Friday, December 19, 2025

Awal tapi dikemudiankan

19/12/2025 14:13

Hampir hendak genap seminggu sudah aku menangguh nangguhkan 'wandering thought' aku ini. Tidak dapat tidak, kitalah yang seharusnya mencari ruang yang sesuai untuk laksanakan. And, kebaaboom, now - today, at this very minute of time, aku akan lakukan. Bertangguh lebih lama akan makin menyesakkan diri, so to speak.

Awalnya, pada Sabtu pagi yang baru berlalu -13/12/2025, ketika bersandar di sofa antique di verandah, aku tertanya tanya sendirian akan tarikh hijr pada hari tersebut. Puncanya pada seminggu sebelumnya, MHS ke atau SMAL ataupun GPMS, admin group whatsapps sekolah membuat satu hantaran mengingatkan Ramadhan untuk 1447H berbaki cuma kurang lebih dalam 75 hari lagi.

Kita tahu yang Ramadhan adalah bulan ke 9 dan rayanya pula pada bulan Syawal iaitu bulan ke 10. Aku lebih concerned-kan akan Rejab yang menjadi pemacu awal bersiap siap memasuki Ramadhan. Tapi sebelum tahu akan kedatangan Rejab kenalah ketahui present date. Jadinya aku google-lah akan tarikh hijr pada hari Sabtu itu. Maaf cakap-la, kita lebih tahu akan tarikh masehi berbanding hijr kerana kita merujuknya setiap hari dan digunapakai menyeluruhnya.

Ikut world clock, 13/12/2025, adalah 23 Jumadil Akhir 1447H di Arab Saudi. Tapi kat Malaysia pula 22 Jumadil Akhir 1447. Sedangkan kalau ikut urutan, Malaysia lebih dahulu berbanding Arab Saudi yang berbeza berjarak masa dalam 5 jam. Sejak sekian lama aku masih gagal mendapatkan jawaban yang tuntas mengenai keanihan ini. Dikatakan jumlah hari dalam setahun untuk kalendar hijr(354/355) adalah kurang dalam 11 hari berbanding dengan gregorian yang semua maklum berjumlah 365 hari dan 366 hari untuk tahun 'lompat' katanya setiap berselang 4 tahun. Okay-lah kita terima 'penerangan' pengiraan yang berbeza dimana kitaran bulan(lunar) digunakan untuk tahun Hijriah. Manakala kalendar Masehi ikut kitaran matahari(solar). Apa yang tak leh 'brain' sekarang ini kenapa lak di Arab Saudi sana tu lebih awal tarikhnya dari kita yang duduk kat Malaysia.

beza cuma 5 jam awal...




                                                Mengharungi Rejab...





Aku pernah wandering or menerawang memikirkan tentang penentuan Raya yang lebih dibubuh perut dari tarikh hari 'wuquf'. Nampak anak bulan Ramadhan maka berpuasalah kita. Bila 'intai' anak bulan Syawal, beraya sakanlah semua. Tapi apapun, tarikh penetapan melihat anak bulan dan permulaan puasa mahupun raya mesti dimulai oleh Arab. Even, andai kita 'claim' dah nampak dulu dan pernah berlaku sebelum ini, maka kelam kabutlah semua, lebih lebih lagilah bila nak raya. Ramadhan pula untuk kita ni di Malaysia, madang benar tak nampaknya. Dikatakan berpunca dari sehari awal dari Arab Saudi melihatnya. Maka menarik nafas 'lega' bilamana kita yang tidak tahu apa apa ni boleh makan makan untuk sehari lagi. Sebabnya Arab Saudi telah menetapkan sekian sekian hari untuk mulai berpuasa.

Dalam sejarah menyambut Ramadhan dan Syawal ni, belum pernah secara official-nya kita mendahului pak Arab. Biarkanlah mereka Raya dahulu walhal, kita 5 jam lebih dahulu dalam hitungan masa dari terbitnya matahari. Malah pihak pengurusan masjid Raudhatul Jannah, berbangga dapat menghadirkan imam yang semalamnya mengimami sembahyang raya di tanah Arab dan akan mengimami sembahyang raya di Melaka pula.

Terima ajelah hakikat ini.

Mudah kata kalau 13/12/2025 bersamaan 22 Jumadil akhir campur lagi 7 hari menjadikan hari ke 30, maka pada 20/12/2025 bersamaan hari Sabtu, lepas maghrib, dah masuk bulan Rejab. Insya-Allah, moga kedatangan Rejab diikuti pula dengan Syaban dapatlah kita menyiapkan diri mengharungi bulan Ramadhan yang amat dinanti-nantikan oleh mereka yang 'maklum' mengenainya. Esok malam beramai ramailah kita mengimarahkan masjid khariah memasing bersama sama memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar kita dipertemukan dengan Ramadhan Kareem.

Bagi aku yang kini dah lepasi 60 tahun ini, perlukah aku looked back ke masa lampau. Rasanya tidak malah aku perlu lebih fokus kehadapan agar 'kepulangan' aku nantinya, entah bila ketikanya, menjadi lebih bererti berkualiti. Apa yang lebih penting diri dirahmati OlehNya. Ibadat semata bukanlah 'tiket' mudah mendapat redha-Nya sedangkan ianya adalah kepatuhan kepada setiap suruhan dan hindari setiap larangan. Ikhlaskan diri mengabdikan diri kepadaNya serta mengharapkan kasihan belas dan dikurniakan rahmat-Nya untuk kita kembali ke tempat asal kita semua.

Sekian.

Tuesday, November 18, 2025

Download lagu AI cover

Monday, 17 November 2025 , 10:09am

Semalam petang macam biasalah 'take a break' lepas mengulang pengukuhan bahasa arab al-quran, aku layan lagu di youtube. Gian mendengar lelagu ini bukanlah baru sekarang tapi sudah lama develope sejak pertengahan 70an. Sepertimana yang aku pernah nyatakan iaitu aku ini seorang yang 'pemalu'. Tidak suka berinteraksi dengan orang. Biarlah aku dengan dunia aku. Selesa bersendirian dibilik kalau tiadanya keperluan untuk keluar kemana mana. 

Bro., hang buat apa memerap dalam bilik tu. Eeehh awak ni, ikut suka akulah. Sejak zaman bersekolah lagi, kecenderungan untuk lepak dirumah sahaja tiada mendatangkan masalah. Aku lebihkan masa untuk diri aku. Bukannya aku tidak berinteraksi dengan orang tapi berpada dan bertempat. Petangnya lepas asar join bebudak kampung bermain bola atau sepak takraw tapi selalunya main badminton. Game bersifat 'individu' memang suited dengan akulah. Keupayaan bermain single berjaya membuktikan yang aku tidak mengharapkan bantuan orang lain. Ertikata lainnya, berdikari tak mahu berharap bergantung apatah lagi ehsan dari orang lain. Ini... aku lah.

Sesuatu yang menjadi kebiasaan atau habit yang saban waktu dibuat akan berlanjutan mungkin sehinggalah di jemput pulang. Masing masing punyai cara untuk 'pleased' diri sendiri. Pedulikan cakap cakap orang. Kita usaha lakukan apa yang kita gemar selagi mana tidak bercanggahan dengan norma masyarakat dan agama. Usaha mencari rezeki kat atas dunia perlu dilaksanakan tapi tidaklah terlalu obsess. Cukup memadai menampung keperluan diri dan keluarga. Tidak berlebihan dalam banyak hal. 

Begitupun hubungan dengan keluarga dan masyarakat setempat berjalan seperti biasa. Orang menegur menyapa, kita jawab. Orang senyum kat kita, kita balas senyuman mereka. Hendak gaduh gaduh buat apa. Lebih lebih lagi usiapun sudah 'above' 60's. Bikin pening dan susahkan hati, apa kejadahnya. Dipenghujung usia hidup perlu tenang tenang. Bermuhasabah diri dan fikir berusaha mendekatkan diri dengan sang penguasa alam semesta ini.

Banyak dari kalangan yang seusia yang ambil mudah. Don't bother at all. Apa agaknya, hidup ini sekadar main-main aje ke. Namun bagi yang bijak dan ketahuan kemana arah tujuan, setelah sekian lama mensia siakan masa yang dilalui, pastinya merasakan masa yang tersisa ini perlu di manfaatkan sebaiknya.

Berbalik kepada kecenderungan aku pada lelagu ini, entah macammana lagu lagu yang dicover oleh AI diuploadkan ke youtube mengamit perhatian. Bagusnya arrangement lagu bantuan AI dirasakan cocok dengan pendengaran aku. Lebih mantap dari versi asal. Apalagi, tanpa berlengah, terus aku downlowd mana mana lagu yang aku sukai. Tidak sampaipun sejam lamanya aku dengari lagu yang ada dan muat-turunkan yang diminati, hasilnya sebanyak 46 lagu telah aku download. Segeralah aku copy ke MP3 Gain untuk setting volume lagu, agar tiada yang terlalu perlahan atau terlalu kuat bunyinya. Selesai semuanya, aku letaknya dalam folder 'AI Cover - Fast Dangdut & Rock'.

List of 46 songs


                                                        Belanja...'Mas Joko'
 
                                                 
                               Already dalam pemanduan ke F/Store
 
                                
Aku kemudiannya transfer ke pendrive untuk halwa pendengaran menemani pemanduan. Orang tua tak sedau diri. Dah tua tua pun masih buat perangai lagi. Bro. relaxs la. Bukannya tak leh move on, it's just something yang dirasakan berbaloi untuk hearing it. For my hearing pleasure-la, salah ker. Bukannya aku terlalu fanatik sampai terabai perkara yang harus aku beri keutamaan. Aku sudah 'pencen' dan sekadar mencari hiburan yang bukannya sampai melekakan. Are you jealous, bro... Come on lah. 

Aku adalah aku. That's it.

Friday, November 14, 2025

Bagaimana nantinya bila pelanggan makin berkurang

14/11/2025 19:44

Sekali lagi aku di-'arah'-kan untuk buat delivery ke Solok Gaung. Semalam malam, ada order masuk dari Limau Nipis Enterprise untuk 300pcs dan E-Tamar sebanyak 100pcs bilamana aku tanyai orang rumah yang menyiapkan mee kuah anaknya for sarapan malam. Pantas dijawabnya...ada. Respond spontan aku, alhamdulillah...rezeki nak masuk. 

Dia maklumkan yang aku kena hantar karipap tu ke rumah Che' Ta pada pagi Jumaat tadi. Memang aku sudah agak dah. Siapa lagi yang mahu disuruhnya selain dari aku yang 'available'. Hendak harapkan Ucee atau Yaseer, keduanya telah masuk kampus pada awal October lagi. Permulaan semester baru memasing. Both of them akan buat 'job' penghantaran ke Solok Gaung bila diperlukan. Kalau bukan Ucee tentulah Yaseer. Andai hanya seorang sahaja yang ada dirumah ketika itu maka dialah yang akan ditugaskan. Manakala aku pula, jika tiada sesiapa yang boleh diharapkan maka akulah orangnya yang menjadi galang ganti. Sering aku membuat penghantaran ke outlet E-Tamar di 3 lokasi. Samada kat Duyung atau kat Bukit Piatu dan seringnya ke outlet diperkarangan Masjid Pengkalan Batu. Routine yang akan aku lalui tatkala sudah tidak kerja bergajian. Kini sudah mencecah hampir ke 3 tahun. Tidak dibenarkan pergi 'kerja' @ 60 yo bermula 02/02/2023 till to-date.

Evolusi masa seseorang dari mudanya dan terus meningkat usia serta perubahan keadaan semasa yang dinamik sifatnya mengakibatkan kita semua perlu mengadaptasi atau mensesuaikan diri untuk get along with the changes which due to be happened. Perubahan yang memangnya tidak dapat dielakkan atau ditahan tahan dari berlaku adalah mustahil dan tidak mampu menyekat malah terpaksa rela terima hakikat.

Dalam konteks penjaja 'sarapan pagi' tepi jalan yang buka meja berjualan pre-pack nasi lemak, mee goreng, bee hoon goreng siap dengan kuih muih sesuai untuk sarapan pagi adalah satu pandangan yang biasa setiap hari bekerja. Aku sendiri pernah saksikan ketikanya perlu hadir awal ketempat kerja sekitar 7:00 pagi di JJ samada meeting bulanan ke HQ di Maluri atau ada event 'besar' yang perlu set-up before store open for business at 10:00am. Kelihatanlah ramai orang yang bermotor dan berkereta menyinggahi gerai tepi jalan ini membeli 'juadah' sarapan dalam perjalanan ketempat kerja memasing. Dari dressing mereka, ketahuilah mereka adalah pekerja 'industri' shift pagi. Banyak kilang eletronik yang besar di Batu Berendam dan pastinyalah ramai yang resided sekitar bukit katil atau jauh kebelakang sikit mungkin Duyong mahupun Ayer Molek.

Memang rezeki tidak salah alamat. Selang beberapa meter antara satu sama lain di lokasi yang strategik, pelbagai gerai bersaing berjualan. Terlihatkan ada yang ramai kerumun singgah dan ada juga yang sendu tunggui 'rezeki'. Dapat aku agakkan, yang menyinggahi itu telah terbiasa akan rasa menu sarapannya berbanding yang lain, adalah customer berulang atau 'repetitive customer'. Mana yang serasi dan kena dengan 'tekak' maka gerai itulah yang jadi pilihan. Something yang normal kalau difikirkan.

Prime time mereka adalah sekitar 6:00am ke 9:00am. Sasaran pelanggan mereka pula berubah ikut masa. Sekitar 6 ke 7 pagi, adalah pekerja kilang. Manakala dari 7 membawa ke 9 pagi, ramainya adalah dari pekerja pejabat di sektor kerajaan ataupun swasta. Rata ratanya yang tidak sempat buat sarapan dirumah atas pelbagai sebab lah. Malas mungkin, tak sempat juga mungkin pasal hendak 'kejar' masa ke tempat kerja. Bujang lagilah, lebih suka beli dari buat. Ketikanya telah melepasi 9:00 pagi ke atas membawa ke tengahari, bilangan pembeli mendadaklah merosot. Mengharapkan mereka yang tidak bekerja atau orang pencen pula singgah membeli.

Semasa aku membelok mendaki bukit duyong, kelihatan gerai tepi bukit dah macam warong pak jabit dalam Zombie kampong pisang, bukan main ramai orang singgah makan. Ini kira time peak hour orang kita keluar minum pagi. Banyak huntong lorr. Asal makanan jualan sedap dan harga pula murah tentulah berdedai orang akan singgah mencuba. Lokasi lak betul betul tepi lampu isyarat hendak ke Semabok jika belok ke kiri jika dari Duyong.


Warong tepi bukit



Terdetik pula hendak lihat sambutan orang akan gerai jaja sarapan pagi yang ada di taman seri duyong, especially-nya gerai Tok Moh. Maklumlah waktu dah hendak ke 10:00 pagi. Aku memperlahankan kanchil cari makan aku yang kini berperanan dilelau untuk ke masjid saja, sambil mata memandang ke kanan. Semuanya duduk digerai memasing seolah menunggu nunggu kehadiran pelanggan 'tetap' mereka ataupun yang jenis 'walk-in'. Tok Moh menunduk di meja sambil 'layan' smartphone mungkin hendak hilangkan rasa 'boring' ketiadaan pengunjung ke gerainya itu. View tiktok kot. 

Bro, apsal tak up-kan photo membuktikan statement lu. Aku sebenarnya tidak sampai hati hendak rakamkan 'moment' yang memilukan hati pada pandangan aku sahaja yang mungkin ter-over react atau cuma aku sahaja yang melebih lebih seolah aku pula yang alaminya. Rasanya penjaja dah sering dan sudah terbiasa dengan situasi sedemikian. Hidup ini, kata bebudak sekarang, 'memang keras'. Sugul memandang kosong dan setia disisi meja lipat bersusun jualan yang belum terlaku. Apa agaknya perasaan mereka ketika itu ekkk. Payah hendak aku gambarkan sedang masa terus bergerak pantas ke tengahari. Tidak habis berjualan, tentu sahaja keuntungan untuk hari itu makin menipis.

Aku tidak boleh hendak cakap apa. Inilah hakikat yang perlu dihadap. Orang meniaga akui ini. Ada turun naiknya. Tapi kalau 'trend' lepas 9:00 pagi terus terusan merosot, rasanya 'sesuatu' perlu dilakukan. Aku ker yang kena fikirkan...apa barang. Merekalah yang perlu ada initiatif untuk tangani masalah. Pandailah mereka fikirkan bagaimana harus santuni dengan cara paling ampuh. Periuk nasi kau orang-kan. Kalau kekal statik gitu gitu, tahukan pengakhirannya. Jika sahut cabaran atasi permasalahan, setidak tidaknya dapat perbaiki prestasi atau kalau kena caranya mungkin kebabom meletop dengan resepi masakan atau kombinasi barang niaga menepati selera.

Kita berusaha yang terbaik. Jangan berputus harap. Rezeki ni 'hadir' dalam bentuk yang tidak disangka sangka. Takdir Illahi atau ketetapanNya adalah yang terbaik dari segala apa yang kita rancangkan.

Segal yang berlaku itu bersebab. Hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas sesuatu perkara.

Moga yang 'terbaik' diperolehi kepada semua penjaja bangsa kita mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Insya-Allah...ameen.






Wednesday, November 12, 2025

Belanja Makan

Belanja makan

11/11/2025 @ 01:58am


Siang semalam, 10/11/2025, sepertimana yang dirancang dijanjikan aku menuju ke rumah No. 6, Jalan TK6, Taman Tun Kudu. Janji kenalah ditepati.


Trick abang angkat cum abang sepupu telah sedia maklum aku jangkakan. Bila dia perlukan atau pertolongan dari aku, keraplah dirinya hadir ke rumah membawa 'buah tangan' bersamanya. Ibarat perumpamaan, 'burung tempua bersarang rendah'. Atau sekilas ikan di air, sudah ketahui jantan betina-nya.


Aku memanggilnya Pak Alang. Orang masjid yang kenal dan mesra pula, menggelarnya 'Kasim Baba'. Puncanya adalah kerana DNA cina-nya jelas terserlah. Bermata sepet berkulit putih sedikit berbeza dengan melayu yang bersawo matang. Kerap bagi yang tidak mengenalinya especially orang cina akan berbahasa cina(mungkin mandarin, kantonis atau hokkien) dengannya. Memang dilemma jadi anak 'kahwin campur'. Kekadang ada kelebihannya.


Ingat lagi bilamana ada orang kampong yang kenal sesama kerja di Sin Heng Chan(SHC), kilang membuat dedak ayam just opposite Malacca Bus Station, memaklumkan dirinya selesa makan dibulan ramadhan dan tanpa diganggu didalam premis Bus Stand akan nasi campur 'kedai sultan' oleh petugas Maim yang memantau orang Islam yang makan secara terbuka di tempat awam.


Dia meminta aku membawa mesin rumputnya yang bermasalah untuk servis di kedai menjual mesin rumput dan memberi perkhidmatan baikpulih di shoplot bersebelahan dengan Dewan Hang Tuah di tengah pusat bandar.


Kawasan ini dahulunya masa zaman gemilangnya sekitar 70an dan 80an  adalah 'hub' pelbagai niaga kecil kecilan orang melayu. Macam macam jenis niaga tertumpu disini dan tidakpun sampai 50 meter adalah station bus melaka memungkinkan ramainya orang lalu lalang di premis bazaar mara ini.


Tapi kini amat sepi dan banyak kedai yang dahulunya amat meriah dengan pelanggan tidak berpenghuni. Tiada orang mahu menyewa disebabkan keujudan 'Melaka Sentral' yang menempatkan bas henti henti antara bandar dan bas express keseluruh semenanjung.


Selesai membaikpulih dan disumbatkan kembali kedalam Alza aku, dia pelawa minum. Bagi aku memang tidak sampai hati makan belanjanya. Sebaliknya aku counter untuk makan rojak Ali Lido yang telah diviralkan oleh tiktoker influencer lately. Tidakpun jauh berjarak. Cumanya aku terpaksa circle jalan hang tuah ini masuk ke kampong jawa dan lokasinya betul betul bersentangan panggung Lido yang telah lama dirobohkan. Pantas aku maklumi dia yang aku belanja.


Beli bungkus. 1 untuk dia, 2 bungkus lagi untuk kakak aku di Alai yang akan disinggahi nanti dan sebungkus lagi buat aku dengan orang rumah. Bukannya tidak mahu makan sahaja di kedai, tapi 'rugi' rasanya. Maklumlah dah makin berusia, makan sepinggan memangnya tidak habis.


Cara membungkusnya juga masih kekalkan tradisi. Membalut setiap satu dengan suratkhabar lama dengan mengikatnya dengan getah @ rubber band mengembalikan nostalgia. 


                                       Diari Gigiemas...lebih menyeluruh


                                            



Nama kedai makan Ali Lido pop-up difikiran, bilamana kerap melihat video kedai ini yang memasuki fyp aku. Aku suka melayari tiktok video dan pempengaruh yang buat content pasal makan kerap silih berganti memviralkan makanan yang dicobai agar viewer pun sama 'pergi' merasainya sendiri. Selalunya yang kerap masuk adalah Diari Melaka dengan pelapornya dan jadi trademark-nya bila akhiri komentarnya, okay...bye!. Juga Awie 'Viral Niaga' juga kerap menyebok masuk mengajak cuba rasainya. 


Ikutkan, sebagai orang Melaka jati, tidak perlulah canangkan. Sejak pertengahan 70an lagi aku telah makan mee mamak dan rojaknya ketika mana panggung Lido tengah berada dizaman kegemilangan. Masa tu ownernya yang buat. Manakala pengendali yang ada sekarang ini adalah pewaris atau suku sakat mereka. Panggung Lido yang khusus menayangkan cerita cerita hindustan jadi tumpuan kepada movie-goers yang tegar. Aku-lah salah seorangnya. Uniknya, ada 'interval' bila filem ditayangkan yang berdurasi hampir menyampai 3 jam. Rehat dalam setengah jam sementara petugas panggung mengantikan reel filem yang dibuat manually. So penonton boleh keluar panggung taking refreshment. 


Penyediaan serba pantas petugas mereka akan mee mamak, mee rebus, rojak serta cendol dan air minuman dan bersebelahan pula dengan panggung Lido ini membuatkan eatery outlet ini jadi tumpuan ramai. Aku, seingat aku-lah, dalam darjah 5 ke darjah enam. Suka venture alone. Bersendirian. Memang mengimbau kenangan disituasi aku sekarang ini. Aku dah 61 tahun. Apa yang aku sendiri saksi dan rasai, rasanya tidak mampu bebudak baru hendak 'up' membayangkannya. Suasana zaman 70an/80an jauh sangat berbeza dengan sekarang ini ditahun 2025 yang klaim zaman 'Madani' which not all Malaysian agreed.


Kenangan seolah kembali hadir.



Sunday, October 19, 2025

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

19/10/2025 18:35

Hari Ahad, lebih tepat lagi petang Deepavali buat kaum India yang didatangkan 'khas' dari Selatan India oleh pihak British ke Malaya masa itu, tengah getok mempersiapkan menyambut 'Perayaan Cahaya'-nya. Aku tidak perlu sibuk dengan budaya dan keagamaan mereka yang dianuti. Perasan dia orang ini, agamanya itu dapat memandu kehidupan disini dan selepas kematian nantinya. Biarlah mereka yang begitu meyakini 'Kepercayaan' membuat ulangan 'ritual' turun temurun. Ironinya,kita yang 'tuan' tanah ini kena hormat pulak.

Apa yang samanya dengan kita, masyarakat peribumi yang berkurun sudah anuti Islam, adalah persiapan menyambut hari 'keagamaan' memasing. Sesuatu yang dekat menyentuh hati adalah 'kepulangan' anak dari perantauan bertujuan menyambut hari 'mulia' dengan keluarga. Disamping itu, rumah perlu diperelok, dipercantik dan diperkemaskan semungkin yang boleh dan termampu. Makanan yang khusus untuk sambutan ini turut disiapkan untuk dinikmati bersama serta dikongsi dengan tetamu yang datang berziarah. Tidak lupa juga berpakaian serba baru dan terkini lagi dalam memeriahkan suasana.

Pada pandangan aku, perkara yang melingkari perayaan ini tidak dihayati dengan betul. Menganggapkan 'kejayaan kemenangan' berpuasa sebulan Ramadhan ini dengan kegembiraan yang melampau dan keterlaluan sehingga 'leka' akan hal hal yang perlu diutamakan. Sembahyang tiang agama. Bagi yang biasa biasa, selalunya menangguhkan sembahyang hingga ke hujung waktunya. Sedangkan 'konsep' berpuasa itu sendiri tidak dihayati sesempurnanya.

Balik Kampung

Song by Sudirman Arshad

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Balik Kampung - Sudirman [Lirik Lagu].mp4

Tetiba aku terperangkap dalam kemeriahan 'Deepavali' ini. Anak yang baru sahaja mendaftar masuk sambung belajar di UiTM, Pasir Gudang pada 27/09/2025, telah menghubungi mama-nya untuk dijemput pulang. Alasan-nya 'universiti' bercuti untuk Deepavali nanti yang jatuhnya pada Isnin, 20/10/2025. Mengigal gigal hendak balik bercuti sebaik habis kelasnya pada Jumaat on 17/10/2025. Tahu sesangat akan siapa yang punyai 'soft' spot button. Orang rumah berjanjilah untuk datang jemput selepas beberapa kali hubungi sejak Isnin(13/10/2025).



                                                        Sudirman - Balik Kampong


Aku jenis tidak suka berbantah tanpa alasan. Lebih lebih lagi, dirinya berada jauh ditempat orang. Bagi memenuhi hasrat untuk pulang  merasai vibes pulang bercuti, aku terpaksa rela bersetuju. Aku sebolehnya tidak mahu hampakan permintaannya.


Layan kan ajer-lah...

Tuesday, September 23, 2025

RON95 at RM1.99

 

2025-09-23 06:18:23

Kecoh dibuatnya satu Malaya. Isu minyak turun rasanya sudah berlanjutan makan puluhan tahun. Namun masih terkial-kial laksanakan. Hendak mengelak ker apa. Siapa yang berjanji dan tentulah ada yang menuntut janji. Lumrahlah-kan.


Sejak sekian lama perkara ini dibincangkan dari jadi dan membawa ke tak jadinya kemudian bertangguh beralasan 'bagai'. Selepas bermacam sandiwara, akhirnya dijangkakan berkuatkuasa pada 30/09/2025 nanti ianya akan menjadi realiti.


Hebohnya macam nak kiamat dunia, walhal penurunan cuma RM0.06sen sahaja.


Rujuk berita ini, sah...RM1.99, yang tersiar semalam.


Moga hasrat yang dikhabarkan ini benar benar membawa 'kelegaan' kepada semua including aku juga. Risau pun ada. Maklumlah bila terlalu berkira dan berhati hati dalam melaksanakan 'isu' yang berpanjangan sebelum jadi PM dan kini telahpun bergelar PMX, pastinya ada 'catch' terselindung.


Di satu segi, memanglah pihak kerajaan perlu memikirkan kewajaran melakukan setiap tindakan agar tidak mendatangkan hal yang tidak elok kepada negara. Namun it's normal pada setengah setengah orang termasuklah aku untuk 'sceptical' atau rasa curiga.


Kalau hendak kata it's a save face move atau hendak jaga 'muka' bila beria-ia berjanji dahulu mungkin ia juga. Aku risaukan takut nanti ianya hanya untuk 'seketika' cuma.


Jangan kata aku tidak tunaikan janji. Nah, ini buktinya. Apa sahaja berkemungkinan. Sebagai goverment of the day, kalau hendak tarik balik pun boleh.


Segalanya berkemungkinan. Pasrah rela sahajalah kita. Sedarlah diri yang kita ni mentimun.

Monday, September 15, 2025

Wow...makin canggih

Wow…makin canggih

Sunday, 14 September 2025 15:48

Tak kisah-lah, orang nak gelarkan aku tertinggal ‘bas’ ke, baru keluar gua ke atau apa sahaja ikut sedap mulut. Peduli apa aku. Bukannya aku harapkan ‘sesuatu’ dari mereka yang suka condemn orang lain tanpa melihat konteks dan situasi diri memasing.

Of-course, bagi diri aku-lah, sesuatu yang ‘baru’ dan pertama kali melihatnya adalah normal untuk re-act accordingly. Lebih lebih lagi ianya happen ditempat yang tidak aku jangkakan. Bukan juga mahu merendah meremehkan orang lain apatah lagi perlekehkan kemampuan mereka. Bukannya aku over reacted. Sekadar mahu meluahkan rasa ‘takjub’ akan pantasnya perubahan yang terjadi disekeliling atau dilingkaran aku.

Semalam selepas gantikan battery jam tangan aku, Gior Parragamo dan jam ‘kenangan’ Raymond Weil penghargaan Jaya Jusco(M) Berhad dan dijenama semula sebagai Aeon setelah 15 tahun berkhidmat di Aeon Ayer Keroh, aku  straight away ke Kedai Gunting Rambut Amoi kat Kandang. Bertujuan mahu berguntingan. Agar kelihatan ‘kemas’ dan bergaya tentunya untuk hadiri majlis convocation anak di UiTM, Shah Alam pada 17/09/2025…Insya-Allah.

Sesampai sahaja dikedai amoi ini, kelihatan dia yang sebaya usia dan pembantunya tengah duduk santai. Tiada customer ketika waktu menghampiri ke 3 petang. Selak pintu dan terus aku duduk dikerusi. Aku scan kelliling ketika duduk sambil maklumi Amoi tua tu agar gunting ‘pendek’ macam biasa. Mata aku terpandang tertumpu kat ‘something’ looks like a small radio with TnG emblem on it. Foc dari TnG ke, bertanya untuk dapatkan maklumat lanjut. Pantas dia menjawab bukan. Kena beli untuk payment via QR code. Ohh…camtu ya. Tidak perlulah aku tanyakan berapa kos-nya. Tak relevant langsung. Apa yang pasti perkhidmatan bergunting makin canggih dalam urusan pembayaran. No cash bertukar tangan.

Selesai berguntingan, aku maklumi dia yang aku hendak bayar guna TnG e-wallet. Dia angguk tanda setuju. Sebelum aku buat pindahan, tanya lagi akan fungsi alat yang macam radio kecil tu. Dia jelaskan yang selesai buat bayaran, ‘speaker’ di gadget tu akan keluarkan voice message memaklumi yang transaksi telah selesai. Sambil buka smartphone, berbual beritahunya yang even penjual makanan gerai tepi jalan pun sekarang ini ada terpampang card kekadang bersaiz A4 QR code buat pembeli scan via phone untuk buat bayaran. Bila aku hit confirm for ‘payment’, seketika kemudiannya, jelas kedengaran dari alat tersebut keluarkan suara walaupun dalam bahasa cina yang dapat aku agak beritahu peniaga yang transaksi pindahan wang telah selesai sempurna. Makna kata duit dah masuk dalam akaun bank pelanggan TnG.

Gambar pembuktian….
TnG e-wallet kat kedai gunting rambut

Deretan jam belongs to me

Tukar bateri sebelum menonong ke Kandang


Biarpun aku telah selalu buat pembayaran secara on-line guna MAE Maybank samada wave kat terminal pembayaran mahupun scan QR code,  juga untuk AMBank, CIMB dan BIMB via ‘Duit Now’, ianya something ‘new’ memudahkan tanpa guna wang. Isi jumlah yang perlu dibayar dan terus sentuh ‘confirm’ button kat phone. Tidak perlu lagi susah susah hendak kembalikan wang baki. Apa yang paling utama dalam akaun mestilah ada duit dan cukup untuk bayar pembelian yang dibuat. Tak perlu lagi bawa tunai banyak. Cukup dengan guna phone untuk bayar.

Beruntung orang sekarang ni, segalanya being cut short. Cara lama bayar guna wang akan perlahan lahan ‘pupus’ bilamana sistem makin stable dan selamat dari segala bentuk penipuan. Inilah dinamiknya perubahan yang kekadang sukar untuk menelah dengan pasti.

Sekali lagi, tidak kesah-lah orang nak kata apa-pun. Biarkan-lah. Apa yang aku pelajari dan ketahui masa zaman belajar dulu way back in 1984 - 1987, orang yang lewat gunapakai digelar ‘laggard’ dalam ‘bahasa’ marketing. Which meant dia yang mungkin ragu ragu dan sceptical akan sesuatu akan biarkan orang lain mendahuluinya. Ketinggalan dibelakang dalam bahasa mudahnya.

Tidak apa-lah, biar terlewat asal masih dapat alami kemajuan teknologi.