31 DECEMBER 2025, 02:23 PM
Menjelang ambang 2026
Pejam celik pejam celik, takut gak...pejam tak celik celik, kita or only me alone yang terlebih concerned untuk menginjaki tahun baru esok. Apa yang telah di-'untuk'-kan buat diri hanya Dia-lah Yang Maha Merancang dan Maha Mengetahui. Berlebihan bimbangpun tidak memungkinkan yang kita tidak ditimpa ujian. Malah setiap masa sehinggalah kehujung nyawa nanti silih bergantinya cabaran dan rintangan yang harus di hadapi.
Selepas keluar dari bilik air untuk mandi pagi, aku ajukan cadangan untuk buat tomyam sebagai menu makan tengahhari. Orang rumahpun segera menyetujui cadangan yang tetiba terpacul keluar. Tekak nak lak rasa yang masam masam. Sudah selalu sangat ngan asam pedas selang sehari disiapkan untuk makan tengahari. Mungkin dah tiba masanya untuk 'try' tom yam pula. Dia mengingatkan agar keluar dapatkan 'paste' tom yam. Yang sedia ada, ucop dah bawa balik ke rumah sewanya.
Lepas bersarapankan mee goreng 'mamak' homemade dan kodok pisang, santai santailah seketika menanti untuk 'melepas' dek makan ubat hari hari. Memang dah agak, sebaik makan ubat yang di-prescribe doktor, pasti ke jamban. Memang power ubat yang harus aku kena ambil saban hari ini. Andai aku 'skip' walau seharipun, badan akan terasa kurang selesa. Makna kata, tidak boleh saja saja untuk culas dari makan ubat. Aku maklumkan yang aku akan keluar mendapatkan tom yam paste setelah selesai urusan 'mother's call'.
Aku melelau Alza yang sudah dua hari tidak bergerak. Dah terlanjur keluar, berhasrat berkunjung berziarah kakak tunggal aku yang mendiami rumah pusaka yang telah di-upgrade. Nasib baik dia ada dirumah. Selalu sangat bila berkunjungan, dia tiada dirumah. Sejak Nafi dah tekun bekerja sebagai JnT dispatcher, dia seolah 'patah' kaki. Tiada sesiapa yang hendak bawanya kerana Tiqah pun bekerja juga. So, pergerakkannya terhad di hujung minggu sahaja. Hari 'bekerja', so sorry, tidak berpeluang untuk kesana kesini.
Lagipun dengan usia yang kian lanjut, sejujurnya pada pandangan aku, adalah lebih elok banyakkan masa dirumah. Kelahiran 1955 dan kini berumur 71 tahun adalah tidak pantas 'berkeliaran' tanpa apa apa urusan penting. Aku berbual kosong saja. Bertanya, dari mana. Aku khabarkan dari rumah. Keluar nipun pasal hendak cari tom yam paste. Selalu nau pekena asam pedas, sekali sekala hendak juga nasi putih tomyam. Giliran aku pula bertanya, okay tak mee rojak dan rojak Ali Lido. Oh, Nafi dapat rojak sedangkan dia ambil mee rojak. Dua bungkus yang aku bawa pada Isnin lepas hantarkan sampel kahak, ambil darah dan x-ray untuk appoinment dengan doktor pada jumaat nanti, rupanya sebungkus disimpan untuk anak Nyah-nya. Aku ingatkan dia makan dengan Abang Razak. Aku maklumkan juga, yang si Edah tu cadangkan bawa balik mee rojak yang sebelum ini dimakan berdua lepas hantarkan untuk servis mesin rumput pak lang beberapa minggu terdahulu. Agaknya, baik rasanya.
Dalam berborak tu, masa dah hendak masuk zohor. Aku mohon untuk segera ke masjid dan lepas tu baru singgah kedai 'Family Store' untuk dapatkan benda Allah tu. Antara masjid Al-Hakim, Pengkalan Renggam dan masjid Al-Salimin, Kandang, aku berhenti di masjid depan sekolah kandang tu. Azan masih berkumandang lagi belum selesai. Parkir-lah diluar perkarangan masjid. Tertarik pula aku dengan signboard sepertimana yang aku snap sebelum keluar dari kereta.
![]() |
| Tertampar...beb |
Reaksi orang yang membacanya tentunya pelbagai. Bagi yang faham dan deep terasa, tentulah ingatan ini amat mengesankan. Mungkin juga sebahagian yang lain yang boleh membaca dan faham akan apa yang dimaksudkan cuma sekadar membacanya sahaja. Tidak terkesan dan tidak ambil peduli. Kalaulah tahap kepedulian semua orang 'tinggi', tentulah ramai yang berjemaah di masjid. I'm in doubt actually akan seramai manakah untuk setiap khariah yang heed the 'advice' untuk meramaikan sembahyang Isyak dan Subuh.
Aku secara peribadinya amat gusar untuk senantiasa hadir berjemaah isyak dan subuh saban hari. Memanglah menjadi satu obligation buat setiap lelaki untuk berjemaah sebaiknya di masjid. Untuk sebilangan waktu sembahyang kalau tiada berjemaah, maka seluruh khariah akan dipersoalkan. Terasa berat. Tapi andai kepatuhan kepada setiap arahan Dari-Nya tidak berbelah bahagi, ianya tidak mendatangkan sebarang masalah. Malah terasa ringan sahaja dan diri akan senantiasa diberi ruang masa untuk hadir berjemaah.
Ada pula yang beralasan, hanya mereka yang terpilih dijemput menjadi 'tetamu' Allah. Betul lah tu. Tapi adakah kita sekadar maklumi 'statement' ini tanpa adanya initiatif agar nama kita juga termasuk dalam 'list' tetamu Allah. Analogy-nya, bila melihatkan seseorang berkemampuan berumah banglo dan berkereta mewah, auto pantas-nya kitapun hendak jadi sepertinya. Mengigal gigal bertanya rahsia resepi 'kejayaan', macam tidak boleh ditangguh tangguh mahu tahu caranya. Apakah setelah ketahui segala macam hardship yang harus dilalui bertahun tahun lamanya sebelum berjaya keluar dari kemelut 'kemiskinan', mampu dijejaki dituruti olehnya. Kalau mudah mengalah dengan masalah dan cabaran dan tidak sanggup tanggungi bebanan, sekadar 'wish' sahajalah selamanya. 'Kalaulah aku kaya sepertinya, macam dunia ni ana yang punya'. Beranganlah.
Moga aku kembali sedar untuk merapatkan diri atau bertaqqarub dengan Allah. Masa yang aku adapun dan semakin singkat. Takkanlah hendak berdalih lagi.

No comments:
Post a Comment