Wed, Nov 19th 2025
Kasar gurauannya
Semalam, aku keluar ke Family Store di Taman Pengkalan Impian(TPI) or I-Molek, membeli keperluan pembuatan karipap frozen. Mana yang boleh aku bantu, seharusnyalah aku membantu. Terlanjur dah keluar tu, aku melencung dahulu ke Alai. My obligation memastikan yang kakak tunggal aku ini dalam situasi sihat wa-afiat. Adalah dalam sekitar 20 minit lamanya disana, aku mohon beredar memandangkan azan zohor akan berkumandang seketika nanti.
Aku bergerak keluar dari tanah kelahiran aku ini mendatangi masjid. Antara masjid al-hakim atau masjid as-salimin yang mana kedua-duanya didalam laluan ke FS I-Molek iaitu cawangan terbaru rangkaian outlet Family Store. Ingat lagi tarikh pembukaannya pada 26/09/2025 bersamaan hari jumaat tu... Aku memilih masjid as-salimin yang berdepan dengan sekolah rendah kebangsaan kandang.
Seusai berjemaah zohor, aku bersegeralah ke FS I-Molek. Tapi ketika didalam kereta menunggukan 'temperature' jadi 'cool', aku tertarik dengan banner yang terpampang tergantung di pagar masjid. Ketika aku memarkir didepannya, tidaklah aku terperasan kerana bergegas ke dalam masjid. Aku terpaku dan fokus membaca apa yang mahu disampaikan via banner ber-backdrop putih.
![]() |
| iklan di pagar 'as-salihin' |
Bagi yang tiada perasaan apa apa, kehadiran banner ini hanyalah sekadar 'another' banner sahaja. Walau tahu dan tidak sesukar manapun perkataan yang dicetak untuk difahami tapi kalau tidak mahu bubuh perut, ianya sesia sahaja. Namun buat mereka yang faham dan sensitif tentulah akan hadirkan pelbagai reaksi spontan dan kalau difikirkan kemudiannya nanti pasti akan mampu melekat kejap dihati insan insan terpilih. Respond awal aku, 'Wah...gurau kasau AJK Masjid As-Salimin ni'.
Initiatif pihak masjid membuat banner yang seolah provoke ahli khariah untuk hadir berjemaah dimasjid memperlihatkan keadaan semasa yang kalaupun tidak turun ke tahap 'kritikal' akan kebimbangan trend orang setempat yang lekit untuk ke masjid. Berbeza dengan situasinya dimasa sebelum millinium dimana angkatan orang lama masih ramai dan kukuh patuh pada agama dan memastikan hadir ke masjid untuk sebilangan waktu sembahyang, meriah memakmurkan masjid.
Sekarang ini pula, at present time, angkatan aku lah pula yang menjadi pelapisnya iaitu generasi yang lahir sekitar 60an dan kini tentulah sudah berusia lebih dari 60 tahun. Aku tidaklah mahu menuding jari kepada sesiapa dalam perkara ini. Dikatakan, yang menjadi 'tetamu Allah' ini bukanlah sesaja tapi adalah insan yang dipilih olehNya. Berkesempatan berkelapangan tapi jika Allah tidak mengizinkan tak boleh jadi juga. Semuanya tergantung kepada ehsan dariNya.

No comments:
Post a Comment