14 FEBRUARY 2014, 01:02 PM
Selalunya sebelum aku berpergian ke masjid untuk berjamaah Jumaat, aku akan terlebih dahulu membaca teks khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) untuk setiap minggu. Malahan seminggu sebelum memasuki bulan yang baru, pihak berkenaan akan uploadkan teks khutbah untuk sebulan berikutnya. Dan selalunya, aku akan downloadkan pula kedalam folder yang aku ujudkan semata-mata khusus untuk khutbah yang diterbitkan oleh pihak agama negeri Melaka. Sebagai makluman juga telah hampir 2 tahun penuh aku menyimpannya sebagai koleksi peribadi dan akan sentiasa mengulang-bacanya kemudian hari nanti tatkala ketikanya bersesuaian. Tapi untuk bulan Februari ni pula aku terlewat untuk download walaupun telahpun tersedia di laman web jabatan. Apapun tidak terlewat untuk membaca serta mengulang baca sehingga benar-benar mengambil pengajaran dari maklumat yang pihak mereka ingin sampaikan.
Tajuk 'Mengawal Perbelanjaan Keluarga' untuk 06 Rabiul Akhir 1435H itu aku dengari sebaik mungkin serta se-attentive yang boleh. Walaupun ketika itu aku bercuti gantian serta datang awal ke masjid siap berkopiah dan berbaju melayu yang disiapkan oleh orang rumah ketikanya berRamadhan 1434H serta mencalitkan 'Minyak Anugerah' agar aromanya mententeramkan jiwa didalam situasinya mengadap Ilahi yang tentunya Rabbu Izzati. Banyak info yang dibacakan oleh Pak Imam sepertimana yang diharapkan oleh penulis khutbah untuk disampaikan kepada para makmum dan tentulah juga telah diluluskan oleh pihak yang mengawal selia butiran khutbah. Hakikatnya maklumat yang didengari sememangnya telah sedia maklum diketahui dan telahpun aku rasai serta alaminya. Antaranya, saranan tentang peripentingnya berbelanja secara bersederhana serta penghuraian cara yang seharusnya diikuti dan dibacakan juga hadis dan ayat al-quran sebagai pengukuhan unjuran Islam. Diingatkan tentang panduan berbelanja serta memberi tips untuk diikuti dan dipraktikan didalam kehidupan seharian. Off course, semua orang mahukan yang terbaik didalam kehidupan ini. Bercakap tentang sesuatu yang baik-baik amat dialu-alukan. Platform ini perlu digunakan sebaik mungkin. Kehadiran serta moment yang diwajibkan keatas kaum Adam untuk mendengar khutbah saban minggu perlulah semuanya memberi tumpuan dan mengunapakai segala saranan mahupun tegahan untuk manfaat bersama. Usaha secara kolektif dimana semua melakukan secara serentak sepatutnya akan menghadirkan suatu kesan yang positif didalam masyarakat. Semua orang mengimpikan sesuatu. Namun jika setakat impian sahaja dan tidak disertakan dengan usaha masakan boleh tercapai segala yang diimpikan. Even jika telah berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin pada pandangan sendiri, kejayaan tidak pula muncul-muncul malah makin tersiksa jadinya, dimanakah silapnya.
Terfikir pula difikiran, bagaimana timbulnya hal ini untuk diketengahkan dan dimaklumkan ke seluruh pelusuk negeri Melaka. Gerakan menyedarkan orangramai agar hemah berbelanja mungkin bertitik tolak dari kegilaan pesta menaikkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan bermula dari penghujung tahun lalu lagi dan berlanjutan sehingga awal tahun ini. Lepas gula dinaikkan kononnya untuk kurangkan bahaya kencing manis, kemudian tol pula lorat-lorat hendak dinaikkan serta dengan sombongnya pihak penguasa mengsyorkan, sila guna jalan alternatif jika tidak mahu bayar dan membawa kepada isu tarif elektrik yang dinaikkan dengan alasan dangkal pak menteri yang tidak akan membebankan orang perseorangan katanya. Tidakkah ada seorangpun dari para bijak pandai didalam bidang masing-masing yang punyai keberanian(guts) untuk menasihat sekurang-kurangnya kerana hendak menegur jauhlah sekali kerana takut diapa-apakan. Tapi dengan golongan bawahan iaitu golongan pekerja, belasah semacam aje serta sedikitpun tiada rasa bersalah. Snowball effectnya amatlah tidak terjangkakan oleh mereka yang wewenangnya menaikan apa sahaja yang boleh dinaikkan sehinggakan dilawakkan didalam laman sosial dengan penuh sinisnya. Antaranya menyatakan kehairanan, 'Di Malaysia ni semua barang naik harga, cuma gaji sahaja yang tidak naik-naik.'
Up till now, damaged had been done. Siapalah yang hendak perbetulinya. Nampak gayanya tagline, Rakyat didahulukan ...., memang benar-benar mendahulukan rakyat. Rakyatlah terlebih dahulu merasai bebanannya. Untuk memujuk dengan berselindung dengan cakap lawanya, demi mengurangi kesulitan rakyat, BR1M 3.0 akan ditaburkan kepada golongan berpendapatan dibawah RM4000. Aku juga layak untuk mendapatkannya kerana turut terperangkap didalam kesulitan yang 'diujudkan' ini. Yang pastinya diri sendirilah yang harus lebih proaktif didalam menangani persoalan ini. Gagal jayanya didalam membebaskan diri dari belenggu hutang dengan hemah berbelanja tidak berhenti setakat itu sahaja. Cumanya pihak yang mencadangkan penulis khutbah untuk menukilkan teks khutbah tidak pula memasukkan element Ketentuan Illahi. Bukan semua apa yang dilaksanakan akan berjaya. Gagal tentunya pasti, berjaya belum tahu lagi andai tidak direstui oleh-Nya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui.