Inang inang tak kembang
Sunday 26 May, 2024 @ 11:00pm
Teringat aku kembali pasal inang inang ini. Masa pemanduan balik ke rumah setelah menyelesaikan beberapa tugasan di bank pada pagi khamis(15/02/2024) dan selesai selepas itu bersantai santai sekitar Melaka, tidakpun turun dari kenderaan. Sekadar memantau keadaan yang mana makin pesat membangun. Terdapat banyaknya projek projek pembangunan baru dengan bangunan yang serba moden.
Aku memang bengang bilamana hajat ingin membantu sesama bangsa berniaga tapi lain pula yang jadi. Secara implied-nya apa yang dibeli adalah untuk menyumbang menggerakkan ekonomi orang kita. Aku bukanlah menyalahkan sesiapa tapi andai tidak beretika dalam berniaga, sesiapapun akan marah memaki hamun.
Sebenarnya aku berhasrat ke Imika cawangan Bandaraya Melaka yang betul betul berdepan dengan Aeon Bandaraya Melaka. Bila melihat luaran kedai bumiputra sepenuhnya ini terasa macam satu kebanggaan pada diri. Tentunya yang akan menyokong membantu pertingkatkan perniagaan komputer second-hand adalah sesama kita. Rasanya, bangsa Cina, boleh kerat jari-lah andai adalah cina yang tersesat memasuki premis perniagaan orang melayu. Mahu sahaja aku ingin memasuki premis kedai tapi aku tangguhkan ke hari lain yang lebih condusive untuk nengok nengok.
Aku bukannya 'bias' dalam persoalan sebegini. Lama dahulu aku telah luahkan kebimbangan akan betapa kuatnya hubungan sesama mereka untuk saling bantu membantu hampir dalam setiap aspeks kehidupan. Orang melayu tidak dipandang langsung akan keberadaan berselerakan hampir dimana mana pelusuk Semenanjung Tanah Melayu ini.
Sombong dan berlagak. Tidak menghormati langsung akan 'tuan' tanah tumpahnya darahku ini. Disudut lain pula, kita sebagai peribumi amat mudah kesian dan kasihan akan kedatangan mereka dahulunya berseluar cerut datang bertongkang atas 'muslihat' British dalam membantu penjajah barat ini yang tidak langsung mendapat kerjasama orang melayu dalam menjarah kekayaan negara. Hanya segelintir dari orang kita yang sanggup menjadi talibarut dan sanggup membuat onar melaga lagakan bangsanya sendiri demi menjayakan misi penjajahan orang barat ini.
Seusai selesainya bersembahyang, akupun bergerak pulang ke rumah. Aku sudah arahkan orang rumah untuk sediakan 'pajeri terung' disamping asam pedas kepala ikan parang dan juga soup tulang selangka yang dibeli di pasar besar Melaka pada Rabu pagi(14/02/2024)
Memandangkan hampir ke waktu zohor, aku melelau Alza ke Masjid Al-Azim. Masjid Negeri Melaka. Bersembahyang sunat tahiyatul masjid dan berbuatlah apa yang patut menunggui azan zohor dikumandangkan. Terus ke shaf paling depan bersiap sedia menantikan waktu zohor.
Aku tidak pernah serik. Sebelum kejadian inang inang tidak kembang untuk kedua kalinya ini, aku melorot membeli inang inang semasa di pasar MBMB bilamana peniaga kecil-kecilan merayu pengunjung yang hendak keluar dari pasar — 'Singgah beli encik...'. Aku sememangnya mudah dipujuk rayu apalagi dengan suara yang sayu sesayu mungkin. Mudah nau kesian kat orang. Jadinya akupun belilah 2 bungkus inang inang buat minum petang/malam.
Ketika melepak disofa menonton youtube content creator dari seberang yang banyak membuat reaction membanding-bandingkan Malaysia dengan Indonesia dalam banyak hal, tetiba orang rumah menjerit dari dapor. 'Abang dah kena tipu ni, Edah goreng tak kembang kembang pun'. Aku balas balik,'minyak belum cukup panas tu...'. 'Dah lama minyak ni panas, inang inang ini yang tak kembang' maklumnya lagi menafikan statement aku. Dia mengagak yang belum cukup kering lagi dijemur dah dibungkus berjualan. Dalam hati berkata, sampai hati kau orang jual barang yang tidak consumable...memang tak semengah betul, sampai aku yang dah tua ni pun sanggup kau 'main'.
Dah aku katakan tadi yang aku tidak pernah sering dan juga ikhlas mahu membantu peniaga orang kita lalu aku memberhentikan Alza selepas berjamaah dzohor di Al-Azim di Semabok. Tidak puashati, aku memcoba lagi membeli di premis tepi jalan kat Semabok pula. Namun, pengalaman yang sama juga aku alami. Aku lepaskan 'anger' aku, 'What the hell!...boleh mampus kalau dah macam ini'. Kejadian pertama pada pembelian awal Feb 2024 dan keduanya pada 23 Mei 2024. Perrrghhh, cam manalah hendak maju berdaya saing.
Terpaksa terima hakikat ini. Hendak buat macam mana. Aku sekadar luahkan 'concerned' aku sahaja. Bimbang tak meningkatlah niaga mereka kekal 'static', hidup segan mati tak mau. Eerrrmmm.
No comments:
Post a Comment