nasi lemak, roti john, air buah-buahan dan tapai ubi sekadar makluman masih mengekalkan harga yang merupakan identity pasar malam. Tapi lain pula halnya bila melibatkan barangan perishable seperti ikan basah, sayur-sayuran dan barangan runcit lainnya baik ianya ikan bilis ke, bawang ke, ubi kentang ke atau apa saja yang boleh dilabelkan sebagai barangan yang perlu diproses semula sebelum diconsume amat melampau-lampau harga jualannya..


Selepas membeli ikan dengan harga yang amat tak memuaskan hati dan aku tak dapat mengelak sebab hanya gerainya sajalah yang ada ikan 'parang' yang diidam-idamkan walaupun bagi diri aku mahu saja aku lupakan untuk membeli, aku beredar dari gerainya dengan seribu persoalan. Aku kemudiannya berhenti digerai 'Mazanah Enterprise' yang menjual apam balik. Kak Maznah ni adalah kakak kepada Abang Bahar. Abang Bahar ni pula baru-baru ni iaitu pada 25/02/07 dengan rasminya bakal berbesan dengan Abang Ngahku. Kelihatan ramai pengunjung berkerumun digerainya. Ada yang minta dibungkuskan 4 keping, ada yang minta dua keping dan ada juga yang sampai sepuluh keping. Sekeping 'apam balik'nya dijual dengan harga RM1.50 saja. Harganya ni, rasa-rasanya tak lah membebankan pembeli. Kira-kira munasabahlah harganya tu. Anggarannya, setiap 2 minit siaplah sekeping apam tu dari mula adunan diletakkan kedalam mould sehingga akhirnya berbungkus untuk diberikan kepada pelanggan. Kalau 2 minit sekeping, bererti productionnya sejam berjumlah 30 keping . Dan dari 30 unit yang dihasilkan menjana jualan sebanyak RM45.00/sejam. Mould untuk menghasilkan apamnya tu ada 4. Ini bermakna sejam tanpa henti mampu menghasilkan 120 pcs. Jumlah maksimum yang dihasilkan setiap jamnya pula ialah RM180.00. Itu baru sejam saja. Sepetang beroperasi selama 5 jam saja mampu generate RM900.00. Itu baru apam balik saja. Terdapat juga produk lain yang dihasilkan iaitu apam kecil dan kuih pumkis yang kurang menarik perhatianku untuk membelinya.



Continued : 11/03/2007


Setelah menunggu lebih kurang 15 minit mengikut giliran, tibalah masanya untuk aku membayarnya pula. RM3.00 berpindah tangan. Apapun aku bangga kerana berurusniaga dengan peniaga yang sebangsa dan seagama walaupun jumlahnya tak seberapa. Melihat pada masa yang semakin menghampiri Maghrib, aku bergegas pulang. Terfikir lak aku, bagaimana nak melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. sedangkan 'niaga' tengah rancak berlangsung. Itu bukan urusan aku. Tapi inilah antara perkara yang perlu diambilkira dalam urusan perniagaan. Ibadah dan niaga perlu dilaksanakan. Tiada yang perlu dikesampingkan. Berat cabaran yang perlu dihadapi oleh peniaga pasar malam ni. Nak tutup sementara, rasa-rasa rugi lak. Tapi kalau terus buka sampai tak hiraukan Maghrib, apa nak jadi akhirnya. Bukannya aku berprasangka buruk terhadap golongan peniaga ni, tapi suasana dan penampilan mereka langsung tak menunjukkan 'keislaman'. Apatah lagi dengan gaya bercakap dan tingkah laku yang tak mencerminkan seorang Muslim. Kedapatan anak gadis yang membantu orang tuanya berniaga, tak bertudung serta ber 'T-shirt' ketat, menonjolkan buah-buah didadanya. Emmm, mengkal gitu. Apa mungkin akan bersegera mereka ke surau berhampiran untuk berjemaah atau ada kemungkinan lainnya. Semuanya jadi tak pasti. Niaga boleh saja, tapi ibadah wajib dilaksanakan. Inilah 'harga' yang perlu dibayar.


Berat mana mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul. Memang rezeki yang Allah turunkan amat banyak dalam bidang perniagaan ni. Kalau tak takkanlah sampai dinisbahkan sebanyak 9/10 datangnya dari perniagaan. Untung dan laba yang diperolehi amat bermakna bagi mereka yang melaksanakan etika perniagaan yang benar dan diredhai Allah s.w.t. Tapi amat rugilah bagi mereka yang tak beretika dan mencari untung yang melampau. Terkilan rasa bila peniaga Melayu/Islam menindas bangsanya sendiri, hanyalah semata-mata nak untung lebih dan nak kaya cepat. Tak ada perasaan ke mereka ni atau memang dah dididik begitu. Secara perbandingan, Kedai Lim di Duyung, ikan parang dijual dengan harga RM12.00/kg dan ikan selar kuning pula, paling tinggipun pernah aku beli ialah RM4.50. Kebiasaannya ialah RM3.00/kg. Disebabkan ke'murah'an harga yang ditawarkan, maka ramailah pelanggan Dak Lim yang pastinya berbangsa Melayu tak henti-henti dan tak jemu-jemu berkunjung menghantaukan duit kat Cina hawau ni. Lambat launnya nanti pelanggan pastinya akan mencari dan mendapatkan barangan keperluan harian mereka dari peniaga yang mampu menawarkan harga yang jauh lebih murah dan berpada. Tak kiralah samada peniaga tu Melayu ke , Cina ke ,waima India ke. Ledakan informasi yang dijana oleh handphone yang rata-rata kini dimiliki oleh hampir keseluruhan penduduk Malaysia yang bekerja memungkinkan kekurangan pelanggan yang mendadak bukanlah diluar jangkaan bagi peniaga yang degil mungurangkan 'margin' jualan mereka.


Secara jujur bolehlah dikatakan, kebanyakan peniaga Melayu ni masih tidak mampu untuk bersaing secara terbuka dengan peniaga 'asing' ni. Terlalu banyaknya kekangan yang perlu dihadapi. Disamping itu, tiada kesedaran dan sokongan dari kalangan bangsa Melayu sendiri untuk membantu serta memajukan perniagaan bangsanya dan di tanah airnya sendiri. Hakikatnya, peniaga pasar malam ni tiada satupun yang menunjukkan potensi untuk berkembang maju. Sepatutnya dari pasar malam beralih pula ke ber'kedai' iaitu punyai bangunan sendiri yang boleh beroperasi tak kira siang ataupun malam dan tak dipengaruhi oleh hujan atau panasnya mentari. Contohnya, Brother yang berniaga burger yang aku kenali sejak pertengahan 80-an lagi, masih lagi menjalankan niaga yang sama. Van Toyota Lite-ace putih buruk serta kelengkapan yang sama untuk menghasilkan burger masih digunakan sehingga kini. Lebih 20 tahun beroperasi tapi masih kekal begitu. Dari aku bujang sehinggakan dah ada anak seramai 4 orang dan tak lama lagi bakal menimang anak yang kelima pula, tapi mamat dari Semabok ni masih dengan corak perniagaan yang sama. Yang berbeza hanyalah dia kini mampu mengajikan 2 budak pembantu. Ini perlu, memandangkan ramainya pengunjung yang mengemari burgernya disebabkan harganya yang masih kekal RM1.00. Tertariknya pengunjung ke gerainya pula, pada pandangan aku dan mungkin sebahagian yang lain ialah hanya gerainya sajalah yang di-top-up dengan mayonnaise. Kedua-dua faktor inilah yang membuatkan burgernya digemari ramai.


Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat diperolehi sagunya. Sekiranya peniaga-peniaga pasar malam masih mahu kekal berniaga cara begini serta takut meneroka ke peringkat yang lebih tinggi lagi, maka peluang niaga yang sentiasa terbuka luas akan hanya dikaut oleh peniaga dari keturunan lain terutamanya peniaga Cina. Sesungguhnya berniaga ni juga suatu bentuk fardhu kifayah yang mana amat perlu bagi orang Islam turut terlibat secara aktif bagi menjaga kepentingan ummah. Terdetik juga dihati untuk turut sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara aktif. Walaupun memiliki 'Diploma in Marketing(UK)', tapi masih lagi 'gemar' makan gaji. Malu!, memangpun patut aku berasa malu. Bukan saja malu pada diri sendiri tapi juga malu pada bangsa aku sendiri. Ada ilmu dan kepandaian tapi tak digunakan sepenuhnya. Ni, asyik-asyik nak makan gaji. Yang untungnya orang lain. Dalam kes aku ni, orang Jepunlah yang senyum lebar. Bukannya tak mahu, tapi masih tak mampu mengharungi cabaran perniagaan yang kian sophisticated sifatnya. Bukan pula aku mencari alasan tapi lebih kepada sikap berhati-hati serta mengamalkan policy 'wait and see' sebelum benar-benar yakin akan kemampuan untuk bergiat cergas.


Knowledge isn't power, but action is …..


No comments: