Sunday, May 15, 2022

Berselawat Keatas Nabi...

Sepagian sehinggalah kini, orang rumah yang sedang menyediakan sarapan pagi untuk abangnya yang tersayang ini ditemani oleh nyanyian Maher Zain dan Raihan via lagu  ' السلام عليك يا رسول الله ' dari smartphonenya. Aku diketika itu sedang membersihkan diri didalam bilik air. Bercukur penuh fokus takut luka terluka lagi. Kekadang makin fobia dalam melayan 'razor' cap ayam. 


Pertama kali menggunakan razor yang besar gedabak adalah sesuatu yang kurang selesa. Rasanya sudah sebati dengan brand Gilette dan Schick yang sleek dengan premium quality. Disposable razor dari kedua dua brand yang established ini memang terbukti tahap kualiti kesempurnaannya. Namun sejak pertengahan Julai lagi, heboh para perancang dan peramal ekonomi mengatakan ekonomi negara malah seluruh dunia sedang menuju kearah kemelesetan. Kesan lagi buruk akan lebih memeritkan pada tahun 2023 nanti. 


Cadangan yang dipalu oleh pihak kerajaan dalam memastikan semua kita bersedia menghadapi situasi ini maka perlu lebih berhemah dalam berbelanja. Makanya dalam meyahut seruan kerajaan, akupun cubalah mana yang boleh untuk berjimat. Berbalik kepada soal disposable razor ini, memangpun aku hendak membeli pack yang baru. Tapi sering sahaja kelupaan. Semasa berligar ligar di Mr. DIY Duyung, aku terperasankan gondola menempatkan pencukur pakai-buang ini. Kualiti yang tentu sahaja boleh dipertikai memandangkan harga per unit berganda lebih rendah dari yang biasa aku gunakan. 


Untuk hari ini, aku mulai menggunakan buat kedua kalinya 'Max 5 Razors' dari MR. DIY.