19/12/2025 14:13
Hampir hendak genap seminggu sudah aku menangguh nangguhkan 'wandering thought' aku ini. Tidak dapat tidak, kitalah yang seharusnya mencari ruang yang sesuai untuk laksanakan. And, kebaaboom, now - today, at this very minute of time, aku akan lakukan. Bertangguh lebih lama akan makin menyesakkan diri, so to speak.
Awalnya, pada Sabtu pagi yang baru berlalu -13/12/2025, ketika bersandar di sofa antique di verandah, aku tertanya tanya sendirian akan tarikh hijr pada hari tersebut. Puncanya pada seminggu sebelumnya, MHS ke atau SMAL ataupun GPMS, admin group whatsapps sekolah membuat satu hantaran mengingatkan Ramadhan untuk 1447H berbaki cuma kurang lebih dalam 75 hari lagi.
Kita tahu yang Ramadhan adalah bulan ke 9 dan rayanya pula pada bulan Syawal iaitu bulan ke 10. Aku lebih concerned-kan akan Rejab yang menjadi pemacu awal bersiap siap memasuki Ramadhan. Tapi sebelum tahu akan kedatangan Rejab kenalah ketahui present date. Jadinya aku google-lah akan tarikh hijr pada hari Sabtu itu. Maaf cakap-la, kita lebih tahu akan tarikh masehi berbanding hijr kerana kita merujuknya setiap hari dan digunapakai menyeluruhnya.
Ikut world clock, 13/12/2025, adalah 23 Jumadil Akhir 1447H di Arab Saudi. Tapi kat Malaysia pula 22 Jumadil Akhir 1447. Sedangkan kalau ikut urutan, Malaysia lebih dahulu berbanding Arab Saudi yang berbeza berjarak masa dalam 5 jam. Sejak sekian lama aku masih gagal mendapatkan jawaban yang tuntas mengenai keanihan ini. Dikatakan jumlah hari dalam setahun untuk kalendar hijr(354/355) adalah kurang dalam 11 hari berbanding dengan gregorian yang semua maklum berjumlah 365 hari dan 366 hari untuk tahun 'lompat' katanya setiap berselang 4 tahun. Okay-lah kita terima 'penerangan' pengiraan yang berbeza dimana kitaran bulan(lunar) digunakan untuk tahun Hijriah. Manakala kalendar Masehi ikut kitaran matahari(solar). Apa yang tak leh 'brain' sekarang ini kenapa lak di Arab Saudi sana tu lebih awal tarikhnya dari kita yang duduk kat Malaysia.
![]() |
| beza cuma 5 jam awal... |
Mengharungi Rejab...
Aku pernah wandering or menerawang memikirkan tentang penentuan Raya yang lebih dibubuh perut dari tarikh hari 'wuquf'. Nampak anak bulan Ramadhan maka berpuasalah kita. Bila 'intai' anak bulan Syawal, beraya sakanlah semua. Tapi apapun, tarikh penetapan melihat anak bulan dan permulaan puasa mahupun raya mesti dimulai oleh Arab. Even, andai kita 'claim' dah nampak dulu dan pernah berlaku sebelum ini, maka kelam kabutlah semua, lebih lebih lagilah bila nak raya. Ramadhan pula untuk kita ni di Malaysia, madang benar tak nampaknya. Dikatakan berpunca dari sehari awal dari Arab Saudi melihatnya. Maka menarik nafas 'lega' bilamana kita yang tidak tahu apa apa ni boleh makan makan untuk sehari lagi. Sebabnya Arab Saudi telah menetapkan sekian sekian hari untuk mulai berpuasa.
Dalam sejarah menyambut Ramadhan dan Syawal ni, belum pernah secara official-nya kita mendahului pak Arab. Biarkanlah mereka Raya dahulu walhal, kita 5 jam lebih dahulu dalam hitungan masa dari terbitnya matahari. Malah pihak pengurusan masjid Raudhatul Jannah, berbangga dapat menghadirkan imam yang semalamnya mengimami sembahyang raya di tanah Arab dan akan mengimami sembahyang raya di Melaka pula.
Terima ajelah hakikat ini.
Mudah kata kalau 13/12/2025 bersamaan 22 Jumadil akhir campur lagi 7 hari menjadikan hari ke 30, maka pada 20/12/2025 bersamaan hari Sabtu, lepas maghrib, dah masuk bulan Rejab. Insya-Allah, moga kedatangan Rejab diikuti pula dengan Syaban dapatlah kita menyiapkan diri mengharungi bulan Ramadhan yang amat dinanti-nantikan oleh mereka yang 'maklum' mengenainya. Esok malam beramai ramailah kita mengimarahkan masjid khariah memasing bersama sama memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar kita dipertemukan dengan Ramadhan Kareem.
Bagi aku yang kini dah lepasi 60 tahun ini, perlukah aku looked back ke masa lampau. Rasanya tidak malah aku perlu lebih fokus kehadapan agar 'kepulangan' aku nantinya, entah bila ketikanya, menjadi lebih bererti berkualiti. Apa yang lebih penting diri dirahmati OlehNya. Ibadat semata bukanlah 'tiket' mudah mendapat redha-Nya sedangkan ianya adalah kepatuhan kepada setiap suruhan dan hindari setiap larangan. Ikhlaskan diri mengabdikan diri kepadaNya serta mengharapkan kasihan belas dan dikurniakan rahmat-Nya untuk kita kembali ke tempat asal kita semua.
Sekian.


