Monday, January 12, 2026

Sarapan telah dibayar

12/01/2026 14:18


Sebaik sahaja abang Uda mengambil karipap yang ditempah sekitar 10:00am, cadangan bersarapan diluar aku turuti. Awalnya, dia mengajak ke Mama Rania Kitchen sepertimana yang aku usulkan semalam tapi yang akhirnya sekadar membeli nasi lemak jajaan tepi jalan dengan kuih assorted bidaran dan apam cawan gula hangus di gerai Asam Pedas Hajah Rahimah, 5pcs for RM4. Pada Ahad pagi tu dalam 9:00am, kami hantar tempahan karipap siap bergoreng for 75pcs ke rumah Kak Ton di Taman Merak Mas. Terlanjur dah keluar berdua, cadangnya hendak singgah mana mana port sarapan pagi sekitar kawasan berdekatan. Preferably area Duyong tapi bukannya kedai makan Latif berdepan Ranjini yang makin sendu keadaannya, mengingatkan aku. Meaning that other places okay but not this one. Experience minum pagi bersama anak Nyah pada pagi Khamis di kedai Latif tu sememangnya seperti sudah hilang 'seri' dan aura. Memandangkan cuma berdua, aku pula balas balik untuk beli 'nasi lemak' peniaga tepi jalan dan buat air dirumah sahaja. Option yang aku beri disambut baik. Makna kata bersarapan dirumah sahaja pada pagi minggu.


Aku dah locked tempat minum pagi yang viral ini which is situated di Ayer Molek. Memandangkan hari ini adalah hari Isnin dan kebiasaannya 'eatery' yang viral dan famous kunjungan akan tutup operasi sehari dalam seminggu yang selalunya adalah hari Isnin. Makanya aku check-lah kat phone. Sangkaan aku tepat. Mama Rania Kitchen 'closed' hari ini. Aku biarkan dirinya buat cadangan balas. Tapi belum apa apa, aku pula yang lebih pantas ajak ke pak Hasan Mee Rebus, Padang Temu. Rojak dia entah apa apa...lalu usulkan ke D'perigi Inn, bukit Cina. Konon katanya, rojak mee dia lagi 'power'. So memandu santailah menuju destinasi cadangan.


Tutup lak...



Plan B


Sampai di tempat makan penuh nostalgia ni, way back masa aku bujangan dahulu sekitar 80an dan masih beroperasi sehinggalah kini oleh kerabat mereka, kelihatanlah beberapa meja dipenuhi dengan couple veteran seusia. Senyum penuh pengertian aku sendirian. Masing masing tentunya ada kenangan. Membawa bersama pasangan mengimbau 'moment' dan ingin rasai 'vibes' tempat yang sekian lama didatangi. Tak perlu berkata banyak, menu yang biasa akan segera dimaklumkan kepada budak yang ambil order makan. Teh tarik dan mee kari untuk aku dengan teh 'O' beserta rojak mee buat dirinya. Easy to remember and itulah jua yang terpacul keluar automatically dari mulutnya. Macam dah di-program-kan.


Sambil menunggu order sampai, tak geti geti ker nak intai phone memasing. Semacam dah jadi satu norms pula sekarang ini. Dahulu, dimeja makan akan berborak santai menunggui makanan sampai. Kini, memasing 'hooked' dengan smartphone layan aktiviti ber-whatApss, checked e-mail, tengok vtt@ video tiktok, surf Shoppe, Temu atau tonton yotube especially video lagu. Sunyi dari hilai gelak sesama pelanggan yang dulunya gamat dibuatnya. Ucapkan terima kasih kat budak yang hantarkan pesanan dan teruslah 'pulun' makan. Tidak lengah lagilah.


Selesai makan, orang rumah dah jolokkan 2 keping duit RM10 untuk pi bayar. Aku bercadang untuk gunakan 'qr' sahaja dari gunakan cash. Cash tu mungkin akan aku gunakan untuk pembelian runcit lain. Ketika aku mendekati kad bersaiz A4 QR Code berlaminate lagi di cermin gerai, petugas yan seusia aku memaklumkan, Ji...tak perlu bayar, ada orang dah bayarkan..., jelasnya lagi. Aku menolehlah kearahnya ketika phone aku didekatkan untuk scan QR code sambil ucapkan berbanyak terima kasih pada orang yang telah membayarkan. Tak pasti lak, bila masanya dia membayarnya tapi mungkin juga sebelum aku bergerak menuju ke kaunter bayaran.


Dia tunjuklah kat satu susuk tubuh yang tengah duduk dimeja berdekatannya. Aku ucapkan terimakasih. Spontan dan tentulah ikhlas. Aku scan 'budak' dalam lingkungan penghujung 20an usianya ini. Besar tinggi , berbaruk mukanya dan ada iras iras geng mamak. Tentu sahaja aku tidak mengenalinya. Rasanya dia juga tidak pernah bertentang mata dengan aku sebelum ini. Misteri. Memang tidak aku sangka ada insan yang begitu mulia hatinya dan terbuka pula membelanjai kami berdua. Allah swt menghantar seseorang untuk 'rezeki' aku hari ini. Entah bila masanya dia melangkah masuk ke kedai makan ini. Tidak perasan pula aku sedangkan aku duduk di meja baris kedua dari depan. Mungkin agakkan aku, ketikanya aku tertunduk tunduk melayankan mee yang dikunyah agar tidak terpercik kat kemeja 'grey' yang aku pakai. Dalam pada berjaga jaga, ditegur orang rumah akan beberapa tompokan kecil 'kari' melekat di baju.


Bukanlah pasal harga yang dibayar oleh anak muda ini yang aku hairankan tapi hadirnya seseorang dalam lingkungan aku menceriakan kami berdua. Maka perlulah ber-alhamdullilah seraya ucapkan terimakasih tidak terhingga kepadanya. Harga mee kari dan rojak mee berpandukan menu yang terpampang hanyalah RM6.50 semangkuk dan ditambah dengan teh tarik dan teh '0', tidaklah sampai menyeberang Rm20.00. Cuma dalam belasan ringgit sahaja. Yakini ianya tidak akan memiskinkan seseorang yang bersedekah malah seperti janjiNya akan menambahi rezeki orang yang bersedekah berganda lagi.


Apapun alasan, aku sebolehnya tidak mahu dikesiani oleh sesiapa. Biarlah aku berusaha berikhtiar sendirian. Tapi apa boleh buat kalau akulah 'orang'nya yang dipilih terpilih olehNya menguji samada aku mensyukuri pemberian dariNya ataupun tidak via seorang anak muda. 


Jujur cakap, aku amat terharu.