Coretan peribadi tentang apa yang berlaku dilingkungan (Berpandukan pengalaman/pengamatan serta pengetahuan yang sedikit cuma)
Sunday, May 26, 2024
Inang inang tak kembang
Friday, May 24, 2024
Makin menyenja... 'bahaya' menjadi tua
23 MAY 2024, 17:01
Makin menyenja... 'bahaya' menjadi tua
Semalam aku ikuti kuliah Maghrib Malam Rabu bimbingan Ustaz Abdul Rahman yang memberi kuliah agama berpandukan 'Riyadus Salihin' karangan Imam Nawawi. Selalunya kehadiran aku sekadar mendengar kuliah Maghrib menunggui Isyak. Pernah berhasratkan untuk mendapat membeli kitab yang digunapakai oleh ustaz dan makmum khariah aku ini @ pelajar membawa buku tebal karangang Imam Nawawi. Aku juga pernah surf di shopee akan kitab hadis yang aku perkatakan ini dijual. Harga cuma RM65.00 sebuah. Ada juga yang berbeza harga dan berbeza warna kulit kitab yang diperagakan. Ada juga yang pakai jilid. Ada jilid 1, jilid 2 dan jilid 3 yang lebih detail mengulas akan setiap hadis yang diperkatakan. Bukan setakat terhenti disini sahaja malah aku ke Peringgit kunjungi kedai Salleh Mohammad yang khusus menjual peralatan haji serta buku agama. Lagi pening memilih. Takut tidak sama yang digunakan di Masjid Raudhatuljannah. So, aku tangguhkan dahulu buat sementara waktu.
Hajat hendak mendapatkan sebuah beberapa minggu sebelum kedatangan Ramadhan 1445H diluar 'radar' pembelian kerana sibuk menyiapkan diri berpuasa. Tapi, keinginan datang semula dan melonjak bila pada malam semalam, malam Rabu, malam dimana aku hadir mendengar kuliahnya. Beliau menyuruh membuka halaman '508' dan membacakan sepotong hadis. Dipermulaan kuliahnya dia mengingatkan agar sering dan senantiasa berzikir mengingatkanNya diwaktu pagi dan juga diwaktu petang. Mengajak juga makmum yang hadir mengikutnya membaca zikir yang 'ringan' tapi besar pahalanya. Perlu dilazimkan membaca sekurang kurangnya 100X selepas Subuh dan 100X lagi selepas Asar mengingatkan. Setelah mengajak mengulang mengikuti lafaz yang dipimpinnya sebanyak 2X, dia membuat huraian yang bermakna untuk semua yang hadir mendengar memahami lebih jelas dan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan.
![]() |
Kulit bukunya...banyak versi |
In between dalam sejam kuliahnya itu, maka banyaklah zikir zikir yang dibaca dan diajak bersama membacanya agak ianya 'sinked' dalam pemikiran kita. Lain orang lain penerimaannya. Ada yang mudah faham. Ada yang sukar dan perlu mengulangbaca selalu. Aku lebih kearah golongan kedua iaitu perlu kerap mengulang membaca sehingga benar benar faham. Beruntunglah buat mereka yang 'briliant'. Sekali ajar, sekali maklumkan sahaja sudah faham. Aku untuk kekal attentive memang merasa amat sukar. Setakat duduk mendengar semata mana mungkin mampu untuk aku mengingat semua yang disampaikan. Memang aku sedikit 'old school' akan bab menuntut 'ilmu'. Banyak kali dan oleh 'ramai' arabic instructor di youtube menganjurkan agar kita membuat catatan dan sesuai unjuran perintah dari Allah swt, 'allamal bil qalam' dalam surah Al-Alaq.
Dalam kuliahnya pada minggu ini ada something yang amat deep telahannya. Dia menyatakan umur panjang semata tapi tidak memberi manfaat adalah sesuatu yang sia sia. Tidak mengetahui kenapa diri masih kekal hidup. Lebih mengharukan sudahlah hidup hayatnya panjang tapi menyusahkan orang lain. Biarpun ada anak yang mungkin boleh menjagai dirinya tapi apalah ertinya bila sendiri tidak mampu urusi keperluan diri. Segalanya perlu dibantu disebabkan tidak lagi kuat berdaya dan tentunya situation is going from bad to worst jika bertahun in bedridden. Dipenghujung huraiannya dia ungkapkan, Nauzubillah min zalik memohon semua yang ada fikirkan dalam dalam dan renungkanlah jauh jauh. Kat mana kedudukan 'semasa' kita.
Dalam tempohmasa terdekat ini, aku akan segera mendapatkan kitab 'Riyadus Salihin' nukilan Imam Nawawi yang digunapakai di masjid khariah aku. Tak perlulah hendak bertangguhkan lagi. At least, for the time being, dapatlah aku menatapi buku ini dan laksanakan apa yang patut dan perlu aku lakukan. Biarpun aku agak ketinggalan sedangkan mereka yang telah lagi lama mengikuti 'kuliah' ustaz Abdul Rahman ini dari awal halaman sehinggalah kini mungkin sudah jangkau setahun mahupun lebih, maklumat yang terkandung didalamnya bukanlah sudah 'basi' kerana segala hadis yang dibaca dihuraikannya adalah bermanfaat kepada semua kita.
Bagi yang kerap dan rajin membuka menelaah apatah lagi yang mengikuti pelbagai 'kuliah' hadis di banyak masjid berpandukan himpunan hadis yang dibukukan oleh 'perawi' ternama pastinya akan lebih kejap diingati. Aku yang bolehlah dianggap 'new-bie' biarpun dah melepasi 60 tahun tidak harus malu memulakan. Mencari ilmu adalah proses yang berterusan selagi hayat dikandung badan. Rasanya, banyak dah didengari akan ungkapan pasal mencari ilmu ini. Unjuran nabi saw misalnya dalam hadis, 'Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China'. Tidak janggal didengari. Aku sendiripun kerap mendengari cumanya aku tidaklah sampai berpeluang mengira jumlahnya akan ungkapan ini. Umumnya sudah banyak kali.
Insya-Allah.
Thursday, May 23, 2024
Ke pasar lagi
23 MAY 2024, 11:08
Ke pasar lagi
Perrghh...mengah nak menghabiskan semangkuk 'lontong'. Baru sahaja 'touch down', rasa macam hendak tercabut nyawa. Lepas keluarkan barangan yang dibeli kedalam rumah, tiba masanya untuk aku 'healing healing' di porch area berehat buat coretan 'harian'. Masa keluar kepasar dalam 9:00am, jarang bersarapan terlebih dahulu. Alasan yang paling kukuh dan berfakta ialah sejurus sarapan pastinya akan ke tandas melepaskan 'hajat'. Orang rumah sudah sedia maklum dan jarang bertanya hendak bersarapan ataupun tidak terlebih dahulu sebelum kepasar. Unless aku sendirilah yang request dia buatkan 'air' kalau teringin sangat hendak bersarapan dahulu.
Harus aku menyedari akan diri yang tidak mampu menelan banyak sekali hadap. Pasti akan ada tersisa tidak dihabiskan makanan yang dipesan. Tergerak dan sudah lama pula tidak menjamah 'lontong' sebagai juadah sarapan. Setelah dipersetujui, bergerak keluarlah dari pasar menuju outlet ke-dua 'Perhentian Kuih Traditional' di Semabok, AMJ, bersebelahan Petron Semabok. Spot terkini menggantikan Rashid Corner, Bkt Piatu, juga dilaluan AMJ yang telah lama tidak beroperasi bersebab bertukar 'pengurusan' dan lebih menumpukan kepada 'Seafood Restoran' beroperasi pada sebelah malam pula. Nasib baik ada kedai sarapan yang menyediakan menu 'lontong' walau tidak setandingan dengan yang aku pernah rasa kesedapannya di Rashid Corner. Tentulah tiada yang kekal. Makanya pengganti perlu dicari dan seketika ini telah menemui penggantinya.
Kunjungan ke pasar kali ini tiada yang berbezapun dari kunjungan sebelumnya. Tiada yang ketara berbeza. Cumanya pada kali ini aku lebih bersedia untuk merakamkan keadaan semasa didalam pasar. Orang tidaklah seramai manapun. Hari biasa, hari Khamis lagi. Keadaan tidak ramainya orang tidak memberi apa apa makna kepada aku kerana kitalah yang perlu menceriakan hari memasing. Kitalah yang membuatkan 'memorable' akan hari yang kita lalui.
Sebelum ini aku ada luahkan keresahan aku akan barangan jualan peniaga kecil kecilan ini atau small-scale trader yang tidak menepati piawaian. Begitupun, biarlah mereka sendiri 'learnt their lesson' the hard way akan kenapa lesu sangat niagaan mereka. Bilamana mereka sendiri menyedari dan bukannya orang lain menegur kelemahan yang melekat kejap maka perubahan yang drastik dan lebih bermakna akan hadir. Lambat atau cepatnya bergantung kepada kesungguhan hendak memajukan diri dalam bidang perniagaan.
![]() |
Inang inang...bila goreng tak kembang |
![]() |
Repeat beli tapai ubi with 'blue sticker' |
Sekiranya bilangan peniaga kecil yang punyai pendirian sedemikian, walaupun bersemangat tapi berniaga tanpa arah tuju yang jelas, maka akan lebih lamalah lagi untuk aku melihat menyaksikan bidang peruncitan khususnya dan perniagaan amnya dikuasi oleh orang kita. Ada umurkah aku lagi menunggui detik itu. Rentetan pemulauan yang digerakkan secara globally akan business entity yang membantu Zionis Israel membantai penduduk dan peribumi Palestine bermatlamatkan menghalau lalu 'claimed' tanah palestine itu adalah tanah mereka.
Aku secara peribadinya amat risaukan andai apa yang berlaku di Palestin terjadi dinegara tumpah darahku ini. Tidak mustahil untuk terjadi. Bilamana orang sebangsa aku tidak perkukuhkan kekuatan ekonomi dan menjadi dominan dalam semua aspeks kehidupan dan mudah pula diperkotak-katik dengan bangsa lain, bangsa pendatang, tunggukan sahajalah detiknya kita merempat dibumi sendiri. Lebih teruk dan hina lagi bila dihalau keluar dari tanah nenek moyang yang 'berani' menentang melawan penjajah dahulu. Sia sialah penentangan pejuangan mereka bila anak cucu yang ada dan ramai berjuta lemah semangat dan hilang sudah jatidiri.
Keberanian rakyat Palestin melawan kebiadapan Israel seharusnya menjadi 'wake-up' call untuk kita. Kesedaran dan simpati masyarakat dunia mengerakkan 'pemboikotan' kepada syarikat yang menyumbang dana peperangan israel yang kita disini turut ikut serta amat memberi impak. Setidak tidaknya, ada suara bantahan akan tindakan yang diluar norma kehidupan masyarakat moden.
Kita di Malaysia perlu bergerak ke 'next level' demi keterjaminan negara dari perkara yang tidak dijangkakan sepertimana yang telah dan sedang terjadi di Asia Barat itu. Orang mendatang tidak pernah akan cintakan negara ini sepertimana kita yang berkurun bertapak bermastautin. Kitalah yang harus pertahankan. Kita tidak harus lalai dan leka dengan keselesaan hidup dan kegemilangan sejarah silam.
Amat perlunya kita, orang Melayu yang mengaku Islam, bangkit bertolongan sesama dalam segenap aspeks kehidupan. Jangan dipedulikan lagi cakap cakap bangsa mendatang yang kononnya kita 'racists' terhadap mereka. Buktikan kekuatan yang telah ditunjukkan dan terbukti dalam memulaukan perniagaan yang menyumbang 'dana' peperangan Zionis berlanjutan kepada mereka yang sememangnya 'gunting dalam lipatan' dan menunggu masa untuk 'menindas' bangsa peribumi.
Even, sekarangpun bila mereka yang diberikan peluang bersiasah untuk tunjukkan keikhlasan kepada negara ini telah menghadirkan keresahan kepada kita. Apakah kita masih mahu bertolak ansur lagi. Bagi diri aku sendirilah, ada perkara yang boleh kita 'kompromi' dan ada perkara yang lebih penting tidak patut dikongsikan dengan golongan pendatang yang tidak mengenang budi.
Tanah Melayu untuk orang Melayu.
Wednesday, May 22, 2024
Kuini lepas makan tengahhari
Saturday, May 18, 2024
Kejutan Raya
11 MAY 2024, 21:41
Kejutan Raya
Aku tidak menjangkakan apatah lagi mengharapkan sesuatu dan dari sesiapapun jua sempena 'sambutan' raya pada tahun ini. Fokus adalah lebih terarah kepada persiapan ramadhan dan raya sebolehnya sama seperti tahun lalu atau lebih baik lagi dari apa yang telah selamanya aku persiapkan buat keluarga. Harapan dan apa yang hakikatnya berlaku adalah dua hal yang jarang benar menepati serapatnya. Ianya amat ketara pada tahun ini.
![]() |
Something special inside it...I know |
Tatkala aku jangkakan, kalau ikut perancangan, tahun ini harus meriah tapi malangnya suatu hal yang terlalu menyedihkan diri menimpa diri. Aku cuba melawan takdir yang menimpa, initially. Sebagai seorang Islam dan dugaan 'besar' ini haruslah aku terima penuh sabar biarpun bersedih yang teramat. Segala perancangan awal aku hilang begitu sahaja. Apa yang aku angankan agar menjadi kenangan 'manis' dalam perjalanan diri menuju akhir hayat rupanya seolah sedang bermimpi.
Apapun aku harus move-on sebaik tibanya masa persaraan aku. Manakala impian dan harapan mengiringinya bertukar kepada sesuatu yang tidak terlintas difikiran. Memang memilukan.
Tahun ini, sambutan Ramadhan dan persiapan Raya, biarpun tiada banyak yang berubah tapi ketara 'kesederhanaan' yang dipamirkan. Aku tidak bekerja lagi. Setiap hari sebermulanya 02/02/2024 bergerak begitu berlainan dari sebelumnya. Tiada terburu bergegas hendak ketempat kerja. Seusai bangun sedayanya aku cuba 'imitate' apa yang selalunya pesara 'kerajaan' lakukan sepertimana yang aku pernah lihat masa dikampong. Pola kehidupan seharian mereka sememangnya hampir sama biar berlainan tempat. Seolah 'universal' kelakuan gelagat buat mereka yang dipenghujung usia.
Tentunya akupun turut terpengaruh berkeadaan sebegini. Tiada janggalnya perlakuan yang tetiba berubah lepas bersara. Hari hari seterusnya, aku jalanilah sebagaimana seharusnya aku lakukan. Bercermat dalam berbelanja, bersegera mendatangi 'masjid' kedengaran azan dikumandangkan. Dalam masa yang sama aku lakukan apa yang ingin dan aku mahukan berangan sebelum menamati alam 'pekerjaan' makan gaji. Banyak yang aku 'longing'@sangat ingin hendak laku laksanakan. Antara sempat dengan tidaknya sahaja.
Antara minat aku dan kalau hendak dikatakan 'hobi' mungkin jugalah, adalah 'menulis' kisah peribadi. Semacam ada yang janggal andai seharipun tidak mencoret sesuatu. Hendak dikira terlalu 'obsess', tidaklah lagi sampai ke tahap itu tapi bunga bunganya dah nampak. Disamping itu juga aku turut pergiat dan perhebatkan lagi pembelajaran kendiri akan 'bahasa arab'. Memandangkan banyaknya masa tersedia, aku tidak lepaskan kesempatan untuk memastikan diri benar benar 'mantap' akan penguasaan bahasa arab al-quran agar pembacaan pemahaman al-quran aku ditahap yang 'sesuai' buat diri. Aku tidaklah anggap yang kedudukan aku dah 'advance level', berada ditahap intermediate pun sudah dikira satu pencapaian besar. Bila jarang berdampingan, dirasakan seolah masih diperingkat beginner. Terkial kial mengingatkan konsep dan kekadang yang paling asaspun boleh kelupaan.
Juganya minat aku kepada 'lagu' sejak zaman bebudak lagi macam tidak boleh hendak pisahkan. Suka dengar lelagu 60-an, biarpun dilahirkan pada 1964, yang mendayu sedihnya berselindung disebalik petikan gitar berirama yang rancak. Begitu jugalah bila di era 80-an, hampir semua genre lagu aku layan. Dari Rock Kapak, Dangdut, Pop Ballad, RnB juga lagu 'rapper' dipertengahan 90-an ketikanya aku melangkah masuk 'gerbang' perkahwinan pula. Lagu baru lepas millinium kurang aku beri perhatian. Sudah tidak sama zaman 'remaja' lagi. Aku sudah beralih ke alam berumahtangga perlukan komitmen yang lebih. Masa untuk 'hu ha hu ha' dah berakhir. Keinginan untuk mempelajari satu instrumen musik sampai sekarang ini masih belum bermula apatah lagi tercapai. Sukanya aku mendengar 'bunyi' bass guitar dalam setiap lagu. Lagi menonjol bunyinya maka makin aku gemari lagu tersebut. Keinginan makin teruja bilamana aku perdengarkan kembali lagu tahun 80-an yang kuat 'element' bassnya. Funky and groovy music yang didengari seolah memaksa aku untuk turut terlibat sama. Akan aku 'beli' satu bass guitar nanti sebagai sebahagian aktiviti 'harian' aku as to parsing time till you die. Ha ha ha...
Tidak kusangkakan pada pagi raya kali ini, anak aku yang nombor dua menghulurkan 'sampul' angpow lepas bersalaman dipagi yang mulia. Terkejut aku dibuatnya. Ucapan terima kasih mengiringi dan harapkan yang dirinya tabah hadapi rintangan masa hadapan. Kebiasaan sampul raya, tapi dia gunakan 'angpow' packet pula. Alasannya, cuma ada itu sahaja sampul 'wang' yang disimpan. Siap bertulis takut tertukar dengan 'pemberian' untuk adik adiknya. Bersyukur aku atas pemberiannya itu. Aku tidak bersangka apa-apa, cuma ianya 'simbolik' kenangi jasa aku agaknya. Mungkin juga sudah tiba masanya untuk dia sebagai anak kedua membuktikan dirinya sudah sedia memikul tanggungjawab keluarga.
Terasa diri sudah semakin tua menyampai kepenghujungnya. Aku tidak terus membuka sampulnya tapi menyimpannya di side-table didalam bilik. Berhasrat bercadang akan membukanya penuh debar pada penghujung 'syawal' nanti. Aku menghitung hari berdebar menunggu. Apa yang terselindung didalamnya. Adakah ianya berisi 'wang' and off course-lah duit raya. Berapa jumlahnya atau apakah yang berada didalamnya akan aku ketahui pada hari yang aku tetapkan iaitu hari ke 30 Syawal 1445H.
27 Syawal bersamaan hari Isnin 06 May 2024. Kira bodoh atau kira mudahnya hari terakhir Syawal tentulah pada Khamis 09 May 2024. So I'm waiting for the day to come-lah.
![]() |
27 Syawal on 06/5/24 |
![]() |
Amacam boleh 1Syawal nie |
![]() |
2 Zulkaidah @ 10/5/24 |
![]() |
Syawal 1445H, 29 hari je.. |
Malangnya pada pagi Khamis itu sebagai pembuktian, aku telah screenshot smartphone aku, muncullah 01 Syawal 1445H. Garu kepala aku seketika. Amacam boleh berpatah balik. Hilang akal ke hendak raya lagi. Kenapa begini jadinya. System 'crash' sampai dah naik biol. Kalau ikutkan kebiasaan, Malaysia ni jarang genap 30 hari berpuasa. Madang sahaja terkurang sehari. Terkurangpun bersebab. Kat Arab, orang tengok anak bulan Ramadhan betul betul pada petang 29 Syaaban selepas didakwanya anak bulan kelihatan jelas melihat . Tapi kita di Malaysia, tarikh melihat anak bulan Ramadhan telah ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Raja Raja adalah pada petang Ahad 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445H(ikut tarikh arab tahun sebelumnya) tapi jarang benar terlihatkan. Selisih masa antara Malaysia dengan Arab ni dalam 5 jam. Kalau 10 pagi, kita, mereka pula baru 5:00am. Bermaksud kita awal dari mereka. Kebiasaannya kalendar kita-lah yang akan kelam kabut berselisih 'satu' hari untuk Ramadhan dan juga Raya. Kalendar orang Nasrani apa ada kena mengena. Memang tidak berubah. Saban tahun memang perkara yang sama berlaku.
Rujuk...sebagai percambahan minda.
Muslims to look out for Ramadan crescent
https://www.arabnews.com/node/2473406/saudi-arabia
Raya kita...
Mungkinkah sampai bila bilapun akan begitu. Aku ada perhati aje...
Friday, May 17, 2024
Hasrat tak Kesampaian
Thursday, 16 May 2024 15:00
Entah macammana, sehabis selesai membuat latihtubi pasal 'arabic madina' pada sebelah pagi tadi, aku ambil 'sikit' masa sahaja surf lagu lagu yang 'deep' kemelayuannya. Aku terhenti di paparan youtube 'lody tambunan' yang suka mendendangkan lagu melayu yang 'slow mendayu' seolah kena dengan mood aku. Dilonggokkan dalam koleksi album melayu nostalgia untuk viewing youtuber. Klik bukan sebarang klik, klik yang membawa 'income' kepada yang kreatif menjadi 'content creator'.
Dari satu lagu ke satu lagu aku dengari biarpun sekejap sekejap, bukannya full song. Tetiba tergeraklah untuk aku download koleksi pilihan lagu nyanyian Mas Lody Tambunan untuk pendengaran berformat 'mp3'. Cadangnya untuk aku mainkan didalam kenderaan semasa pemanduan. Sehingga sekarang ini aku banyak putarkan 60-an nyanyian 'tok moh' menggunakan mp3 disc yang aku beli masa era compact disc tengah meletop letop. Seketika ini memang sukar hendak mencarinya dipasar pasar malam malah di kiosk dalam 'mall'. Eranya sudah lama berlalu.
Silih berganti dan perubahan tiada sesiapapun mampu menahannya. Tergeraklah untuk aku simpan lagu yang aku download ini samada dalam bentuk 'pendrive' atau micro sd card yang ada dalam simpanan aku. Storage yang pelbagai ini memudahkan tapi jarang aku menggunapakai. Sebabnya 'storage' kat computer, kat chromebook dan kat tablet yang aku rotate penggunaan mengikut kesesuaian amat besar.
Aku ingin me-relive-kan balik micro sd card yang aku ada, tergolek dalam mini container yang aku convert jadi organizer menyimpan small accessories dan gadgets. Simpan sesajapun tidak memberi faedah. Lagipun main pakai Cd ini ada juga kelemahannya. Tercalar sikit, sound jadi distorted dan lagu yang kedengaran seperti tersekat sekat. Kekadang langsung hilang undetected tidak berbunyi. Laser pick-up lens mungkin bermasalah hendak baca 'data', aku rasa.
Satu persatu koleksi lagu yang dikumpulkan dalam 'Nostalgia Lagu Melayu' No.1, 2 , 3 dan Koleksi lainnya aku download. Bukannya lama sangat, sekejapan sahaja sudah 'complete download' appeared di upper right corner, icon 'download' akan pop-up notified aku.
Tertekan pula akan lagu era 80-an tangkaq sendu sayu penyanyi indon by name of Christine Panjaitan untuk lagu 'Jangan Sakiti Hatinya'. Layan full song dia. Kemudian meleret pula pada lagu yang sama genre iaitu pop ballad dari penyanyi seangkatannya yang sesama dikenali pada era 80-an itu. Kalau aku download dan layan dalam kereta ni, bagus jugak. So, leka-lah dengau dari satu lagu ke satu lagu sambil mencatat nama penyanyi dan tajuk lagu yang didengari sekejap dan pilih mana yang berkenan. Tup tup dah menghampiri pukul 1:00pm. Dalam 15 minit lagi, dah nak Zohor.
Tinggalkan segera, berwuduk dan terus ke Masjid. Aku sudah buat perancangan lain. Lepas sembahyang akan terus ke Melaka Mall menuju Mr D.I.Y.. Misi hendak cari MicroSD adapter/reader untuk kegunaan di kereta.
![]() |
Tak bukak pulak...hari ini |
Tepatlah kata orang, kita mampu merancang, tapi Tuhan-lah or God yang menentukan. In english, terbiasa dengan Allah The All-Mighty. Setibanya diperkarangan ground floor Melaka Mall, tiada ramaipun pengunjung. Mungkin tengahhari dan hari bekerja pula. Suasana di kompleks yang dibuka dan sama sama naik masa Aeon Ayer Keroh telah mulai beroperasi pada 18/10/1991 tidak mampu membayangi kehebatan Aeon. Bukan hendak self-proclaimed tapi itulah kenyataannya. Sugul dan sendu. Parkson pernah beroperasi seketika pada awal pembukaan Melaka Mall. Menarik diri mungkin tidak mampu hendak 'breakeven' operational cost dengan revenue. Penangan Aeon cukup dominan dan perlu tarik diri dari bersaing.
Bergegas berjalan laju menuju menaiki 'escalator' dari basement ke ground floor. Terperasankan Najib, ex-promoter masa di Aeon duduk merenung sesuatu dimeja dan ternyata benar sangkaan aku, sedang leka layan smartphonenya. Hampiri dan beri 'opening remarks' universal, Assalamualaikum...tersentak dan membalas salam aku itu. Aku tanyakan dirinya kenapa shutter Mr D.I.Y tak naik habis, lagi dideretkan pula customer trolley seolah tidak membenarkan customer untuk masuk. Segera dibalasnya yang mereka tengah buat 'stocktake' macam JJ juga-lah. Oooo..macam tu ya. Misi tidak tercapai.
![]() |
Cekal hadapi dugaan hidup |
Terlanjur sudah berada didepannya yang bertugas mengawal selia kawasan di pejabat MPHJ dan ketika itu tiada pergerakan pelanggan mahupun petugas MPHJ yang keluar berehat 'lunch', aku ambil kesempatan bertanya beberapa perkara dan 'inquisitive info' memuaskan kekaburan aku terhadap dirinya yang lama tidak bertemu. Menjadi kehairanan aku juga sebelum ini, beberapa bulan semasa ditahun 2023, dia memandu proton saga baru dengan 'multi-media entertainment' terpatuk didashboard. Satu pencapaian buat dirinya bergaya memandu kereta baru ketika berselisih mencari parkir didalam compound MBMB hadir ke satu jemputan majlis perkahwinan.
Aku sudah beberapa kali menemuinya di Melaka Mall tapi tidak berkesempatan berborak lebih lebih kerana mungkin dia tengah bertugas. Kunjungan aku ke Melaka Mall pada suatu hari ditahun ini, tentulah lepas dah tak bekerja, terperasan dan teragak agak hendak menegur. Bila dia dah yakin, segeralah dia menghampiri menegur. Akupun sempatlah bertanya kahabar perihal perkembangan dirinya. Katanya ketika itu dia telah membeli 'townhouse' di Durian Tunggal dekat RM200K under pemaju 'Scientex'. Berbangga aku bila mendengarkan perkhabaran ini sambil maklumkan 'buat' assest kerana setahu aku dia menghuni rumah pusaka orang tuanya, Dr. Hassan, di Bukit Baru. Beliau ini ialah dalam setandan kelapa kekadang ada juga yang tidak 'berapa' okay....kelapa komeng, senang cakap tak berselindung. Selama aku mengenalinya dan dia juga telah mesra dengan aku bilamana aku 'petik' nama abang dia si Hisyam masa kat GPMS dan abangnya yang punyai 2 lot rumah bergandingan di taman yang aku duduki sekarangnya membuatkan dia 'selesa' berbual dengan aku.
Kali ini, dengan tutupnya Mr. D.I.Y. untuk kerja kerja pengiraan stoknya yang tidak aku jangka pada hari ini, aku ambil peluang berborak panjang dan cuba sedayanya dapatkan info yang aku mahukan. Maklumkan yang dia cuma ada 2 anak yang berjarak usia antara keduanya. Masih menduduki rumah pusaka bersama ibunya yang masih sihat. Komen aku, untunglah rumah tidak perlu kena bayar, rumah sendiri rumah pusaka. Rumah di Durian Tunggal yang telah siap menurutnya, anak dia yang 'kecil' tanya kenapa tidak pindah ke sana atau sekali sekala pada hujung minggu untuk singgah berehat. Tapi bagi aku dan seperti ramalan aku, dia menyewakan kepada orang dengan kadar sewa RM600 sebulan. Dia bayar kat bank dalam RM750 maka dia cuma perlu top-up RM150 sahaja. Aku tabik dengan 'strategi' yang diambilnya. Sekurang kurangnya dia ada' property' bila tidak bekerja lagi. As a security guard berkereta proton baru dan dengan gaji yang diperolehinya mungkin sukar hendak rolling from month to month. Bukanlah hendak merendah rendahkan tapi kegigihan dan ketabahan mengharungi penghidupan sehari hari tidak kesal 'nasib'nya tidak sebaik abang dan kakaknya sesuatu yang patut dicontohi.
![]() |
180K di Scientex Durian Tunggal |
![]() |
Terkini ada subsidi...banyak tu |
Cara dia bercakap dan bergurau tidak menampakkan dia seorang yang serius. Jenis happy go lucky. Usia dah dipertengahan 40-an. Anaknya yang kecil masih disekolah rendah. Bayangkanlah berapa tahun lagi dia perlu bekerja biarpun 'mandatory retirement' pekerja swasta kini adalah 60 tahun. Sikap dan semangat yang beliau tunjukkan dalam mencari penghasilan untuk keluarga moga dipermudahkan oleh Allah swt.
Harapan aku agar dia tidak hadapi hal yang memudaratkan diri sehingga menyulitkan 'tanggungjawab'-nya sebagai ketua keluarga. Betul abang dan kakaknya yang lebih berjaya dalam kehidupan mereka tentulah tidak akan membiarkan adik bongsunya tersepit dalam kesulitan. Dia, bagi aku adalah seorang self-reliance, dan pertolongan yang didambakan dari adik beradik dan masyarakat sekelilingnya adalah consider sebagai 'last resort' semata.
Ameen...Ya Allah, makbulkan permintaan hambaMu ini.
Jangan suka bertangguh
Jangan suka bertangguh
Wednesday, May 15, 2024
Risau memikirkan
Aku ke Alai selepas ambil jam 'gior parragamo' yang dihantar ke outlet-nya kembali pada 16/04/2024. Tidakpun desperate hendak ambil sesegera mungkin. Peranan 'jam' bagi diri akulah sudah becoming less significant. Senantiasa sahaja setiap dari kita akan membawa bersama akan 'smartphone' pula. Sesuatu yang 'in-thing' nowadays, macam terpampangnya 'pager' dipinggang seluar masa era awal 80-an. Berbeza dengan jam, phone yang menjadi semakin kedepan disebabkan pelbagai hal yang associated yang tidak pernah terfikirkan dahulu. Jam sekadar menunjukkan waktu 'semasa' sedangkan smartphone boleh access perkhabaran terkini 'kerabat dan handai' dengan membuat panggilan biasa dan juga 'video call'. Tidak perlu aku elaborate lebih detail bagaimana wajah orang yang kita hubungi itu terlihat di phone kita. Canggihkan sekarang. Begitu jugalah andai hendak mengetahui 'news' akan apa yang tengah berlaku. Sekelipan masa sahaja boleh kita ketahui. Buka sahaja, youtube, whatsApps, Tiktok dan banyak lagilah medium pengantaraan untuk capaian maklumat tentang apa sahaja topik dan perkara.
![]() |
hadir... |
So, sebagaimana yang dijanjikan aku hadir di outlet-nya didalam premise Aeon yang pernah aku berada bergelumang lebih 30 tahun bersamanya. Sesampai sahaja di kaunternya, aku serahkan invoice pembayaran yang diminta masa penyerahan 'jam' yang tidak berfungsi. Paying 'cost' of repair in advance. Hampir sebulan untuk serahan kembali kepada aku walaupun dia, Aisha, anggarkan sekitar 2 ke 3 minggu sahaja. Aku tidak kisahkan pun cepat lambatnya disiapkan. Asalkan ianya kembali berfungsi seharusnya. Itu sahaja.
Betul kata...Tok Moh.
Setibanya aku di 'rumah pusaka' yang telah diupgradekan, risau juga andai kakak tunggal aku tiada dirumah bila dari kejauhan macam 'sunyi' sahaja. Sekadar datang menjengah. Melihat sendiri kondisi dirinya. Maklumlah bila telah berusia, macam macam hal yang mungkin datang menguji. Kita harus redha dengan apa sahaja yang telah Allah swt tetapkan pada diri. Tiada ertinya untuk garu kepala yang tidak gatal memikirkan sesuatu yang terjadi. Semuanya mengikut ketetapan dariNya. Tidaklah aku harus berbangga masih muda biarpun berjarak usia dalam sembilan tahun berselisih dengannya. Selalu kita dengarkan umur 'is just number' tapi kondisi semasa adalah yang lebih kita risaukan. Muda tidak semestinya 'cergas' sihat. Begitu jugalah tua tidak patut rigid dianggap lemah tidak berdaya. Memasing adalah apa yang dimiliki seketika itu.
Aku harus akui keadaan terkini yang kita sendiri alami. Melalak merintih atas apa yang dihadapi bukanlah seorang 'pejuang' namanya. Kena tabah harungi cabaran 'exclusively' untuk diri. Semasa memandu keluar dari Aeon Ayer Keroh, tetiba kepala semacam pening kepanasan dengan mata macam 'blurr' dengan pegang stereng tidak terasa. Seolah 'jammed' seketika. Agaknya dari situasi sejuk ber-air-cond didalam bangunan dan mengejut pula berbahang panas diatas jalan memungkinkan terjadinya apa yang aku alami. Gagahkan juga memandu sampailah ke kampong halaman aku, dilahir dibesarkan. Baru sikit sahaja diuji sudah tidak selesa. Macammana agaknya bila ujian lebih berat menimpa. Tidak mampu aku gambarkan 'saat' datangnya. Kelihatan sunyi sahaja diperhatikan dari kejauhan. Menghampiri pintu, aku pun ucapkan salam seraya menjenguk di tingkat. Jelas terlihatkan tengah tertunduk tunduk membetuli tali gawai yang bersimpul menjadi elok semula. Rupanya tengah 'rancak' berborak dengan seseorang. Bila aku zoom-in ternyata dirinya adalah orang sekampong dan bukan orang lainpun, x-wife Pak Lang, yang pernah hadir mendiami dirumah pusaka ni masa mereka baru berkahwin. Kisah yang menyelubungi 'mereka' biarlah dan tidak perlulah aku nyatakan dan menjadi 'pengalaman' untuk aku renung dan bermuhasabah dengan peristiwa itu.
Apa yang aku tak boleh 'brain', ikut cakap bebudak sekarang ni, bila berulang ulang cakap kat kakak aku biarpun dia cuma tunduk buat kerja 'baiki' gawai yang teruk bersimpul. Sabar kau ya kiah, kalau aku, memang tak sanggup lah. Hanya sekadar mendengarkan saja perbualan mereka yang masa aku menjengah di tingkap agak serius juga bunyi tapi tidak tahu biji butirnya.
Tatkala aku masuk, cepat Kak Sita bertanya, 'Jaini tak kerja hari ini...' Pantas aku menjawab,' Dah lama melingkop...'. Tercengang dia seketika sambil kakak aku senyum senyum maklumkan yang aku dah bersara makan gaji. Barulah dia menggangguk tanda faham. Muka yang sedikit tension mulai kendur tersenyum. Lepas bertanya khabar dan borak santai, aku berdiam sambil intai fb kat phone aku. Nada berborak dan tempo yang tadinya serius seolah tersekat sekat. Bualan semacam hambar saja. Mungkin kehadiran aku merencatkan mereka berbual. Aku sekadar mendengar perbualan mereka tidak serancak sebelum ini.
Adalah dalam 5 minit berikutnya, aku bangun beralasan hendak berjumpa dengan Pak Chu, sepupu aku, yang 3 tahun lebih senior dari aku. Kehadiran aku mungkin tidak menyelesakan berborak. Aku mengerti dan amat faham hal ini.
Tapi aku agak terkilan dia seolah 'hina' kakak aku secara halus berdepan dengan luahan ucapan melihatkan 'realiti' sekarang. Penyabar orangnya, sanggup ambil masa hendak siapkan kerja serumit ini. Kalau akulah memang tak sanggup aku. Itulah diulang dan bervariasi pula intonasinya. Sesekali menyahut juga kakak aku, kalau ada duit tentulah tak buat kerja macam ini, bersuara lemah kedalam.
Dia yang datang singgah perasan yang situasinya sedikit bernasib baik. Punyai kelebihan dalam banyak aspeks berbanding dengan kakak tunggal aku ini. Aku tidak mampu hendak sanggah statement yang dihamburkan. Dia menyimpulkan apa yang dilihatnya dengan membuat kenyataan itu. Hendak sahaja aku 'tembak' balik kat dia, cuma aku hormat dia sebagai pernah menjadi kakak ipar dan tidak mahulah mengeruhkan keadaan.
Perlu redha akan ketentuan dariNya. Esok esok, kita tidak akan pernah tahu bagaimana keadaan memasing.