Monday, September 23, 2024

23 haribulan

23 SEPTEMBER 2024, 13:31

Tibanya tarikh ini setiap bulan, menjadi keutamaan untuk jelaskan ansuran Alza. Sejak 2 bulan yang telah berlalu ini, anak aku telah dahulukan pembayaran untuk July dan August. Hari ini merupakan ketiga kalinya. Belum ada lagi perkhabaran darinya yang kini bermastautin di Tampoi.


Aku berharapkan yang dia ingat akan keperluan membuat bayaran ansuran. Untuk memaklumkan secara terus mungkin akan serabutkan lagi suasana hendak menyesuaikan diri ditempat baru. Ikutkan, hari ini adalah hari pertama dia 'keluar' bekerja ke Infineon Singapore tanpa sesiapapun mengiringi kepergiannya ke sana. Aku berharap segalanya berjalan lancar. Tiada masalah besar yang melengahkan. Terhindar juga dari hal remeh yang sepatutnya dapat dielakkan. Apa yang paling pasti semoga sampai ke destinasi 'on time'.


Diketika detik ini 13:40pm, aku sudah 'standby' back-up. Sekiranya dia tidak membuat transaksi secara online dan whatApps aku slip pembayaran, aku akan personally transfer. Segalanya bergantung sehingga habis hari ini. Bank ni pulak tiada kompromi. Kalau tarikh tertentu kena jelaskan ansuran, maka jangan berlengah lagi. Lewat sehari pun kena 'denda' RM5.00. Tidak berbaloi. Sudahnya dasar peminjam, apa sahaja yang dipinta diarah kenalah turuti. Peminjam adalah atas ehsan pihak pemberi pinjaman.

.

Sebab itulah bukan boleh suka suka hendak meminjam. Sedapat mungkin cuba elakkan dari terjebak. Pengalamanlah yang menyimpulkan. Terpulanglah. Hendak merasa bahangnya berhutang maka teruskan. Namun nasihat aku kepada mereka yang tidak selesa berhutang, syabas aku ucapkan. Menghindarkan diri dari dibeliti hutang menunjukkan yang anda berprinsip orangnya. Bebas mencatur kehidupan mengikut kemahuan sendiri.


Aku amat terkilan seolah bersalah menyuruhnya menyambung ansuran yang berbaki dalam RM19K. Tapi tawaran aku ini tidak mungkin mampu ditolaknya. Cuma berbaki dalam 2 tahun sahaja dan aku istiharkan yang Alza yang digunapakai ini akan menjadi milikinya. Meaning that jentera yang sudah berusia 7 tahun ini, nama di geran akan bertukar.

 

Mengintai dari verandah


Bagi aku, cuma telahan aku sahaja, mungkin dia dalam terpaksa harus menerima cadangan aku. Tentulah janggal dan keterlaluan berkira dengan bapa kandung sendiri. Mungkin juga dia terlebih maklum yang aku tidak lagi berpendapatan. Dan atas rasa tanggungjawab sebagai seorang anak, memikul menggalas keperluan keluarga seolah terletak dibahunya selaku anak lelaki kedua dalam keluarga.


Aku tidak berani menjangkakan apa yang akan terjadi dimasa terdekat nanti. Kita sekadar harungi rentak kehidupan yang perlu dijalani. Memikirkan dan merisaukan sesuatu yang belum tentu jadi tidaknya cuma membuatkan kita 'hilang' semangat. Perancangan kita tidak mampu mengatasi perancangan Allah swt. Biar baik biar buruk yang akan kita hadapi mengikut pertimbangan kita, tapi apa yang berlaku nantinya adalah atas ketentuanNya. Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa tentulah perancanganNya adalah yang terbaik bermaksud berbanding apa yang kita rancangkan.


Semoga apa yang aku risau dan bimbangi tidak terjadi. Aku tidak expect sesuatu yang 'big' untuk berlaku. Cukuplah sekadar perkara yang aku beri perhatian ini iaitu ansuran bulan September dilunaskan mengikut jadual. Bagi aku hutang tidak boleh buat main main. Ianya merupakan bebanan tanggungan yang sengaja dipinta. Bak kata pepatah pujangga, tangan yang mencencang bahu sendirilah yang memikul. Takkanlah mengharapkan orang lain pula. Apa kejadahnya perangai macam ini. Memang tidak 'gentle' kalau begitu.


Luahan ini harapnya dapat redakan keresahan yang melanda. Ameen.

Sunday, September 22, 2024

Hadapi dengan tabah

20 September 2024, Friday 09:20am 

Hadapi dengan tabah

Memang kena akui yang kita ni, yakni, manusia adalah serba serbinya lemah. Kita selalunya berasa sudah cukup sempurna. Apa yang kita mahukan menuruti sepertimana yang dirancang. Bilamana terjadinya lain, ketika itulah terasa tidak tentu arah. Mengelupur memikirkan bagaimana boleh berlaku mengganggu urutan yang diatur.


Meet the challenge.

Friday, September 20, 2024

Romantika di Tampoi

18 September, 2024 12:46am 

Romantika di Tampoi

Romantika di Tampoi..., tetiba aku terkenangkan lagu berunsur humour ditahun 80-an, dendangan Salleh Yaacob, artis beristeri empat. Aku memang agak terbakau bilamana perancangan yang melibatkan aku tidak menepati jadual. Madang ada sahaja yang terlewat. Lengah disiapkan. Malah selalu sahaja ada halangan yang pada pendapat aku boleh dielakkan.


Apapun aku 'touch down' ke Taman Bahagia, Tampoi dengan selamatnya. Amat bersyukur ke hadrat Illahi yang mempermudahkan segala urusan perjalanan dari Bukit Katil ke JB ini. Dalam memulakan perjalanan jauh, aku lebih rela keluar awal pagi. Diketika pagi setelah semalaman beristirehat tentulah segar bersemangat lebih lebih lagi mahu berkunjungan ke tempat orang.



                                        Salih Yaacob - Romantika Di Tampoi

Secara peribadinya, aku memang jarang 'keluar' tanpa bersebab. Aku pada dasarnya lebih rela dan suka melepak dirumah sahaja. Bukannya tidak mahu kesana kesini tapi untuk bergerak menagih banyak perkara. Masa perlu diuntukkan, tenaga dan tumpuan harus fokus menggapai matlamat serta perlu berawas beringat akan segala ancaman petaka berkemungkinan untuk bakal terjadi. 7 bulan lepas bergelar 'pesara swasta', aku kena berubah akan gaya hidup kepada yang lebih sesuai lagi brmakna bermanfaat. Tambahan pula aku kini telah meningkat usia.


Mungkin bagi setengah orang, 60 'yo' ni masih sihat bertenaga. Please la, tolong exclude aku dari general statement sebegini. Aku adalah aku. Aku tidak sama dengan orang lain yang bernasib baik berdasarkan timbangan aku. No heart feelings okay. Dikatakan rugi sesangat tidak dapat enjoy life to the fullest, bagi akulah ini adalah kenyataan nakal bermaksud mengejek. Aku akui dan amat faham yang 'destiny' memasing kat atas dunia yang sememangnya fana adalah berbeza. Rasanya tidak perlulah aku ulasnya lebih panjang lagi. Sendiri rasa, sendirilah yang harus mengerti dan pertimbangkan dengan sewajarnya akan maksud yang tersirat dan tersurat.


Diusia sebegini, pandangan hidup yang dipegang oleh orang seusia amat bergantung kepada corak perjalanan hidup yang telah dilaluinya. Bebudak yang baru hendak 'up' mungkin sukar hendak mengertikan. Bagi aku...it's okay bro. Tapi andai ada keinginan mahu mengetahui apa yang terkandung dihati 'golongan tunggu mati' ini amat aku hargai. Tidak ramai yang cenggini yakni yang mendahului masa. Setidak tidaknya kisah yang berlaku pada 'previous' generation yang sengaja membuka membiarkan orang lain menatapi kisah hidupnya mungkin sedikit sebanyak 'berjasa' memberi input kepada kehidupan mereka pula.


Let it be...


Wednesday, September 18, 2024

Mahkota dipertandingkan

14 September, 2024 Wednesday 06:13pm 

Mahkota dipertandingkan

Bermulalah lagi orang orang Melayu yang memangnya suka dan amat ketagih dengan 'politik' akan berentap sesama. Kita seronok beratur berbaris beramai ramai sambil berbual berborak seawal 8:00pagi untuk memangkah di kertas undi. Siapa menang siapa kalah tidak begitu dihajapkan asalkan dapat bertemu sesama berhimpun pada temasya 5 tahun sekali dan kalau ada 'rezeki' pada 'by-election' pula.


Disebelah pagi tadi adalah hari penamaan calon bagi DUN Mahkota. Ikut data yang disimpan kemas oleh SPM @ Suruhanjaya Pemilihan Malaysia, penggundi Melayu di Mahkota adalah 54%. Keputusan PRU ke 15 lalu, calon BN memenanginya. Namun disebabkan berlaku kematian kepada penyandangnya, maka terpaksalah diadakan pemilihan semula kurang lebih 2 minggu dari sekarang.


Dalam apa apa pertandingan memilih calon untuk ke Parlimen atau hanya ke DUN, lebih galak dan lebih meriah suasananya bilamana melibatkan parti melayu. Semacam suatu pesta pula. Manakala baik Cina mahupun India, keterlibatan mereka sekadar mencukupkan syarat. Andailah, andailah pertandingan pemilihan dikawasan bermajoriti 'cina', aura pertandingan tidaklah sehebat mana.


Hal ini aku simpulkan berdasarkan pemerhatian aku kepada ketaranya 'sambutan' bilamana tidak melibatkan orang melayu. Bagi aku lagi, kawasan yang calonnya biasanya lawanpun adalah dari orang sebangsa maka automatiknya kawasan itu akan menjadi pegangan Cina buat selamanya. Aku tidak pastilah samada orang yang bermain politik ini nampak akan apa yang aku risaukan bakal terjadi dimasa hadapan.


Jauh disudut hati orang melayu sebagaimana telah diingatkan oleh pemikir dan pujangga lama, janganlah kita sekadar menang sorak tapi tergadai kampong. Dalam maknanya buat mereka yang punyai jatidiri melayu yang tinggi. Memang sukar dan rasanya jumlah spesis ini menjadi sasaran pihak tertentu. Mereka yang berniat ini akan cuba dan terus terusan mencuba dengan pelbagai cara tipu muslihat beragenda lagi tersusun gerak kerja mereka agar melayu yang kukuh pendirian ini dapat dijinakkan. Bergerak dalam senyap tanpa kita sedari hanya menunggu masa untuk menafikan keberadaan orang Melayu yang merupakan orang 'asal' Tanah Melayu ini.


Nampak bukannya tak nampak...tapi what to do.

Saturday, September 14, 2024

Fokus melebihi yang lain

12 SEPTEMBER 2024, 07:33 

Fokus melebihi yang lain 

Hampir beberapa hari aku tidak menyentuh Samsung Tablet, Chromebook dan juga desktop HP menukil mencoret sesuatu di digital journal yang tersedia aku khaskan. Aku deeply terkesan dengan isikandungan khutbah jumaat minggu lalu yang bertajuk 'Sabar dan Keluhan'. Teksnya aku baca berulang kali semata mata untuk aku memahaminya sebaik mungkin. Lagi kerap aku ulangbaca maka makin jelas maksud takdir. Perspektif yang cuba diterapkan oleh panel penulis khutbah dan disampaikan dengan baik oleh Imam Yusuf Zakaria, yang dulunya hanyalah imam 2 tapi dengan pertukaran 'kerajaan' berjaya memintas Imam Nasmie selaku imam utama khariah sekarang ini, membuatkan aku seolah baru 'dikejutkan' dengan konsep baru. Walhal ianya cuma dilihat dari sudut yang berbeza akan perkara yang sama. 

Sejak Jumaat lalu penumpuan aku lebih terarah kepada latihtubi dan pemahaman akan konsep grammar Arabic yang masih longgar yang aku rasakan. Lebih banyak masa aku untukkan sehinggakan aktiviti menulis melaporkan peristiwa yang sedang aku lalui terpaksalah dikesampingkan. Aku perasan yang banyak luahan aku sebelum ini lebih kepada pertikaikan perbandingkan dan persoalkan kelebihan yang kedapatan pada orang lain. Juganya merasakan yang diri adalah lebih baik bernasib baik dari mereka yang dikenali.

Sepatutnya aku merasa malu kepada diri. Bukankah setiap sesuatu yang terjadi itu ada 'muslihat' yang kita tidak mampu 'membaca' dengan tepat. Khutbah minggu lalu amat mengesankan sehinggakan aku semacam takut takut hendak meluahkan sesuatu. Dek sebabkan hal inilah, aku melebihkan tumpuan kepada memantapkan akan pemahaman al-quran. Semoga usaha aku ini dipermudahkan. Selain dari menyelak membaca akan nota yang aku catat dan menonton kembali video penerangan berpandukan teks, aku juga cuba memahamkan berpengantaraan bahasa Melayu bagi lebih memantapkan penguasaan. Cara mengajar Us. Sauqi Saleh berkelulusan dalam Bahasa Arab dari Universiti di Maghribi yang pernah aku ikuti secara berdepan agak unik berbahasa melayu lagi dalam penghuraian dan penerangan. Kekadang 'terma' yang digunanya seolah janggal ditelinga yang selama ini aku lebih kepada sebutan bahasa Arab dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh us yang beroperasi dari UK dan lainnya aka ustaz 'youtube' via channel kendalian mereka. Versi pengajaran dalam bahasa Melayu ini moga moga akan lebih memantapkan pemahaman aku.

Tidak mampu untuk aku ulas akan isikandungan jumaat yang disampaikan oleh Imam Yusuf. Aku sekadar membacainyauntuk pemahaman sendiri.

Moga menjadi panduan berguna dalam harungi kehidupan sampailah kepenghujung usia nanti.

Saturday, September 7, 2024

Khutbah berserampang bermaksud

06 SEPTEMBER 2024, 15:14 

Khutbah berserampang berrmaksud.  Macam biasa kehadiran aku ke masjid setelah selesai muazzin mengkumandangkan azan. Tempat kita ni selalunya disebut 'pak bilal'. Orang kita pasal gelar mengelar memang cekap. Bagi yang sedia maklum dan baru ketahuan, Bilal Bin Rabah adalah antara sahabat nabi yang sering ditugaskan melaungkan azan. Bagi mengabadikan orangnya, maka sesiapa yang ditugaskan melaungkan azan maka begitu mudahnya di gelar 'Pak Bilal'. 

Bagi aku, tiada masalahpun. Biar sesiapapun yang dipertanggungjawabkan untuk melaungkan azan pada setiap kalinya masuk waktu sembahyang sebenarnya melakukan amalan yang mulia. Mengajak menyeru setiap insan lelaki di khariah mendirikan sembahyang fardhu di masjid amatlah dipuji. Jumaat kali ini...hah kau, setepek kena kat muka. Imam dalam khutbah yang disampaikan pada hari ini begitu bersemangat 'hentam' jamaah yang sering 'gagal' hadir ke masjid setiap kali waktu sembahyang. He got the point. 

Errrm...aku termasuk sekalilah. Apa alasan untuk menidakkannya. Alasan sedangkal manapun waima se-complicated pun, kitalah dipihak yang perlu bertindak untuk hadir. Dalam hidup ini banyak perkara yang kita anggapkan tidak begitu penting dan mendesak untuk diberi keutamaan. 


Terpulanglah kepada diri memasing untuk memberi keutamaan dalam kehidupan yang dijalani saban hari.

Friday, September 6, 2024

Pedulikan cakap cakap yang tidak memberi manfaat

03 SEPTEMBER 2024, 18:46 

Pedulikan cakap cakap yang tidak memberi manfaat.  


Sering dan amat sering sangat kita akan diperlemahkan dengan cakap cakap yang tidak menyokong. Mereka yang menjadi consultant tidak berbayar selalunya menawarkan khidmat tanpa dipinta. Spontan sahaja terpacul memberikan contoh. Entah mana datangnya kitapun tidak tahu. 

Malah orang jenis ini pantas dan sensitif mencium 'perubahan' atau apa sahaja tindakan kita kearah yang diyakini akan membawa kebaikan. Dalam ertikata lain hasrat untuk 'hijrah' dari keadaan yang ada kepada situasi yang kondusif menepati peningkatan dalam apa sahaja lapangan kehidupan tapi cuba dihalangi oleh mereka yang berniat 'jahat' ber-aura 'negatif'. 

Sabotage mengagalkan langkah yang akan kita cuba laksanakan. Kita yang beria ia malah bersungguh sungguh mahu perbaiki kekurangan kelemahan diri kekadang timbul rasa macam tersentap dengan alasan yang diberikan. 

Sebenarnya kita semua tidak pasti apakah yang akan seharusnya terjadi keatas diri pada masa mendatang nanti.

Monday, September 2, 2024

Nilaikan

02 SEPTEMBER 2024, 01:01

Nilaikan 

Terpulanglah. Aku tidak memaksa. Luahan rasa hati aku di dinihari ini dibuat semata mata mahu melepaskan keresahan bilamana mengetahui seorang demi seorang dari rakan kampong, rakan sepermainan dan juga rakan sekolah sebaya lagi telah dijemput pulang. Kepulangan pula di detik yang tidak semua orang sangkakan. Tiada sakit tiada tanda tanda derita yang terzahir namun tetiba menerima berita menyedihkan dan tentu sekali amat mengejutkan. Memanglah kematian akan menjengah keatas semua insan yang bernyawa. Tiada sesiapapun yang berani menyangkalnya. Tidak kiralah apa pangkat dan jawatan yang disandang. Samada orang kebanyakkan atau terlalu berpengaruh dalam masyarakatnya dan bila diajukan mengenai kematian maka semua kita akan mengelak memperkatakannya. Ikut logik akal manusia, mungkin tiada sesiapapun yang mahu ambil tahu akannya. Misteri buat semua yang hidup. Ini adalah hakikat yang harus diterima. Secara lumrahnya memang kitapun tidak suka memikirkan tapi bagi mereka yang tahu benar benar faham, memperkatakan soal mati dan kematian dan senantiasa mengingati mati adalah yang utama dalam kehidupannya. 

Memang sukar hendak melelapkan mata. Nasib dan ajal mereka yang amat amat aku kenali telah sampai ke penghujungnya. Cara dan detik kematian mereka memang tidak tersangkakan. Kita tidak faham dan tidak akan faham kalau masih leka dengan permainan dunia. Biarpun telah diingatkan yang dunia ini adalah tidak kekal sepertimana kehidupan di akhirat nantinya namun masih tetap mengutamakan 'keseronokan' dunia yang melekakan. 

Pertembungan 'nafsu' dan perlunya mentauhidkan Allah swt amat bertentangan dalam tingkahlaku seseorang. Bagi mereka yang telah berusia dan masih tidak menyedari akan masanya akan tiba jua untuk meninggalkan dunia ini. Bagaimana dan bila hendak persiapkan diri semestinya bergantung kepada sudut pandangan masing masing.

Sekali lagi, terpulanglah.