Saturday, November 22, 2025

Jemput pulang

Jemput pulang


Hari ini aku ke Johor. Datang menjemput anak bongsu di Pasir Gudang. Cuti semester selama seminggu bermula sebaik tamatnya kuliahnya. Maklumat yang aku di-brief-kan oleh orang rumah menyegera menjemputnya lepas habis kelas menjelang tengahhari. Sejak dari Isnin lagi aku pintanya untuk double-confirm samada ada ataupun tiada perubahan masa. 


Sampailah masanya setibanya ke pekarangan masuk, tetiba lain pula yang jadi. Dalam pendakian, orang rumah menghubungi anaknya yang kami telahpun sampai dan sedang menghampiri Kolej Firdaus 3. Dia maklumkan untuk ambilnya lepas ujian sekitar pukul 4 petang nanti.


Masing masing buat silap. Kalaulah aku tahu tentulah aku terus ke rumah sewa yusuf di Taman Sri Bahagia, Tampoi terlebih dahulu. Tidak perlu berkejar ke Pasir Gudang sedangkan waktu zohor telah hampir. Lebih baik berjumaat di masjid di taman, makan tengahhari dan berehat seketika sebelum fetch-nya dari campus. Ini tidak, dah sampai destinasi dan dimaklumkan untuk jemput dalam pukul 4 selepas habis kelas. Ada ujian katanya. Salah menyalah antara anak beranak. Menurut alasan yaseer, dia ada beritahu untuk jemput sebelah petang. Manakala maklumat sebelumnya agar datang ambil lepas habis kelas sekitar 12:00 noon. 


Dua dua salah. Tiada permakluman balas dan saling memaklumi akan maklumat terkini. Hujung hujungnya, aku jugalah yang tanggung akibatnya. Bila dah sampai diperkarangan bawah blok Firdaus 2, aku bergerak ke masjid dalam kampus. Khutbah tengah dibacakan. Teringat zaman belajar masa di ITM, Shah Alam. Semuanya sebaya tidak jauh berjarak usia. Tapi hari ini, terasa muda lak. Duduk dalam shaf bakal bakal jurutera semuanya.


Selesai berjemaah Jumaat, menuju semula ke Alza. Tidak lengah lagi bergerak keluar dari kampus. Lat beberapa minit kemudian, Yaseer menalipon memaklumkan untuk angkut baju masuk ke dalam kereta. Tepuk dahi aku terlupa akan pesannya ketika aku berselisih menuju masjid sedangkan dia meluru dari arah masjid mendapatkan mamanya. Tentunya bila dihubungi. Minda aku gagal hadamkan maklumat yang sekilas pantas disampaikan sedang fokus aku lebih ke masjid.


Takkanlah hendak patah balik. Sudah jauh dari kampus. So, aku minta orang rumah yang sedang berhubungan dengannya sarankan untuk angkut sekali harung pada sebelah petang nanti. Ucop ada kat rumah. Kebetulan cuti. Biasanya keluar kerja shift dalam 6:00 petang. Sempat mamanya buatkan juadah makan tengahhari. Selesai makan, berehat nunggui Asar. Kemudian kembali ke kampus.


Bila selesai semua barang masuk dalam Alza, segeralah hit the road masuk highway Pasir Gudang ke rumah sewa Ucop semula. Esoknya baru balik ke Melaka. Lepas makan tengahhari, home cook. Untung ada master chef ikut bersama.


Singgah solat Asar di RnR Machap North Bound


Layankan selagi termampu. Sokongan dan bantuan yang termampu aku buat maka tidak teragak agaklah harus aku laksanakan. Bukan bermaksud memanjakan tapi kemudahan yang mampu aku adakan harus dimanfaatkan sepenuhnya. Zaman aku belajar dengan zaman anak amat ketara berbeza. Korban masa dan wang yang dibelanjakan demi pendidikan anak anak pada pandangan aku tiada kompromi. Harus yang terbaik disediakan.


Moga pengorbanan aku ini diberkati olehNya. Ameen.



No comments: