14/11/2025 19:44
Sekali lagi aku di-'arah'-kan untuk buat delivery ke Solok Gaung. Semalam malam, ada order masuk dari Limau Nipis Enterprise untuk 300pcs dan E-Tamar sebanyak 100pcs bilamana aku tanyai orang rumah yang menyiapkan mee kuah anaknya for sarapan malam. Pantas dijawabnya...ada. Respond spontan aku, alhamdulillah...rezeki nak masuk.
Dia maklumkan yang aku kena hantar karipap tu ke rumah Che' Ta pada pagi Jumaat tadi. Memang aku sudah agak dah. Siapa lagi yang mahu disuruhnya selain dari aku yang 'available'. Hendak harapkan Ucee atau Yaseer, keduanya telah masuk kampus pada awal October lagi. Permulaan semester baru memasing. Both of them akan buat 'job' penghantaran ke Solok Gaung bila diperlukan. Kalau bukan Ucee tentulah Yaseer. Andai hanya seorang sahaja yang ada dirumah ketika itu maka dialah yang akan ditugaskan. Manakala aku pula, jika tiada sesiapa yang boleh diharapkan maka akulah orangnya yang menjadi galang ganti. Sering aku membuat penghantaran ke outlet E-Tamar di 3 lokasi. Samada kat Duyung atau kat Bukit Piatu dan seringnya ke outlet diperkarangan Masjid Pengkalan Batu. Routine yang akan aku lalui tatkala sudah tidak kerja bergajian. Kini sudah mencecah hampir ke 3 tahun. Tidak dibenarkan pergi 'kerja' @ 60 yo bermula 02/02/2023 till to-date.
Evolusi masa seseorang dari mudanya dan terus meningkat usia serta perubahan keadaan semasa yang dinamik sifatnya mengakibatkan kita semua perlu mengadaptasi atau mensesuaikan diri untuk get along with the changes which due to be happened. Perubahan yang memangnya tidak dapat dielakkan atau ditahan tahan dari berlaku adalah mustahil dan tidak mampu menyekat malah terpaksa rela terima hakikat.
Dalam konteks penjaja 'sarapan pagi' tepi jalan yang buka meja berjualan pre-pack nasi lemak, mee goreng, bee hoon goreng siap dengan kuih muih sesuai untuk sarapan pagi adalah satu pandangan yang biasa setiap hari bekerja. Aku sendiri pernah saksikan ketikanya perlu hadir awal ketempat kerja sekitar 7:00 pagi di JJ samada meeting bulanan ke HQ di Maluri atau ada event 'besar' yang perlu set-up before store open for business at 10:00am. Kelihatanlah ramai orang yang bermotor dan berkereta menyinggahi gerai tepi jalan ini membeli 'juadah' sarapan dalam perjalanan ketempat kerja memasing. Dari dressing mereka, ketahuilah mereka adalah pekerja 'industri' shift pagi. Banyak kilang eletronik yang besar di Batu Berendam dan pastinyalah ramai yang resided sekitar bukit katil atau jauh kebelakang sikit mungkin Duyong mahupun Ayer Molek.
Memang rezeki tidak salah alamat. Selang beberapa meter antara satu sama lain di lokasi yang strategik, pelbagai gerai bersaing berjualan. Terlihatkan ada yang ramai kerumun singgah dan ada juga yang sendu tunggui 'rezeki'. Dapat aku agakkan, yang menyinggahi itu telah terbiasa akan rasa menu sarapannya berbanding yang lain, adalah customer berulang atau 'repetitive customer'. Mana yang serasi dan kena dengan 'tekak' maka gerai itulah yang jadi pilihan. Something yang normal kalau difikirkan.
Prime time mereka adalah sekitar 6:00am ke 9:00am. Sasaran pelanggan mereka pula berubah ikut masa. Sekitar 6 ke 7 pagi, adalah pekerja kilang. Manakala dari 7 membawa ke 9 pagi, ramainya adalah dari pekerja pejabat di sektor kerajaan ataupun swasta. Rata ratanya yang tidak sempat buat sarapan dirumah atas pelbagai sebab lah. Malas mungkin, tak sempat juga mungkin pasal hendak 'kejar' masa ke tempat kerja. Bujang lagilah, lebih suka beli dari buat. Ketikanya telah melepasi 9:00 pagi ke atas membawa ke tengahari, bilangan pembeli mendadaklah merosot. Mengharapkan mereka yang tidak bekerja atau orang pencen pula singgah membeli.
Semasa aku membelok mendaki bukit duyong, kelihatan gerai tepi bukit dah macam warong pak jabit dalam Zombie kampong pisang, bukan main ramai orang singgah makan. Ini kira time peak hour orang kita keluar minum pagi. Banyak huntong lorr. Asal makanan jualan sedap dan harga pula murah tentulah berdedai orang akan singgah mencuba. Lokasi lak betul betul tepi lampu isyarat hendak ke Semabok jika belok ke kiri jika dari Duyong.
Terdetik pula hendak lihat sambutan orang akan gerai jaja sarapan pagi yang ada di taman seri duyong, especially-nya gerai Tok Moh. Maklumlah waktu dah hendak ke 10:00 pagi. Aku memperlahankan kanchil cari makan aku yang kini berperanan dilelau untuk ke masjid saja, sambil mata memandang ke kanan. Semuanya duduk digerai memasing seolah menunggu nunggu kehadiran pelanggan 'tetap' mereka ataupun yang jenis 'walk-in'. Tok Moh menunduk di meja sambil 'layan' smartphone mungkin hendak hilangkan rasa 'boring' ketiadaan pengunjung ke gerainya itu. View tiktok kot.
Bro, apsal tak up-kan photo membuktikan statement lu. Aku sebenarnya tidak sampai hati hendak rakamkan 'moment' yang memilukan hati pada pandangan aku sahaja yang mungkin ter-over react atau cuma aku sahaja yang melebih lebih seolah aku pula yang alaminya. Rasanya penjaja dah sering dan sudah terbiasa dengan situasi sedemikian. Hidup ini, kata bebudak sekarang, 'memang keras'. Sugul memandang kosong dan setia disisi meja lipat bersusun jualan yang belum terlaku. Apa agaknya perasaan mereka ketika itu ekkk. Payah hendak aku gambarkan sedang masa terus bergerak pantas ke tengahari. Tidak habis berjualan, tentu sahaja keuntungan untuk hari itu makin menipis.
Aku tidak boleh hendak cakap apa. Inilah hakikat yang perlu dihadap. Orang meniaga akui ini. Ada turun naiknya. Tapi kalau 'trend' lepas 9:00 pagi terus terusan merosot, rasanya 'sesuatu' perlu dilakukan. Aku ker yang kena fikirkan...apa barang. Merekalah yang perlu ada initiatif untuk tangani masalah. Pandailah mereka fikirkan bagaimana harus santuni dengan cara paling ampuh. Periuk nasi kau orang-kan. Kalau kekal statik gitu gitu, tahukan pengakhirannya. Jika sahut cabaran atasi permasalahan, setidak tidaknya dapat perbaiki prestasi atau kalau kena caranya mungkin kebabom meletop dengan resepi masakan atau kombinasi barang niaga menepati selera.
Kita berusaha yang terbaik. Jangan berputus harap. Rezeki ni 'hadir' dalam bentuk yang tidak disangka sangka. Takdir Illahi atau ketetapanNya adalah yang terbaik dari segala apa yang kita rancangkan.
Segal yang berlaku itu bersebab. Hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas sesuatu perkara.
Moga yang 'terbaik' diperolehi kepada semua penjaja bangsa kita mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Insya-Allah...ameen.

No comments:
Post a Comment