Tuesday, November 10, 2015

Rezeki datang ...

05 NOVEMBER 2015, 10:21
Pagi ini ketika minum pagi bersama anak yang hendak ke tempat practical-nya memaklumkan ada seorang pakcik menghulurnya RM20.00. Tersembol kisah ini dibualan pagi bila aku tanyakan hal semasanya ber-praktical di PC World. Latihan industri yang diharuskan kepada pelajar semester 4 bagi mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan mengikuti kursus elektrikal(multimedia) di Poly Merlimau setelah menamati 3 sem awalnya. Tanyakan, how's going di PC World yang berbaki cuma seminggu sahaja lagi. Yusuf yang agak pendiam macam bapak dia juga ini jarang bercakap kalau tidak ditanya. Mungkin baginya tiada yang menarik untuk diberitahu. Tapi akan memaklumkan bila kita menanyai. Susah juga macam ini. Tanyakan macammana termulanya. Dia maklumkan yang pakcik itu ada memasuki kedai PC World sebelah pagi semalam. Kehadirannya dikedai untuk mengambil laptopnya yang telah diservis. Katanya lagi, masa rehat makan tengahhari di surau sebelum waktu zohor, tetiba sahaja pakcik tu ambil kerusi dan duduk disebelah. Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatiannya sehingga memberanikan diri untuk bertanyakan sesuatu. Yang pastinya dia tentulah terperasan yang anak aku itu adalah satu-satunya pekerja melayu disitu yang ketika itu terlihatkan dia sedang perbaiki komputer. Dia bertanyakan mengapa makan disini lalu dijawab oleh anak aku akan mahalnya makan tengahari disekitar Cheng yang mana sekali makan sahaja mencecah hampir ke RM10. Terlihatkan lauk makan tengahari siap dengan mangkuk tingkatnya, off course, dia boleh mengandaikan yang mamanyalah yang menyediakan makan tengahhari. Dia mengiakan hakikat tu. Maklumkan pada anak aku supaya buka perniagaan sendiri bila tamat kursus nanti setelah mengetahui keberadaan anak aku disana, hasil dari deretan soalan yang diajukan kepada si yusuf. Yang mengejutkannya, mungkin jawaban jujur dari seorang yang innocent pada pandangannya, berpuashati dengan jawaban yang meleraikan segala yang memusykilkan, dia bangun untuk masuk kedalam surau sambil menghulurkan RM20.00 kepada anak aku. Orang hendak bagi kebas le.... , komen aku bila dia beritahu yang dia tidak hendak mengambilnya tapi berterih-terih pula pakcik itu menyuruhnya ambil. Akhirnya dia terpaksa ambil juga walaupun dia segan sementalahan pula dari orang yang tidak dikenali dan takut melukai hatinya. Itu rezki kau. Kekadang memang sukar dan tidak terjangka sebenarnya dari mana datangnya rezki seseorang. Perantaraan pakcik sahaja yang mana Allah swt menggerakkan hatinya untuk menyerahkan mungkin 'hard-earned' duit-nya kepada orang lain. Kalau diikut-ikutkan dalam keadaan dan situasi normal, mana ada orang hendak simply simply bagi orang yang tidak dikenali duit gitu-gitu sahaja. Dalam menyiapkan coretan ini, sempat juga bertanyakan orang rumah akan menu yang dibuat untuk hari itu. Menu kegemarannya berasaskan 'soup'. Tidak kiralah sop ayam ke, sop daging ke ataupun sop ikan. Kekadang emaknya sengaja bekalkan asam pedas. Mix vege atau sayur campur bermayonaisse dan sekali sekala sambal belacan adalah antara menu tambahan yang mesti ada. Entah macammana pula untuk hari itu dia minta bekalkan lauk sardin 'cap' Ayam dengan telur masak kicap yang juga merupakan menu kegemarannya. Hendak dijadikan cerita agaknya, mungkin terpandangkan juadah tengahhari anak aku serta alasan yang dimaklumkan kepadanya membuatkan dia meruntun sedih dan semasa dibawah arus sedarnya menghulurkan 'derma' peribadinya sebanyak RM 2.6 billion ....... ooppsss! salah, RM20.00 ringgit.

Aku memaklumkan agar dia concentrate saja pada presentation praktikal-nya pada 12/11/2015. Tumpukan perhatian agar cemerlang masa buat presentation nanti, tegasku padanya. Hal ini aku maklumkan kerana dia menggunakan mama-nya untuk pengaruhi aku. Dia berhajat benar hendak ikut turun ke Pasir Gudang menjemput abangnya yang akan meninggalkan Poly Ibrahim Sultan selepas tamat periksa akhirnya. Rasa kecewanya dilepaskan pada emaknya kerana kebetulan pada tarikh 12/11/2015 bersamaan hari khamis, aku akan ke Pasir Gudang mengangkut segala khazanah abangnya yang ber'kelana' selama hampir 3 tahun disana. Baik buruk keputusannya nanti bergantunglah kepada usaha yang dicurahinya selama ini. KetentuanNya jualah yang mengatasi segalanya. Pasrah serta redhailah akan apa sahaja yang dihadirkan olehNya. Yang berlaku sebenarnya adalah isyarat jelas untuk kita perbaiki mana yang kurang. Improvise dan permudahkan segala kebiasaan supaya menjadi sesuatu yang semulajadi pada diri. Yang akan berlaku samada yang dijangkakan berlaku mahupun juga yang tidak terfikirkan akan berlaku, perlukan ketabahan hati menghadapi serta mengharungi segala kemungkinan yang bakal mendatangi diri. Sebagai orang tua, aku dan juga isteri hanya tumpang gembira sahajalah andai along berjaya. Orang yang berjaya, kegembiraannya tentulah tidak sama dengan kegembiraan orang yang cuma sekadar berkongsi kegembiraan. Andaikata gagal, kesedihan yang dirasai sememangnya tidak pernah akan sama dengan nasib orang yang ditakdirkan gagal. Kekadang pula kesedihan yang melampau pula dirasai oleh ibu dan bapanya melebihi dirinya. Secara implied-nya, biarlah kami sebagai parent yang menyerap segala kedukaan, kesengsaraan dan apa sahajalah hal negative sifatnya yang mungkin menimpa si-anak. Kalau bolehlah, jangan ada yang menganggu-gugat perjalanan kehidupan mereka. Bahgia diawalnya sehinggalah kebahgiaan berkekalan kehujung hayat mereka. Sesuatu yang terlalu ideal buat anak kalaulah diizinkan olehNya.

Sekejap sahaja rasanya, anak yang tua dipenghujung kursus. Yang nombor dua cuma tinggal setahun sahaja lagi. Latihan industrinya akan berakhir esok(06/11/2015). Untuk kedua-duanya semasa menghantar ke kolej masing-masing di 'PIS' di penghujung tahun 2012 & 2013 lalu, telah aku maklumkan impian aku directly dan indirectly agar mereka dapat memasuki universiti pula. Ini impian aku yang tidak kesampaian. Kenangan terimbau lagi, kali ini teringat pula aku akan kisah selepas berjaya mendapatkan 'Diploma in Marketing' dari Chartered Institute of Marketing(uk). Chartered diploma yang setaraf general degree tu. Selang beberapa ketika selepas itu aku mendapat 2 surat tawaran dari dua university di UK. University of  Stirling di Stirling, Scotland dan University of Strathclyde, Glasgow juga kat Scotland. Surat enrolment ke universiti itu menawarkan program 'master' pula dibidang pemasaran. Malangnya ketika dipenghujung tahun 80an, kemelesetan ekonomi pula berlaku. Pengangguran tinggi sehingga diujudkan 'Skim Siswazah Mengganggur'. Hendak mendapatkan pembiayaan menyambung pelajaran amat payah ketika itu. Tambah-tambah lagi ke luar negara. Aku anak orang Nobody. Kalaulah aku anak orang Somebody, mungkin dapat dan sampai hajat ke menara gading. Selebihnya adalah sejarah buat diri ini kenang-kenangkan sehingga habis hayat nampak gayanya.

Rujuk, A Sentimental Visit To University of Stirling dimana mamat bernama James Whyte yang mewakili aku cuba mengimbau kenangan masa belajar disana. Dia memasuki U untuk sesi 1993 - 1997. Kalaulah aku berjaya masuk dulu, kira aku senior dia-lah. Program master hanya memerlukan dua tahun aje. Mungkin aku sessi 1989 - 1990. Apapun tak dapat pergi tak apalah, layan ajelah video ni.



                                 Persekitaran University of Stirling.