Tuesday, October 21, 2008

Katakanlah

22/10/2008
Katakanlah(Uji & Hail)

L: Duhai gadisku mengapa lambat tiba
Lama sudah ku menanti
Ku sangka dikau terlupakan janjimu
Bimbang rasa hatiku

P: Maafkan daku membuat kau tertunggu
Bukannya aku sengaja
Pada ibuku malu hendak berkata
Ingin jumpa dengan mu

L: Mengapa sayang masih lagi sembunyi
Perkenalan yang mesra

P: Biar cintaku tiada siapa yang tahu
Rahsianya hatiku

L: Katakan saja dirimu dah berpunya

P: Akulah teman setia

L: Kalau setuju pada ibu dan ayah

P: Tunggulah hari bahgia

Dialog:
L: Hey Uji, Uji ….

P: Eeemm……

L: Uji sayang pada Hail tak?

P: Hail ni mengarutlah

L: He he he, Kenapa pulak mengarut …..

P: Alah bang…. cendana pulak

L: Iya kah …..
Hey Uji, hey …..
Nantilah dulu sayang
Nantilah dulu ….













Lagu ini aku sengaja perdengarkan kembali pada 18/10/2008. Sebelum tu semalam iaitu 17/10 adalah Hari Jumaat. Ianya merupakan hari off day aku. Manakala Sabtunya adalah hari dimana aku mengambil annual leave. Ada berbaki 10 hari lagi untuk menyampaikan hujung tahun. Bercuti dihujung minggu kalau ikut majority orang 'makan gaji' memanglah amat ditunggu-tunggu. Masa nilah untuk berehat dan yang berkemampuan pula, 'outing' bersama keluarga. Bagi yang bujang-bujang, biasanya inilah masanya untuk bersiar-siar dan berpeleseran bersama awek atau buah hati. Ketikanya untuk mengenali hati budi masing-masing. Kalau berkenan dan 'serasi' mungkin diteruskan. Kalau tak, dicuba lagi mencari pasangan yang sesuai dan yang terbaik antara yang berjaya dipikat oleh sang jantan.

Malangnya, walaupun duit gaji dah dapat, keutamaan mengatasi keperluan yang bersifat secondary. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kredit kad serta utility bills perlu dilangsaikan setiap penghujung bulan. Yang tinggal selepas tu barulah diuntukkan kepada keperluan harian @ household. Keperluan anak anak yang semakin membesar perlu difikirkan seserius yang boleh. Tiada lagi nak membazir tak tentu arah. Apatah lagi, setiap pergerakan memerlukan 'wang'. Tanpa wang bukannya tak boleh hidup. Tapi kehidupan kini memerlukan wang untuk apa jua aktiviti kehidupan.

Beralih kepada lagu 'Katakanlah' ni, memang dah lama nak diulaskan tapi tak kesampaian. Hinggalah kini, rasa-rasanya barulah ada ruang dan kesempatan untuk 'pertikai'kannya. Inilah aktiviti yang mampu aku buat pada hujung minggu yang tak melibatkan wang secara langsung. Kira-kira nak 'kemot' sikitlah. Bukannya berkira tapi kena budget bang.

Aku teringat kembali dizaman persekolahan dulu iaitu ketika di darjah 6 di BHES(2). Masa tu pada tahun 1976. Tahun enam, kami anggapkan tahun 'honeymoon'. Ini memandangkan ujian 'besar' untuk sekolah rendah dah lepas iaitu Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Banyak masa terluang disamping menghabiskan sukatan pelajaran darjah 6. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun untuk darjah 6 hanyalah sekadar mencukupkan syarat.Tak perlu rushing atau lebih tepat lagi tahun untuk bersantai.
Ini disebabkan keputusan Penilaian Darjah 5 menjadi asas untuk kemasukkan ke tingkatan 1. Aku hanya mampu mendapat 2A 3B. Tak cukup kuat untuk ke MRSM walaupun boleh memohon. Untuk ke High School pula disyaratkan memperolehi sekurang-kurangnya 3A. So, aku antara yang diserapkan ke sekolah yang baru dibuka iaitu SMAL, kependekkan kepada Sekolah Menengah Air Leleh.

Masa penghujung tahun akhir di sekolah rendah tu, masing-masing sibuk menyalin lirik lagu yang pop sekitar 70-an dan menyanyi sama-sama sebagai satu aktiviti. Masa tu belum ada lagi kemudahan photostat seperti sekarang ni. Ada yang berani tu sanggup ke depan kelas untuk mengalunkan lagu yang telah disalin untuk hiburan semua. Masa tu cikgupun dah jarang-jarang masuk ke kelas. Mamat yang kerap kedepan adalah yang ala-ala bapok, kalau tak silap Hamidon namanya. Siap dengan showmanship sekali. Kami kerap ketawakan apa saja yang dikira dan difikirkan lucu. Nak memasuki alam dewasa, almaklumlah semuanya dah di-khatankan. Sifat-sifat 'teruna' tu sikit-sikit mula menjelma dan ditunjukkan. Perubahan tak siapa yang boleh menahannya. Ianya datang sendiri lebih-lebih lagi yang biological sifatnya.
Anehnya masa tu, budak Cina dan juga India pun turut sama sibuk menyalin lirik lagu dan cuba-cuba nyanyikan apa yang mereka tulis. Terasa semuanya terlibat dalam aktiviti yang mampu menghilangkan rasa bosan tak belajar ketika itu. Tapi itu dulu …..,

Mengenai lagu yang hendak diperkatakan ni, rasa-rasanya terdapat sedikit kejanggalan. Terasa agak aneh bilamana yang perempuan pula yang ajak berdating. Yang berjanji nak jumpa tu dah le satu hal, yang si jantannya pula asyik remindkan buah hatinya akan pertemuan yang dijanjikan tu. Pada sekitar tahun hujung 70-an kalau benarlah seperti yang digambarkan dalam lagu 'Katakanlah' ni, bermakna telah mula merebaknya keruntuhan moral dikalangan remaja masa tu. Hakikat ni tak dinafikan memandangkan aku sendiri pernah melihat pasangan kekasih berdua-duaan di atas St. Paul hill suatu ketika sekitar 1976 tu. Masa tu, aku terpaksa menghadirkan diri sessi latihan Rumah Seladang atau warna 'Ungu' pada sebelah pagi. Ketika itu aku bersekolah di sesi petang. Takkan nak balik ke rumah pula. So, aku lepak-lepak dikawasan bukit St. Paul sementara menunggu waktu persekolahan. Ketika tu waktu hampir ke tengah hari. Terserempak dengan mereka berdua disatu sudut dengan kedua-duanya memandang kearah 'Memorial Kemerdekaan'. Tapi masa tu belum lagi dikenali dengan nama itu tapi merupakan 'Malacca Club'. Ada pub didalamnya. Dan lat beberapa meter saja dibawah tempat mereka berdiri dijendela tu, iaitu dicerun bukit, adalah tempat persemadian orang-orang Belanda. Mereka dalam lingkungan usia 20-an dengan budak lelaki tu macam 'Komando' Sg. Udang dengan crew cut-nya. Mamat yang memeluk dari belakang aweknya tu, sedang mengesel-geselkan 'awang damit'nya dijamban aweknya sambil merenung keluar. Sama ada pandang ke 'Memorial' atau ke kubur Belanda tak lah aku maklum. Yang peliknya, si betina tu diam aje bila diperlakukan begitu. Tapi yang pasti kedua-duanya tengah bayangkan syoknya ber'asmara' mungkin. Apapun, harap-harap mereka masih ber'nyawa' dan telah berkahwin dan berkeluarga. Usia merekapun kini mungkin dalam lingkungan awal 60-an.

Memikirkan apalagi mengkritik sesuatu yang tak sesuai dan serasi dengan norma-norma kehidupan masyarakat Melayu yang 'ideal' perlulah dilihat dari banyak aspek. Menyempitkan scope penganalisaan sesuatu perkara yang melingkungi kehidupan seseorang tanpa mengambil kira persoalan lain yang berkaitan bakal mengundang 'bias' dalam memberi cadangan atau usul untuk mengatasinya. Misalnya, dalam hal pergaulan bebas antara muda mudi ni, bukan setakat golongan remaja saja yang perlu diambil kira malah ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya perlu memainkan peranan masing-masing.

Tapi apa perlunya hendak bertemu ditempat yang 'mencurigakan'. Bukankah lebih elok dan manis dipandang kiranya bertandang kerumah si-dara kalau si-jantannya betul-betul gentleman. Mungkin juga ada element-element nak ambil kesempatan bila bertemu diluar. Bila mana terlepas dari pandangan orang tua dan berada disuatu tempat yang sunyi dan terpencil kedudukannya, macam-macam hal boleh berlaku seperti yang aku lihat sendiri tu. Yang ruginya si-betinalah. Kenapa hendak berjumpa diluar. Malu nak beritahu ibu pasal dah ada pak we tapi tak malu pulak bila ajak pak we berdating.
Nah! disini jelas, penulis lirik lagu ni, bahawa persoalan keagamaan dikesampingkan. Bila mana hukum-hukum agama dipandang remeh, masyarakat tidak lagi di'ikat' oleh nilai-nilai murni terbit dari pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama. Lebih parah lagi, individu yang dah 'baligh' tak mahu dan tak mampu mempelajari dan mendalami serta mempraktikkannya untuk kesejahteraan hidup didunia yang sedia maklum fana ini. Ditambah pula oleh pihak berkuasa yang tidak menyediakan prasarana yang efektif dalam persoalan ini serta tebalnya sifat sambil lewa kakitangan yang dipertanggungjawabkan, pastinya tak memungkinkan kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil buat kesejahteraan ummah seluruhnya.

Kalau setakat nak berjanji bersetia mengapa perlunya di tempat sedemikian. Siapa pula yang jadi saksi perjanjian tak rasmi ni. Siapa agaknya yang akan endorse-kan, bilamana berlaku dan timbulnya krisis atau mungkir-janji. Kan ke lebih elok, kalaulah dah berkenan sangat dengan anak orang tu, minta saja orang tua pinangkan sidia. Malah susur galur serta 'background' tentang keluarga sebelah perempuan akan dibriefkan dengan lebih mendalam oleh kaum kerabat. Ni tidak, ikut pandai-pandai sendiri. Boleh gitu? Tambahan pula, hujah yang diberikan oleh ibu dan bapa sendiri samada pilihan anaknya itu sesuai ke,padan ke atau apa ke tentulah untuk kebahgiaan sianak sendiri. Jarang sekali pilihan dan restu keluarga tu tak tepat dan tak serasi. Sekiranya terjadi juga, maka amat malanglah sianak dan mungkin juga dan perlulah dilihat sebagai ujian dari Allah s.w.t.

Yang pastinya, kembalilah kejalan yang diredhaiNya. Semoga perjalanan kehidupan kita diatas muka bumi ini menjadi ibadat dan dilimpahi rahmatNya sehinggalah ke hujung hayat.

Insya-Allah.