May 11, 2025, 8:53 AM
Sejak aku terbaca kisah Abang Salih kita nie beberapa minggu terdahulu, aku tidak mampu berkata apa apa tapi sekadar merenungi kejadian itu dengan penuh insaf. Terperanjat dan tentulah terkesan dibuatnya. Memang tidak aku sangkakan yang hal sedemikian boleh menimpa keatas seorang selebriti yang ‘glamour’ dizaman kegemilangannya.
Rujuk dan bacalah kisahnya...makan sardin dan patutlah lama tak nampak, aku amat bersimpati.
Caption berita tersebut, ‘makan sardin hari hari...’, benar benar membuatkan aku ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut dan mendalam. ‘Inside story’ pembungkaran akan hal yang bersifat peribadi menyelubungi dirinya perlu aku ketahui dengan lebih jelas. Tentulah dengan garapan ‘cerita’ penuh dramatik meruntun hati dari penulis yang mungkin prihatin atau mahu mendapat centerstage kerana membongkarkan ‘rahsia’ ini.
Aku sebagai pembaca dan juga sedia maklum dengan ‘kemampuan'-nya beristeri empat diketikanya tengah meletop letop dipersada hiburan tidak berapa lama dahulu, bukanlah berkesudahan sepertimana yang diberitakan - aku berharaplah - sedang alami kegetiran hidup diketika ini. Ketikanya sudah tergolong dalam ‘warga emas’ sama seperti aku sekarang dan hadapi ujian cenggini amat payah rasanya hendak bangkit menangkis. Bagaimana termula terjadinya dan sejak bila kemelut ‘deritaan’ ini perlahan lahan memberi kesan ‘buruk’ yang tidak pernah dia fikirkan perlu di selongkar sepenuhnya agar ianya jadi ‘sempadan’ buat orang lain. Amat sukar untuk aku menerima hakikat ini.
Berselindung dengan memberi ‘fakta’ half cooked dari pelapurnya sahaja dan tiada pemberitahuan dari mulutnya sendiri demi menarik simpati masyarakat yang mengenali beliau tidaklah memadai. Mungkin dia berjaya mendapat perhatian ‘public’ akan cerita sensasi sedemikian tapi beretika-kah pengamal media menyimpulnya sebegini menurut perspektifnya sendiri.
Aku tidak boleh terima kisah sepihak cuma. Pastinya bertujuan punyai muslihat. I’m smelling ‘something’ fishy here. Apa niat penulis sebenarnya. Mahu membantu selebriti dipenghujung usia dengan cara meraih simpati orangramai agar segera membantu insan ‘malang’ ini dari segi kewangan atau mungkin juga ‘kaedah’ mahu scam pembaca yang tentunya ikhlas memberi. Abang Salih ini ada maruah diri sama seperti orang lain. Tidak mungkinlah dia sesaja mahu mengadaikannya demi kelangsungan hidup. Soft spot orang Melayu yang mudah kasihan bersimpati mahu ditunggangi semaksimum tanpa memikirkan kesannya. Aku bukanlah ‘bias’ tapi patut patutlah. Biarlah pembaca sendiri yang menentukan kesahihan ‘duduk’ perkara sebenar tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun jua.
Ini pula bidasan dari tuan badan yang pastinya dapat memberi pencerahan tentang persoalan kenapa dan mengapa dimana ligat berligar di benak semua orang yang mengenalinya.
Apa sebenarnya...terima tanpa ragu
Penulis atau wartawan harus bertanggungjawab dengan fakta yang dikemukakan. Kena pastikan ianya sahih dan benar.
Aku pulangkan pada ‘pembaca’ untuk nilaikan.
I rest my case…