Takkanlah tak hendak berbunyi
Sejak hari Isnin lalu mahu perkatakan tapi dipendamkan seketika. Menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam dan lebih lagi amat mengenali 'arwah' walaupun secara jauh sahaja akan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Samada sekadar formaliti kebiasaan kepada semua kita dan lebih utama lagi suatu obligasi buat setiap umat yang mengaku dirinya Islam. Berita mengenai kematiannya diketahui lewat ketengah malam Ahad menjelang memasuki hari Isnin. Memang seharusnya kena menginsafi. Tiada sesiapa yang mampu mengetahui kehadiran ajal memasing. Bila saat ajal mendatangi diri, bukannya orang sekeliling atau kerabat paling rapat sedia membantu tetapi hanyalah sendirian yang harus bertarung berdepan. Lain orang lain caranya memasing dijemput pulang. Pastinya, kita akan sedari disaat datangnya 'tetamu' yang ditugaskan mengambil nyawa kita.
Realiti yang perlu diterima oleh semua kita adalah, yang pergi akan tetap pergi dan yang masih diberi kesempatan harus berdepan kemelut yang ada, berikhtiar mengatasi setiap permasalahan. Kebanyakan kita malah majoriti lebih bersikap 'terbuka' sedayanya cuba atasi sendirian. Tidak terpekik terlolong bersikap kasar menyuarakan akan kebimbangan yang tidak dapat dibentung lagi malah berhemah menyuarakan mengikut saluran yang ada. Namun walau berlembut bersopan memaklumkan tapi anihnya pihak berkuasa yang mentadbir urus seolah lambat bertindak mengekang kenaikan menggila hampir keseluruhan barangan keperluan rakyat. Lagi memburukkan keadaan boleh pula mereka yang digaji dipertanggungjawabkan berkeadaan 'denial syndrome'.
Terlebih mabuk ketum dengan kuasa yang dimiliki atau tidak tahu cara mengurus 'krisis'.
No comments:
Post a Comment